Rasa yang mewakili cita rasa orang kebanyakan yang amat disukai oleh orang Jepun. Yakitori-ya (kedai sate ayam) telah menaungi seluruh Jepun terutamanya di bandar-bandar utama.
Asas yakitori dan kushiyaki

"Yakitori" ialah daging ayam yang dipotong sebesar saiz mulut, setiap bahagian dicucuk pada lidi dengan susunan 3 hingga 5 ketulan lalu dibakar di atas arang. Selain ayam, daging, sayur dan makanan laut yang disediakan dengan cara yang sama ini disebut sebagai "kushiyaki".
Menu klasik yakitori

Menu klasik yakitori terdiri daripada "momo" (daging pada bahagian paha ayam) yang mempunyai rasa yang anjal dan enak, "negima" iaitu bawang hijau yang diapit dengan daging ayam, "sasami" iaitu bahagian daging ayam yang kurang berlemak, "tebasaki" yang kaya dengan kolagen, "liver" iaitu hati ayam, "tsukune" iaitu kepalan daging cincang dan seumpamanya.
Menu klasik kushiyaki

Menu klasik kushiyaki terdiri daripada daging lembu, daging khinzir, makanan laut, sayur-sayuran dan gabungannya. Selain itu, keju, tauhu goreng, kek beras, sosej serta lain-lain, apa-apa sahaja boleh menjadi kushiyaki. Setiap kedai mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi menu, cara cucukan lidi dan cara susunan bahan.
Perisa yakitori dan kushiyaki

Perisa yakitori dan kushiyaki terdiri daripada "shio" iaitu rasa masin dan juga "tare" iaitu rasa masin-manis yang pekat. Terpulanglah kepada anda untuk memilih perisa yang digemari.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Pontocho Yasohachi
Yakitori
Gion, Kawaramachi, Kiyomizu-dera Temple
-
Sumibiyakidining Okageya Umeda
Yakitori
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
MOMOTAROU Azabujuban
Yakitori
Roppongi
-
Torisemmonkoshitsu Toribakaichidai Ginza
Yakitori
Ginza
-
Torisuki Ginza Novo
Yakitori
Ginza
-
Moja Irohayokochoten
Yakitori
Sendai And Matsushima
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan












