
Dalam sistem pengecualian cukai terdapat pengecualian duti kastam yang dipanggil “duty-free” serta pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (cukai nilai tambahan) yang dipanggil “tax-free”. Merujuk kepada data terkini pada September 2016, selain dari di lapangan terbang, “duty free shop” yang terdapat di Jepun hanyalah “T Galleria” yang terletak di Okinawa, serta “Ginza Mitsukoshi Departmental” dan “Tokyu Plaza” yang terletak di Tokyo Ginza. Bagi “tax-free shop”, di depan kedai terdapat bendera atau pelekat “tanda simbol kedai bebas cukai” yang di gubal oleh Agensi Pelancongan. Pencarian lokasi yang ada “tax-free shop” atau lokasi terkini, mudah dilakukan melalui “LIVE JAPAN”.
Syarat yang melayakkan anda untuk menerima pengecualian cukai

Pada asasnya, pelancong asing yang berkunjung ke Jepun untuk jangka masa yang singkat, layak mendapat pengecualian cukai. Tiada pengecualian cukai untuk mereka yang menetap melebihi 6 bulan selepas memasuki Jepun, begitu juga kepada mereka yang bekerja di sini, termasuk warganegara Jepun sendiri. Berikut adalah 4 syarat-syarat yang telah ditetapkan.
・Barang dibeli adalah dari kedai yang cukai perkhidmatannya dikecualikan.
・Untuk kegunaan sendiri, bukan untuk dijual semula.
・Untuk pembelian barang yang bukan barang lupus seperti peralatan letrik, jam, pakaian dan pelbagai barangan lain, perlulah dibawa keluar dari Jepun dalam masa 6 bulan dari tarikh memasuki Jepun.
・Untuk barang lupus seperti barang kosmetik, ubat-ubatan, makanan, minuman serta lain-lain, perlulah dibawa keluar dari Jepun tanpa membukanya dalam masa 30 hari dari tarikh dibeli.
Barangan bebas cukai dan harganya
Bagi barangan biasa, jumlah pembelian di setiap satu kedai yang dibenarkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan, haruslah melebihi 10,001yen dalam tempoh satu hari. Barangan biasa ialah seperti peralatan letrik, barang perhiasan, jam, pakaian dan sebagainya yang merupakan bukan barangan lupus. Barangan lupus seperti makanan, minuman, ubat-ubatan dan kosmetik pula, harus berjumlah lebih daripada 5,001yen dan kurang daripada 500,000yen dalam tempoh satu hari di setiap satu kedai yang dibenarkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan. Kedua-dua harga tersebut adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan, serta barangan biasa dan barangan lupus dijumlahkan berasingan. Salinan pasport diperlukan bagi pembelian melebihi 1,000,000yen.
Bagi jumlah pembelian di kedai-kedai yang berlainan tetapi berada di kemudahan komersial yang sama, jika syarat pengecualian cukai perkhidmatan dipenuhi, ada kedai bebas cukai yang mengembalikan wang semula. Bagi keadaan seumpama ini, anda boleh menerima pengembalian wang di kaunter pendaftaran pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kemudahan komersial yang tidak menjumlahkan harga pembelian.
Cara memohon pengembalian wang pengecualian cukai
Permohonan pengembalian wang pengecualian cukai hanya boleh dibuat di kedai bebas cukai yang terlibat sahaja. Disamping itu, permohonan mestilah dibuat pada hari pembelian. Terdapat dua cara untuk memohon pengembalian wang cukai barang dan perkhidmatan.
Situasi 1 : Membeli belah dengan pembelian barangan yang dikenakan cukai barang dan perkhidmatan;
1.Selepas pembelian, pergi ke kaunter perkhidmatan bebas cukai terletak di bangunan yang sama dengan kedai tersebut, kemukakan barang yang di beli, pasport, resit dan kad kredit jika pembelian menggunakan kad.
2.Menandatangani borang pengesahan pembelian yang disediakan
3.Menerima slip rekod pembelian
4.Jumlah wang yang telah dikenakan cukai akan dikembalikan secara tunai atau pengembalian kredit jika menggunakan kredit kad (cukai perkhidmatan bagi transaksi mungkin dikenakan)
5.Serahkan slip rekod pembelian kepada pihak kastam semasa keluar dari Jepun.
Situasi 2 : Membeli belah dengan pembelian tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan
1.Sila kemukakan pasport ketika membeli di kedai bebas cukai bagi mendapatkan pengecualian cukai
2.Menandatangani borang pengesahan pembelian yang disediakan
3.Menerima slip rekod pembelian
4.Serahkan slip rekod pembelian kepada pihak kastam semasa keluar dari Jepun.
Apakah itu “borang pengesahan pembelian” dan “slip rekod pembelian”
Borang pengesahan pembelian adalah dokumen pengesahan bagi barang yang dibeli untuk dibawa ke luar negara, tidak dilupuskan sebelum keluar dari Jepun dan barangan lupus perlu dibawa keluar dari Jepun dalam masa 30 hari selepas pembelian. Borang berkenaan akan diserahkan di kedai berkenaan dan anda perlu menandatanganinya.
Slip rekod pembelian pula adalah dokumen yang diterima dari kedai yang kita kunjungi untuk membeli belah. Slip rekod pembelian perlu dikepilkan pada pasport dan perlu diserahkan kepada pihak kastam ketika meninggalkan Jepun. Anda berkemungkinan tidak akan diberi pengecualian cukai sekiranya slip rekod pembelian ini tercicir atau hilang.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian selepas pembelian
Barangan biasa dan barangan lupus yang telah diproses untuk pengecualian cukai barang dan perkhidmatan tidak boleh diberikan kepada orang lain, dan ia seharusnya dibawa keluar dari Jepun bersama pembelinya. "Barangan bebas cukai yang telah dibeli" dan "Record for Purchase of consumption Tax-exempt for export" yang dilekatkan pada pasport perlu diserahkan kepada pihak kastam sebelum meninggalkan Jepun. Jika anda ingin menyimpan barangan tersebut di dalam bagasi atau sebagainya, anda harus membawa bagasi tersebut kepada pihak kastam untuk pemeriksaan sebelum menyerahkannya kepada syarikat penerbangan. Sekiranya anda tidak dibenarkan membawa atau memiliki barangan bebas cukai tersebut, anda harus membayar harga penuh pengecualian cukai yang dikenakan. Jika anda berhajat untuk menghantar barang tersebut secara berasingan, anda juga perlu mengikuti prosedur pihak kastam terlebih dahulu.
Cara menerima pengembalian cukai

Terdapat dua cara untuk menerima pengembalian cukai barang dan perkhidmatan. Cara pertama, kemukakan pasport ketika membeli belah. Ini membolehkan anda untuk membayar harga yang tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan. Cara kedua, apabila membuat pembelian, anda membayar harga penuh termasuk cukai barang dan perkhidmatan terlebih dahulu. Kemudian anda boleh mendapat pengembalian cukai yang dikenakan di bahagian lain di dalam bangunan kedai tersebut. Kedua-dua cara ini memudahkan pelanggan kerana semua urusan dapat diselesaikan di dalam satu tempat yang sama. Apa yang anda harus lakukan di lapangan terbang ketika meninggalkan Jepun ialah menyerahkan "Record for Purchase of consumption Tax-exempt for export" (rekod pembelian barangan bebas cukai untuk diekspot) yang telah dikepilkan bersama pasport kepada pihak kastam.
Kedai bebas cukai yang banyak terdapat di bandar-bandar.
Kebanyakan kedai bebas cukai di Jepun mempunyai papan tanda atau pelekat “simbol kedai bebas cukai” di pintu masuk kedai. Farmasi juga menjual barangan lain seperti alatan kosmetik, barangan bayi, makanan dan pelbagai barangan lagi selain menjual ubat-ubatan. Jika anda berhajat untuk membeli belah dengan jumlah yang besar, anda dinasihati supaya memastikan terlebih dahulu status kedai, sama ada kedai tersebut memberikan pengecualian cukai atau tidak.
.
Photo credit (main image): Tupungato / Shutterstock.com
1. Discount coupon combined with tax exemption (Don Quijote)
Don Quijote, often referred to as "Donki," is a famous discount chain store known for its eclectic and extensive product range. From electronics and cosmetics to snacks and novelty items, its bustling aisles and late closing hours make it a unique shopping experience.
Now when shopping at Don Quijote, you can get up to 15% off your purchase! Just tap the coupon above and show it to the cashier when checking out. (Conditions apply. See coupon page for details.)
2. Discount coupon combined with tax exemption (Tsuruha Drug Store)

Tsuruha Drugstore is a widespread pharmacy chain in Japan, recognized for its extensive selection of health and beauty products. It's a favored spot for both medicinal needs and cosmetic finds, including popular Japanese skincare and makeup products.
3. Discount coupon combined with tax exemption (Lotte Duty Free Ginza)

Lotte Duty Free Ginza, located in Tokyo's upscale Ginza district, is a premium duty-free shop offering a variety of luxury brands and products. From high-end cosmetics and fragrances to designer accessories, it's a prime spot for tax-free shopping in a sophisticated environment.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Coupons
Lotte Duty Free Ginza store
Duty Free Shops
Ginza
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak