Meiji-jingu (Kuil Meiji) menerima pengunjung terbanyak di Jepun ketika kunjungan pertama ke kuil pada awal tahun baru setiap tahun. Hutan tebal seluas lebih kurang 70,000 meter persegi ini kini menjadi habitat kepada lebih kurang 3,000 spesies flora dan fauna. Hanya kicauan burung dan bunyi daun bergeseran sahaja yang kedengaran di hutan ini. Pengunjung bolehlah menikmati suasana tenang ini sambil menghirup udara yang segar dan nyaman.
Meiji-jingu merupakan tempat suci yang telah dibina pada tahun 1920 bertujuan untuk memuja Maharaja Meiji dan permaisurinya, Permaisuri Shoken. Pada awalnya, kawasan kuil ini merupakan tanah gersang, tetapi telah dijadikan sebagai hutan buatan manusia dengan penanaman 100,000 pokok yang telah diderma dari seluruh Jepun mengikut kesesuaian binaan ini. Jika anda mengunjungi Meiji-jingu dari Stesen Harajuku, binaan pertama yang kelihatan adalah Torii (pagar tradisional Jepun yang sering ditemui di pintu masuk kuil) pertama. Honden (kuil utama) terletak jauh di dalamnya. Anda disarankan untuk tunduk sebagai tanda hormat terlebih dahulu di hadapan Torii sebelum bergerak masuk.
Jiwa anda secara semulajadinya menjadi tenang apabila melawat tempat suci seperti ini. Jalan di sini dibina agar menurun. Ianya dikatakan sengaja dibina sebegitu agar pengunjung yang datang dapat beribadat dengan rasa selesa. Udara yang nyaman dapat dirasakan sambil anda berjalan di atas batu-batu kerikil di sini. Bunyi-bunyian hasil daripada pijakan amat mengasyikkan dan dikatakan mempunyai kesan untuk menenangkan jiwa pengunjung yang datang.
Yang kelihatan di sini adalah barel-barel sake (arak beras Jepun) dan juga barel-barel wain. Dikhabarkan Maharaja Meiji sangat menyukai wain terutamanya wain buatan Burgundy. Barisan barel-barel wain ini tentu dapat memikat hati pengunjung yang datang.
Ini pula adalah barel-barel sake. Jika anda merupakan penggemar arak, kunjungan ke sini akan jadi lebih menarik jika anda berikan perhatian pada jenama-jenama wain dan sake di sini.
Seterusnya di sebelah kiri, anda akan dapat melihat Otorii (pintu masuk), yang merupakan Myoujin-torii (sejenis binaan Torii) buatan kayu terbesar di Jepun. Torii ini dikatakan dibina daripada sebatang kayu jenis Taiwan Cypress.
Setelah melewati Otorii, anda akan sampai ke kawasan kuil. Kawasan selepas ini adalah merupakan kawasan suci.
Pengunjung dikehendaki mencuci tangan terlebih dahulu untuk menyucikan tubuh sebelum masuk ke dalam kuil. Cara-caranya adalah, pertama, cedok air menggunakan hishaku (pencebok) dan basuh tangan kiri menggunakan tangan kanan, seterusnya, pegang hishaku dengan tangan kiri dan basuh tangan kanan anda. Seterusnya pegang pencedok dengan tangan kanan dan tadah air menggunakan tangan kiri, kemudian kumur dengan air tersebut. Akhir sekali, tadah air dengan tangan kiri dan cuci pemegang hishaku dan kembalikannya ke tempat asal.
Masukkan wang sumbangan, kemudian lakukan nirei nihakushu ichirei (tunduk dua kali, tepuk tangan dua kali, tunduk sekali). Tunduk dua kali, kemudian tepuk tangan dua kali, dan pohonlah hajat anda, kemudian tunduk lagi sekali. Disarankan agar anda berlatih terlebih dahulu supaya perjalanan di sini lancar.
Setelah selesai, anda boleh bergerak menuju Gyoen (taman diraja). Keterangan bertulis menyatakan bahawa Gyoen merupakan kediaman keluarga Kato dan keluarga Ii semenjak awal zaman Edo, tetapi ditukar menjadi Kunaishoyokan (Badan Rumah Tangga Maharaja), dan namanya ditukar menjadi Yoyogi Gyoen. Kini namanya telah ditukar menjadi Meiji-jingu Gyoen. Kawasan ini adalah merupakan taman semenjak daripada dahulu, tetapi telah dinaik tarafkan di zaman Meiji oleh Maharaja Meiji bertujuan supaya Permaisuri Shoken dapat bersiar-siar. Bukan sahaja tempat ini mengingatkan anda pada hutan asal, malah suasana jalannya yang unik ditambah pula dengan flora yang nyaman sentiasa menggamit kunjungan anda ke sini.
Kiyomasa no Ido (telaga Kiyomasa) yang terkenal di Jepun!
Anda dapat merasakan air mata yang bersih di sini. Suhu air sepanjang tahun adalah lebih kurang 15°C, dan jumlah air yang memancut keluar adalah 60 liter setiap minit. Airnya sangat dingin dan menyegarkan. Sudah semestinya nasib anda akan bertambah baik di sini. Tetapi diingatkan agar pengunjung tidak memasukkan wang di sini. Ini adalah untuk mengelakkan air daripada tercemar.
Setelah menyusuri jalan yang dikelilingi pohonan subur, anda akan menemukan kawasan lapang, iaitu Shobuda. Maharaja Meiji telah menanam bunga-bungaan jenis Iris ensata demi Permaisuri Shoken di taman ini. Pada bulan Jun, bunga ini akan berkembang dan memenuhi taman dengan kepelbagaian warnanya daripada pelbagai jenis bunga Iris ensata tersebut. Permadangan ketika musim bunga kembang ini sangat menakjubkan sehingga anda terlupa sejenak bahawa ianya terletak berdekatan Harajuku dan Shibuya.
Di kolam Gyoen ini anda berpeluang untuk melihat ikan kapi, itik melewar, itik mandarin dan burung meadow bunting. Pada musim panas pula anda berpeluang untuk melihat bunga lotus berkembang.
Sebelum sampai ke Homotsuden (Balai Khazanah), anda akan tiba di kawasan rumput yang luas! Dari sini anda dapat melihat pemandangan menakjubkan bangunan pencakar langit Shinjuku di sebalik langit lepas. Anda juga dapat berehat di bawah rimbunan pohon di sini setelah penat berjalan. Hilangkan penat lelah anda sambil menikmati udara nyaman di sini. Tetapi diingatkan bahawa pengunjung dilarang untuk makan dan minum di dalam kawasan kuil, termasuklah kawasan ini. Anda hanya dibenarkan makan di tempat yang telah disediakan.
Anda telah sampai di hadapan Homotsuden. Di dalamnya terdapat hiasan potret Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken. Khazanah-khazanah berkaitan dengan kedua-duanya dipamerkan di sini.
Berhadapan dengan Homotsuden ini terdapat Sazare ishi (batu kerikil), batu yang dikatakan menjadi tema kepada lagu kebangsaan Jepun, Kimi ga Yo. Batu ini yang pada mulanya bersaiz kecil, menjadi besar setelah begabung dengan batu-batu yang dihanyutkan oleh arus sungai. Ianya pada asalnya terletak di Gifu-ken tetapi telah dipindahkan ke sini.
Jalan kembali ke arah Harajuku sangat nyaman dengan dikelilingi pepohon lampai. Pancaran panas terik matahari juga tidak terasa di bawah bayang-bayang dedaun yang memancar ke lantai hutan ini.
Setelah puas berjalan, inilah masanya untuk anda nikmati hidangan ringan di teres kedai CAFE yang terletak di pintu masuk. Pada musim panas, anda dapat menikmati suasana selesa di teres terbuka di sini. Antara menu terkenal yang wajib dicuba di sini adalah Gelato Tofu Milk dan Croissant. Setelah puas berehat dan menikmati hidangan ringan di sini, tibalah masanya untuk anda pulang. Cuba kenangkan kembali pemandangan yang baru saja anda nikmati. Pasti sekali banyak penemuan dan kejutan yang telah anda lalui, bukan?
-
-
Address
1-1, Yoyogikamizonocho, Shibuya-ku, Tokyo, 151-8557
View Map -
Nearest Station
Sangubashi Station (Odakyu Odawara Line)
- Phone Number 03-3379-5511
-
Address
1-1, Yoyogikamizonocho, Shibuya-ku, Tokyo, 151-8557
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Mencuba pakaian
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
[MOVIE] Sensoji, Tempat Popular Dikalangan Pelancong Asing! 7 perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?