Sendai / Matsushima

Sendai / Matsushima

HOME Tohoku Miyagi Sendai / Matsushima

Sendai / Matsushima:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Sendai / Matsushima:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Pada tahun 1601, Date Masamume telah membina istana di atas Gunung Aoba, di kawasan yang dipanggil “Sendai (千代)” dan dikatakan asal-usul kepada nama Sendai (仙台). Semasa pembinaan istana tersebut, bandar di sekitar istana serta kawasan persinggahan turut dibina, dan menjadi bandar terbesar di kawasan Tohoku. Bandar ini terletak di kawasan tanah rata, dengan kebanyakan hari berlangit cerah akibat kedudukannya yang berhampiran laut, menjadikannya kawasan beriklim panas di Tohoku. Ia merupakan kawasan bersalji paling sedikit di dalam lokasi pejabat wilayah di Tohoku. Di musim panas, tiupan angin dari Lautan Pasifik mengakibatkan kurang peningkatan suhu, menjadikannya kawasan yang sesuai dikunjungi sepanjang tahun.