HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik

Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik

Last updated: 24 Disember 2020

Di Roppongi Hills terdapat banyak kafe mewah dan restoran serta pusat membeli-belah terkemuka. Selain daripada restoran dan pusat membeli-belah, Roppongi Hills juga mempunyai banyak tempat-tempat yang boleh dikunjungi seperti taman yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan hotel mewah serta lain-lain lagi.

Disambut oleh labah-labah gergasi

Disambut oleh labah-labah gergasi

Ia bukan rahsia lagi bahawa Roppongi Hills adalah tempat untuk bertemu artis antarabangsa dan melihat sendiri karya-karya mereka. Enam karya seni yang berbeza boleh dinikmati di dalam ruang awam, diselia oleh Muzium Seni Mori yang terletak di Roppongi Hills, dan tiga lagi yang boleh didapati di TV Asahi. Yang paling terkenal antara semua, adalah `Maman` iaitu menara yang terletak di pintu utama plaza 66. Berketinggian 10 meter menjadikan ia labah-labah gergasi yang menarik orang dari seluruh dunia dan menjadi simbol untuk saling berhubung dan bertukar maklumat.

Mercu tanda lama dan baru di Tokyo dan meneropong gunung Fuji

Mercu tanda lama dan baru di Tokyo dan meneropong gunung Fuji

Salah satu dek pemerhatian yang paling terkenal untuk melihat pemandangan Tokyo boleh didapati di tingkat 52 Mori Tower. Pemandangan bandar boleh dinikmati dari 250 meter di atas paras laut di koridor tertutup atau mendaki satu lagi 20 meter lebih tinggi untuk ke dek terbuka yang dipanggil `Sky Deck`. Bermula dengan mercu tanda lama dan moden Tokyo seperti Menara Tokyo dan Sky Tree, anda juga boleh melihat Gunung Fuji pada hari yang cerah. Pandangan malam dari Sky Deck pula amat menakjubkan. Warna langit yang perlahan-lahan bertukar menjadi warna oren dan cahaya malam yang berkerlipan. Jadi, anda disyorkan melawat pada masa-masa tertentu supaya dapat menikmati keindahan yang menakjubkan ini..

Bayaran Kemasukan: ¥1800; dan tambah \500 untuk memasuki Sky Deck
Jam: 10:00-23:00 (kemasukan terakhir: 22:30)
Jumaat, Sabtu & sebelum cuti umum, hingga 01:00 (kemasukan terakhir: 12 tengah malam)
Sky Deck jam: 11:00-20:00 (kemasukan terakhir: 19:30)
Cuti: Tiada. The Sky Deck ditutup dalam kes cuaca buruk

Bersiar di taman feudal asli

Bersiar di taman feudal asli

Ruang hijau yang mewakili Roppongi Hills sudah pasti, Mori Garden. Asal-usulnya agak kuno, iaitu sejak zaman Edo dan berikutnya. Ia pernah menjadi sebahagian daripada sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang berprestij Mori, dan dibina pada tahun 1650. Mori Garden sekarang telah dibuka pada tahun 2003, menawarkan oasis yang berkeluasan 4300 meter persegi dihiasi dengan air terjun dan sungai di sekeliling kolam yang besar, banyak pokok-pokok, dan pemandangan yang benar-benar menakjubkan yang berubah warna dengan setiap musim berlalu. Terutamanya, tempat bunga sakura semasa musim bunga sangat terkenal.

Merasai tinggal di hotel mewah

Merasai tinggal di hotel mewah

Grand Hyatt Tokyo adalah salah satu cawangan Hyatt Hotels and Resorts yang beribu pejabat di Amerika dan rangkaian hotelnya melebihi 500 buah di seluruh dunia. Dinilai daripada kecanggihan dan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Biliknya termasuk 28 bilik suite ada 387 bilik, bilik biasa pun luasnya lebih kurang 42 meter persegi. Restoran/bar ada 10 buah yang diantaranya ialah Teppanyaki `Keyakizaka` yang pernah mendapat anugerah 1 bintang oleh Michelin.

Masuk pukul 15.00/Keluar pukul 12.00, Bayaran: Twin \56,000~(tidak termasuk cukai), Kedai makan-minum: makanan Jepun 2, masakan Cina 1, makanan Perancis 1 dan lain-lain.

  • Grand Hyatt Tokyo
    • Address Minato-ku Roppongi 6-10-3 , Tokyo, 106-0032
      View Map
    • Nearest Station Roppongi Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Oedo Line)
      8 minutes on foot

    Carian Ketersediaan/Tempah

    Kerana keadaan bagi setiap bilik mungkin berbeza sama ada dari segi bayaran terbaru atau butiran bayaran, sila pastikan di laman rakan niaga.

Barang berkaitan Asahi TV tersusun rapi

Barang berkaitan Asahi TV tersusun rapi

Ibu pejabat Asahi TV adalah terletak berdepan dengan taman Mori yang kaya dengan kehijauan. Di tingkat 1 terdapat kedai cenderamata `tele asa shop`. Tersusun rapi lebih kurang 2000 barang original daripada pengacara, barang rancangan drama dan hiburan seperti `Doraemon` dan `Crayon Shin-chan` yang terkenal di seluruh dunia. Hanya terdapat di sini, oleh itu disyorkan sebagai cenderahati.
Masa: 10:00~19:00、Cuti: Tiada

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari