Terdapat satu masakan yang menjadi kegemaran orang Jepun bila tibanya musim sejuk. Ianya adalah masakan nabe. Di Jepun ia dipanggil “nabe mono”, dan ia dipendekkan menjadi “nabe”. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti daging, sayur, pelbagai jenis ikan, taufu dan sebagainya yang baik untuk menghangatkan dan menyihatkan badan.
Pelbagai jenis masakan nabe
Sebenarnya masakan nabe di Jepun ada bermacam-macam jenis. Jenis-jenisnya bergantung kepada tempat atau kegemaran seseorang dan juga bahan mentah yang digunakan seperti ikan, kerang, daging, cendawan, sayuran hijau, shirataki (mee yang pesnya daripada konnyaku) dan sebagainya. Ia biasanya dijamah dengan mencolet dengan sos ponzu yang berperisa manis buah-buahan. Selepas itu, nasi akan dimasukkan kuah rebusan tersebut dan dicampur lalu dimakan. Selain daripada nasi, mee juga biasa digunakan.
Masakan rebus merupakan salah satu masakan keluarga yang tipikal dimana keluarga atau kawan akan berkumpul dikelilingi oleh hidangan nabe yang menyelerakan. Tetapi jika anda berkunjung seorang sahaja ke Jepun, anda juga boleh menikmati pengalaman masakan nabe di restoran yang menghidangkan masakan ini..
Masakan rebus yang ada di kawasan tertentu
Sama seperti masakan lain, masakan nabe juga berlainan mengikut kawasan. Setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri, sukar untuk membuat pilihan dalam masa melancong yang singkat. Contohnya di Hiroshima yang terkenal dengan Dotenabe. Seperti tanah liat yang terdapat di sungai, miso akan dilumur didalam periuk, kemudian direbus bersama-sama dengan kepah, tauhu, dan sayur lalu dimakan. Di Hokkaido pula, terkenal dengan Ishikarinabe iaitu masakan nabe yang menggunakan bahan seperti ikan salmon, ubi keledek, jagung dan sebagainya. Daging ayam, burdock, cendawan maitake, bawang dan juga kiritanpo (nasi yang dilenyek, dibalut menjadi batang) dan direbus merupakan masakan nabe dari Akita yang dikenali sebagai Kiritanponabe.
Mizutaki
Mizutaki merupakan masakan nabe yang berasal dari Fukuoka di wilayah Kyushu. Kelebihan masakan ini adalah penggunaan daging ayam yang banyak. Dalam masakan ini, kobis, cendawan, tauhu dan pelbagai jenis daging ayam direbus bersama-sama. Memasukkan bahan-bahan tersebut mengikut turutan amatlah dititik beratkan bagi menaikkan rasa sedapnya. Mizutaki boleh dinikmati dalam setiap peringkat dalam penyediaan dengan merasai supnya. Dalam setiap penyediaannya, dan pada setiap rebusan, rasanya akan berubah.
Yose nabe
Dalam banyak jenis masakan nabe, ianya adalah nabe yang tidak dikategorikan. Yose nabe yang tipikal adalah kicap atau pes miso serta bahan-bahannya seperti daging, pelbagai jenis ikan dan sayur. Konsep yose nabe sangat berbeza mengikut orang, bergantung kepada budaya pendidikan disesuatu kawasan. Tarikan yose nabe adalah ia boleh dibuat secara bebas dan tidak terhad.
Chanko Nabe
Nabe jenis ini adalah yang tipikal dimakan oleh ahli gusti sumo. “Chanko” adalah merujuk kepada masakan yang dimasak oleh ahli gusti di bilik sumo. Sama seperti yose nabe, tiada resipi yang tertentu. Ia hanya menggunakan daging ayam, ikan, tauhu dan sebagainya. Daging ayam banyak digunakan dikatakan berasal dari ayam yang berdiri dengan 2 kaki seperti manusia. Dahulunya pemikiran “merangkak”=”kurangkan penggunaan tangan”, lembu atau khinzir dan sebagainya menyebabkan binatang berkaki empat tidak digunakan. Namun kini daging lembu dan khinzir telah digunakan sebagai bahan.
Sukiyaki
Masakan yang menggunakan periuk yang nipis, direbus bersama daging lembu yang dihiris halus, tauhu, sayur ditambah mirin dan gula, dinamakan sukiyaki. Tidak hanya di Jepun, masakan rebus ini juga sangat terkenal dikalangan warga asing. Selepas rebusan siap, lauk masakan tadi akan dimakan dengan mencolet terlebih dahulu telur mentah yang segar
Pakar nabe, pelayan nabe
Turutan memasukkan bahan atau menyelaraskan saiz api yang sesuai untuk periuk memerlukan pengetahuan dan kepakaran. Kerja yang penting semasa penyediaan masakan nabe juga sesuatu yang amat menarik. Dengan menjamah makanan masakan nabe di Jepun, anda mungkin akan menjadi seorang pelayan nabe yang hebat.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !