Bagaimanakah masa satu tahun berlalu di Jepun?

Bagaimanakah masa satu tahun berlalu di Jepun?

Update:

Bagaimanakah masa satu tahun berlalu di Jepun? Saya akan menerangkan mengenai jadual tahunan Jepun, cuti dan pelancongan ketika high season dan off season.

Cuti rehat dan cuti umum di Jepun

Terdapat 16 hari cuti kebangsaan di Jepun setiap tahun. Secara amnya, selain cuti kebangsaan, terdapat syarikat atau perniagaan yang memperuntukkan cuti umum untuk perayaan Obon dan cuti Tahun Baru, namun terdapat juga syarikat besar yang hanya mengambil cuti Tahun Baru. Kebanyakan kedai serbaneka beroperasi selama 24 jam termasuk ketika cuti Tahun Baru. Di sekolah, terdapat cuti musim panas bermula akhir bulan Julai hingga bulan Ogos, cuti musim sejuk lebih kurang satu minggu sekitar cuti Tahun Baru dan cuti musim bunga dari bulan Mac hingga awal bulan April.

Tahun fiskal baru di Jepun bermula pada bulan April

Berbeza dengan Eropah dan Amerika Syarikat, tahun fiskal baru bagi sekolah-sekolah dan perniagaan di Jepun bermula pada bulan April sewaktu bunga sakura sedang berkembang. Walaupun terdapat kalendar dan buku-buku nota di Jepun yang bermula pada bulan Januari, terdapat juga kalendar dan buku-buku nota yang bermula pada bulan April juga boleh didapati secara meluas.

High season (waktu yang paling sibuk) di Jepun

Waktu high season pelancongan di dalam Jepun ialah kira-kira 2 bulan terutamanya dari bulan Julai hingga Ogos. Dari akhir bulan Julai sehingga akhir bulan Ogos, sekolah-sekolah akan bercuti sempena musim panas dan pada masa ini akan diadakan perayaan musim panas serta pertunjukan bunga api. Jepun mempunyai musim percutian sebanyak tiga kali setahun. Cuti berturutan yang panjang termasuk Golden Week pada bulan Mei, cuti Obon pada pertengahan bulan Ogos dan cuti Tahun Baru. Pada musim ini, pengangkutan utama seperti Shinkansen dan sebagainya, jalan raya serta tempat-tempat pelancongan akan bertambah sesak dan bayaran penginapan juga meningkat dengan mendadak.

Off season (waktu lengang) di Jepun

Sebaliknya, terdapat destinasi pelancongan di Jepun yang agak senang untuk mengelakkan kesesakan selain cuti musim panas, Golden Week dan Tahun Baru. Terutamanya tempoh antara selepas berakhirnya Golden Week hingga sebelum "umi-no-hi" (Hari Laut) pada bulan Julai dan selepas "seijin-no-hi" (Hari Kedewasaan) pada bulan Januari juga merupakan off season di Jepun kecuali tempat tertentu seperti tempat meluncur salji.

Cuti musim bunga

Cuti pada bulan Mac bersempena musim bunga ialah "shunbun-no-hi" (Hari Ekuinoks Musim Bunga). Hari tersebut merupakan hari yang dipenuhi keindahan alam semulajadi dan keterpesonaan terhadap kehebatan ciptaan Maha Pencipta. Hari Ekuinoks Musim Bunga biasanya jatuh pada 20 atau 21 Mac setiap tahun. Golden Week terdiri daripada Hari Perlembagaan pada 3 Mei, Hari Hijau pada 4 Mei dan Hari Kanak-kanak pada 5 Mei.

Cuti musim panas

Hari Marin ialah pada hari Isnin ketiga dalam bulan Julai. Hari tersebut merupakan hari untuk menghargai nikmat laut dan kemakmuran negara Jepun yang dikelilingi laut. 11 Ogos ialah "yama-no-hi" (Hari Gunung) dan hari tersebut merupakan hari untuk mendekati gunung dan menghargai manfaat gunung-ganang di dunia.

Cuti musim luruh

Hari Isnin yang ketiga dalam bulan September ialah "Keiro-no-hi" (hari penghormatan untuk orang tua). Hari tersebut merupakan hari khas untuk memberi hadiah kepada datuk dan nenek sendiri. Apabila musim luruh semakin hampir, terdapat "shubun-no-hi" (Hari Ekuinoks Musim Luruh). Terdapat banyak hari cuti pada musim luruh, antaranya ialah hari Isnin yang kedua dalam bulan Oktober iaitu "taiiku-no-hi" (Hari Sukan dan Kesihatan), "bunka-no-hi" (Hari Kebudayaan) pada 3 November, dan "kinrokansha-no-hi" (Hari Kesyukuran Buruh).

Cuti musim sejuk

Hari kelahiran Maharaja Jepun yang sedang memerintah pada masa ini iaitu pada 23 Disember juga merupakan hari cuti umum. Oleh kerana hari untuk menyambut kedatangan tahun baru pada 1 Januari telah ditetapkan sebagai hari cuti umum, maka terdapat banyak kedai yang tidak menjalankan perniagaan pada hari tersebut. Hari cuti yang jatuh pada hari Isnin kedua dalam bulan Januari dipanggil "seijin-no-hi" (Hari Kedewasaan), di mana lelaki dan perempuan yang telah mencapai umur 20 tahun akan berpakaian seragam dan menghadiri "Seijinshiki" (Majlis Hari Kedewasaan). "Kenkokukinen-no-hi" (Hari Penubuhan Negara) yang merupakan hari tertubuhnya negara Jepun jatuh pada tanggal 11 Februari.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini