HOME Makam purba
Makam purba

Makam purba

Last updated: 17 Mac 2017

Makam purba yang dirujuk adalah untuk makam lama yang telah dibina oleh pihak berkuasa dari abad ke-3 hingga abad ke-7 untuk mengebumikan maharaja dan maharani, keluarga bangsawan juga penghulu dan sebagainya. Kini masih terdapat banyak tinggalan makam purba di seluruh Jepun.

Sejarah

Sejarah

Kebanyakan makam purba di Jepun telah dibina dari akhir abad ke-3 sehingga ke abad ke-4. Pada ketika itu, Jepun masih terdiri daripada pelbagai puak di setiap kawasan dan masih belum bersatu sebagai satu negara, dan perebutan kuasa sering berlaku. Setiap puak yang berkuasa menunjukkan kekuasaan masing-masing dengan membina makam purba yang besar. Setelah cara pengebumian bertukar daripada pengebumian kepada pembakaran mayat pada abad ke-7 yakni berpunca dari kemunculan agama Buddha, semua makam purba hilang secara beransur-ansur. Makam purba yang banyak dibina pada abad ke-3 hingga ke-6 ini disebut sebagai “era makam purba”.

Barang yang dikebumikan bersama

Barang yang dikebumikan bersama

Banyak perhiasan dikebumikan di makam purba. Contoh barang-barang yang dikebumikan adalah cermin gangsa dan pedang, senjata seperti perisai dan perhiasan seperti tembikar. Malah patung berupakan manusia yang dibuat daripada tanah dan kuda yang dibentuk daripada tanah liat serta tembikar berbentuk silinder juga dikebumikan bersama-sama. Semakin banyak barangan pengebumian seseorang itu, semakin kuat kekuasaan yang dimiliki oleh orang tersebut.

Saiz

Saiz

Makam purba terbesar di Jepun terletak di Sakai, wilayah Osaka iaitu "Makam purba Daisenryou (makam Maharaja Nintoku )" yang mempunyai keluasan 470,000 meter persegi termasuk parit. Makam yang kedua terbesar dan yang ketiga terbesar di Jepun juga berada di wilayah Osaka dan ini menunjukkan bahawa banyak puak yang berkuasa berada di kawasan Kansai.

Bentuk

Bentuk

“Zenpokoenfun” dikenali sebagai bentuk yang popular dalam rekaan makam purba. Bentuknya adalah seperti lubang kunci. Di Jepun, makam purba terbesar iaitu “Makam Purba Daisenryou (makam Maharaja Nintoku)” juga berbentuk seperti itu. Selain itu, terdapat juga bentuk makam seperti “makam bulat” atau “makam segi empat tepat”, “makam oktagon" dan "makam berkentuk kereta”.

Tenaga buruh yang diperlukan untuk pembinaan makam purba

Tenaga buruh yang diperlukan untuk pembinaan makam purba

Untuk membina makam purba Daisenryou yang terbesar di Jepun, 2,000 orang pekerja telah bekerja selama 8 jam setiap hari dan mengambil masa selama 16 tahun untuk dibina. Pada masa itu, penyodok Jepun yang diperbuat daripada kayu dan besi telah digunakan dalam pembinaan. Selain itu, anggaran kasar jumlah kos pembinaan mengikut matawang yen Jepun sekarang adalah 800 juta yen.

Bilangan

Bilangan

Wilayah yang mempunyai bilangan makam purba terbanyak adalah wilayah Hyogo, iaitu sebanyak 16,577 buah makam purba. Kemudian diikuti dengan wilayah Chiba, wilayah Tottori, wilayah Fukuoka, wilayah Kyoto dan seterusnya. Sehingga sekarang terdapat 161,560 buah tinggalan makam purba di seluruh negara.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari