Stesen Tokyo

Stesen Tokyo

Stesen Tokyo:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Stesen Tokyo:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Stesen Tokyo merupakan Terminal yang terbesar menjadi tempat pertemuan untuk beberapa laluan keretapi seperti Shinkansen (Bullet Train), JR Line seperti Yamanote Line, Tokyo Metro yang mewakili laluan bawah tanah dan banyak lagi laluan lain di situ. Dalam pakej pelancongan, banyak yang menjadikan Stesen Tokyo sebagai tempat permulaan lawatan kerana kedudukannya yang strategik.
Bangunan Stesen Tokyo direka oleh arkitek bernama Tatsuno Kingo. Menjadi daya tarikan pelancong, kerana rekaannya yang nampak elegan dengan penggunaan bata merah menjadikannya sebuah bangunan moden. Sebagai persediaan kepada Tokyo Olympic 2020, tumpuan banyak diberikan untuk menghubungkan pelbagai rangkaian kepada bangunan utama ini. Selain menawarkan kepelbagaian produk cenderamata dari seluruh Jepun, di dalam stesen ini juga terdapat restoran-restoran yang terkenal dari seluruh dunia.

Maklumat Lanjut

Stesen Tokyo:maklumat kawasan

Di dalam Stesen Tokyo

Di dalam Stesen Tokyo

Di stesen Tokyo, terdapat platform No. 5 dan No.6 yang wujud sejak dibina pada tahun 1923. Bangunan Marunouchi di Stesen Tokyo telah mengalami beberapa kali fasa pembaharuan tetapi tingkat satu dan dua masih meninggalkan batu-bata yang digunakan ketika ia dibina. Di bahagian bumbung atas bangunan KITTE yang berada di sebelah kanan Stesen Tokyo dibuka kepada orang awam jadi anda boleh melihat keindahan bangunan Stesen Tokyo dari situ. KITTE juga terdapat kedai cenderamata dan pakaian yang hanya boleh didapati di situ sahaja, selain daripada restoran-restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan.
Bangunan Stesen Tokyo yang besar ini terdapat banyak tingkat yang menempatkan beratus kedai di dalamnya. Terdapat juga Tokyo Character Street yang mana anda dapat melihat animasi terbaru, buku-buku komik dan cenderamata yang menampilkan rancangan TV. Setelah anda puas membeli belah amatlah disyorkan untuk anda mencuba makanan ramen di Tokyo Ramen Street. Ia menawarkan pelbagai jenis ramen yang mempunyai rasa yang berbeza dari rasa yang biasa kepada rasa yang baru untuk anda cuba. Bahagian dalam Stesen Tokyo ini juga terdapat Tokyo Station Gallery, yang merupakan sebuah muzium yang dibuka pada tahun 1998. Apa yang dipamerkan di muzium ini adalah berbeza mengikut tempoh waktu, kepelbagaian tema yang dipamerkan sehingga tingkat 2. Banyak anda boleh belajar daripada Stesen Tokyo ini yang kaya dengan 100 tahun lebih sejarahnya.

Kawasan Marunouchi

Kawasan Marunouchi

Bila anda keluar daripada Stesen Tokyo melalui pintu Marunouchi di sebelah barat, terdapat Marunouchi-naka Street yang menghubungkan kepada bandar di sebelahnya seperti Yurokuchou dan Ootemachi. Anda akan melihat persekitaran moden, kedai-kedai mewah dan Marunouchi Street Gallery sepanjang laluan itu. Terutamanya pada musim sejuk, sebanyak 650 pokok dihiasi dengan lampu berwarna-warni, Illumination, membawa anda seolah-olah berada dalam dunia fantasi. Selain itu, sekitar Stesen Tokyo terdapat bas 2 tingkat yang menyediakan perkhidmatan untuk anda menikmati persekitaran landskap Tokyo dengan pemandangan panorama yang indah.
Salah satu tarikan di sini adalah Muzium Marunouchi Ichigokan yang dibuka sejak 2010. Di sini anda dapat melihat Jepun daripada abad ke-19 sehingga ke abad ke-20. Di sebelah pintu keluar bahagian Marunouchi terdapat Imperial Palace yang didiami sejak tahun 1868 sehingga kini. Tempat popular di kalangan pelancong seperti Hinomaru Park dan Double Bridge terletak di lokasi di dalam persekitaran Istana. Berjalan sedikit ke arah utara daripada Istana anda akan menjumpai Tokyo Metropolitan Museum of Contemporary Art, dengan keluasan 4500 meter persegi menempatkan 200 jenis hasil seni.

Kawasan Nihonbashi

Kawasan Nihonbashi

Nihonbashi yang berada di arah timur pintu keluar Stesen Tokyo, bandar ini lahir semasa era Edo, tahun 1600, di mana menjadi tempat pertemuan pelbagai manusia serata dunia. Currency Museum, Tokyo National Museum of Modern Art dan Film Center juga terletak di Nihonbashi, jadi anda dapat belajar mengenai Jepun daripada pelbagai perspektif.
Selain itu, terdapat juga Mitsui Memorial Art Museum yang mempamerkan koleksi sejarah di antara Jepun dan Timur yang berusia lebih 300 tahun. Koleksi barangan yang dipamerkan meliputi skop yang meluas termasuk peralatan dan buku-buku berkaitan upacara teh, 4000 jenis lukisan dan pedang. 6 daripada koleksi barang pameran telah disahkan sebgai khazanah negara, dan bengkel khas juga diadakan secara berkala mengikut waktu yang ditetapkan. Night cruising merupakan salah satu aktiviti popular untuk menyaksikan panorama matahari terbenam dan juga menyaksikan keindahan Tokyo Sky Tree, Rainbow Bridge dan Tokyo Tower di waktu malam.

Penginapan

Tempat Pilihan

Rencana Pilihan