Ikebukuro

Ikebukuro

Ikebukuro:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Ikebukuro:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Ikebukuro sesak sepanjang tahun dipenuhi dengan ramai pelancong yang sudah pastinya juga dari penduduk tempatan dikenali sebagai downtown terbesar dalam bandar. Di kawasan pintu Stesen Ikebukuro bahagaian barat pada masa kini, ia terkenal dengan cerita lama bahawa dahulunya terdapat sebuah tasik yang dipanggil Ikebukuro, pada zaman dahulu ia merupakan zon pertanian, tetapi sekitar tahun 1930 banyak kedai serbaneka yang besar dibina menyebabkan perubahan kepada wajah bandar.
Di pintu bahagian timur Ikebukuro pada masa kini, terdapat kawasan yang dibarisi gedung membeli belah, kedai-kedai, restoran dan hotel. Di pintu bahagian barat pula adalah kawasan pusat karaoke, kedai minuman arak, muzium seni, dan kuil dibina berdekatan antara satu sama lain.

Maklumat Lanjut

Ikebukuro:maklumat kawasan

Kawasan pintu Ikebukuro bahagian barat

Kawasan pintu Ikebukuro bahagian barat

Apabila keluar dari stesen Ikebukuro yang sangat luas dan boleh kehilangan arah berada di situ, taman Ikebukuro di pintu barat kelihatan di hadapan mata. Taman yang popular, dikenali dengan berbagai-bagai agenda diadakan di situ sepanjang tahun, dahulunya menjadi pentas drama. Di sebelah taman, terdapat teater seni Tokyo yang mengadakan banyak konsert, persembahan dan pelbagai pertunjukan.
Pusat membeli belah Tobu yang bersambung secara terus dengan Stesen Ikebukuro di pintu bahagian barat juga tidak boleh diabaikan. Kepelbagaian yang ada pada aneka barangan ditambah pula dengan pengecualian cukai sebanyak 8% yang dikenakan, pastinya membuatkan anda dapat menikmati aktiviti membeli belah tanpa rasa gusar dan susah hati. Bermula dari tingkat 11 hingga ke tingkat 15, terdapat 46 buah restoran yang terkenal. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin menghilangkan penat membeli belah.
Berhampiran kawasan itu, terbinanya Muzium Jiyuugakuen Asuka. Ia popular dengan rekabentuknya dibuat oleh pereka terkenal Mr Frank Lloyd Wright. Tiada kemusnahan yang besar berlaku kepada bangunan itu sewaktu gempa bumi besar di Kantou pada tahun 1923 dan juga semasa perang dunia kedua, ia ditinggalkan sebagai hartanah kebudayaan Jepun yang penting. Sewaktu dalam perjalanan untuk kembali ke Stesen Ikebukuro terdapat Hotel Metropolitan, amat sesuai bagi mereka yang ingin berehat menghilangkan penat melancong ataupun untuk bermalam di situ.

Kawasan Ikebukuro pintu bahagian timur

Kawasan Ikebukuro pintu bahagian timur

Di Stesen Ikebukuro pintu bahagian timur, terdapat kawasan membeli belah yang padat di mana anda dapat menikmati pelbagai benda dan perkara tidak mengira siang atau malam. Sunshine City 60 Street dengan 400 meter panjangnya, sentiasa dikerumuni ramai orang di restoran, pusat permainan, dari kedai runcit hingga ke kedai-kedai pakaian. Di penghujung jalan terletaknya sebuah bangunan kemudahan komersial yang besar, dipanggil Sunshine City. Dari menara tinjau di sini, pemandangan indah bangunan-bangunan Tokyo boleh dinikmati. Antara kedai-kedai yang terutamanya menjadi tempat popular dalam Sunshine City adalah Nanjatown, J World, Pokemon Centre.
Berhampiran dengan Sunshine City terdapat jalan yang boleh dinikmati oleh kaum wanita seperti kafe pelayan lelaki (butler café), kafe pelayan perempuan (maid café), kedai yang mempunyai kepakaran dalam anime, permainan yang dipanggil Otome Road. Sudah tentu bukan sahaja wanita, malahan kaum lelaki juga sangat dialu-alukan di kawasan itu. Tambahan lagi, barangan yang berkaitan dengan cosplay, alat tulis, patung figure,anime, permainan boleh dibeli di Animate cawangan Ikebukuro.

Kawasan sekitar Ikebukuro

Kawasan sekitar Ikebukuro

Sedikit berlainan daripada kawasan pintu barat dan pintu timur Stesen Ikebukuro yang diperkenalkan hingga kini, mari kita perkenalkan beberapa tempat yang tidak ditulis dalam buku panduan. Yang ingin disyorkan terutamanya adalah tempat mandi awam yang dipanggil Myouhouyu. Ramai pengunjung yang mencari air panasnya yang mempunyai tekstur yang lancar dan halus berkumpul di sini. Dan juga buat mereka yang sukakan kartun lama dan bagus boleh pergi ke Namiki House Annex. Seharusnya dapat mengetahui asal kartun tersebut di sini. Taman Rikugien yang wujud sejak tahun 1695 juga merupakan tempat yang mesti dilawati, keindahan taman jepun terbentang luas di sini. Pokok-pokok yang segar menghijau di tasik yang luas itu sudah tentu, pada musim bunga, pokok bunga shidarezakura mengeluarkan bunga dan berkembang. Dan juga banyak tempat yang tidak boleh dilepaskan peluang untuk dikunjungi seperti kuil Shirayama dan Gokokuji di kawasan sekitar Ikebukuro. Pelbagai daya tarikan terdapat di sekitar Ikebukuro, dimana tempat-tempatnya yang dapat membuatkan kita lupa akan kesibukan dan kebisingan bandar.