Makanan dalam tin yang popular dikalangan individu yang tinggal bersendirian dan juga sebagai snek yang mudah dimakan bersama dengan sake (arak). Makanan tersebut boleh dimakan segera tanpa perlu dimasak kerana hidangan tersebut sudah dimasak terlebih dahulu seperti roti, ayam panggang, ikan bakar, ikan rebus dan sebagainya. Disebabkan negara Jepun merupakan negara kepulauan, maka terdapat pelbagai jenis makanan tin yang berasaskan ikan dan merupakan satu keunikan. Di sini, saya akan memperkenalkan pilihan makanan tin yang popular.
Roti lembut yang sedap dan tahan lama
“Pan Akimoto” (Roti Akimoto) merupakan “Roti dalam tin” di mana adunan roti dimasukkan ke dalam tin, dan roti tersebut dibakar bersama-sama dengan tin. Berasaskan keunikan resepi yang tersendiri dari 4 buah negara ini iaitu Jepun, Amerika, China, dan Taiwan, roti ini ditinkan tanpa menghilangkan rasa dan kelembutan roti yang baru dibakar. Mempunyai tarikh luput yang panjang iaitu selama 37 bulan, menjadikan makanan yang sangat berguna ketika kecemasan, berkhemah, BBQ dan sebagainya. “Oishii Bichikushoku Series" (Siri makanan simpanan lazat) yang popular ini mempunyai 3 jenis perisa iaitu strawberi, oren dan kismis. Sebelum membukanya panaskan terlebih dahulu menggunakan air panas dan kemudian anda boleh menikmati keenakan rasanya seperti roti yang baru dibakar.
Ayam panggang dalam tin yang sangat sesuai sebagai snek bersama sake (arak)
“Yakitori " (Ayam panggang) yang dikeluarkan pada tahun 1970 oleh Hotei Foods ini antara produk yang paling lama dijual. Ayam tempatan yang diperisakan dengan “shoyu” (kicap Jepun) dan kemudian dibakar dengan menggunakan arang ini melahirkan aroma yang wangi di dalam tin. Semenjak kebelakangan ini di Jepun, disediakan makanan tin bersama arak iaitu “bar makanan tin” ini sangat mendapat sambutan, dan “yakitori” merupakan set menu yang menjadi pilihan jutaan pelanggan. Selain dari perisa “tare” (sos Jepun), terdapat juga perisa garam, pedas, lada bawang putih, dan juga “lada yuzu”(lada limau yuzu). Boleh dikatakan ianya mudah diperoleh dimana sahaja, harganya juga sangat berpatutan, bersaiz kecil dan mudah dibawa, maka sangat disyorkan untuk dijadikan sebagai buah tangan.
Kari Thai di dalam tin yang popular dan meletup
Siri "Inaba Kari Thai" ini dikilangkan di tempat asalnya, Thailand. Kesemua herba dan rempah yang digunakan adalah hasil tanaman dari ladang terpilih di Thailand, dan aroma menyegarkan dari herba segar ini terus ditinkan. Rasanya yang asli yang mampu dirasai hanya dengan 100 yen dan turut menjadi perbualan disebabkan oleh kualitinya yang tinggi jika dibandingkan dengan kos pembuatannya, dan selain dimakan bersama-sama dengan nasi, makanan tin ini disyorkan bagi digunakan dalam pelbagai menu seperti dimasak dengan sayuran dan nasi goreng, dan sangat popular sehinggakan kehabisan stok di kedai-kedai. Selain daripada kari Thai hijau, kuning, dan merah, turut menjadi pilihan adalah seperti kari Thai daging cincang, basil, dan juga tomyam ayam dan sebagainya.
Makanan tin "Kabayaki" makanan tradisi Jepun
"Kabayaki" adalah satu cara masakan yang mana ikan dibelah dan diperisakan menggunakan sos dan kemudian dibakar. Sejarahnya telah lama, dan merupakan masakan tradisi Jepun. Hidangan tradisional seperti ini boleh dinikmati dari dalam tin iaitu makanan tin jenama Tahara " Kabayaki ikan Sanma". Di dalamnya mengandungi ikan Sanma yang dibakar dengan menggunakan sos pekat gabungan daripada "shoyu" (kicap Jepun), mirin, gula, sake (arak) dan sebagainya. Produk ini telah dijual selama 60 tahun, malah sehingga kini masih popular. Begitu juga dengan Kabayaki "Iwashi"(ikan sardin). Disyorkan untuk dinikmati bersama nasi yang masih panas dan diletakkan Kabayaki di atasnya.
Makanan snek orang dewasa yang menjadi kegemaran
"Kantsuma" produk yang dijual oleh Kokubu Group Inc. Sdn Bhd ini, boleh dijadikan snek dengan hanya membuka penutupnya, dan merupakan siri koleksi snek yang sedikit mewah. Antara produk yang ditawarkan adalah seperti daging bakon yang dipotong dadu dan diperisakan dengan biji sawi serta madu, ikan sardin tempatan yang diperisakan garam dengan "extra virgin olive oil" dan sebagainya ini, mengamit rasa asli yang sebenar. Cara masakannya seperti daging bakon yang dipotong dadu dan diperisakan dengan mustard madu, ikan sardin tempatan yang diperisakan garam dengan "extra virgin olive oil" dan sebagainya ini, mengamit rasa asli masakan yang sebenar. Terdapat juga makanan tin yang bernilai 10 ribu yen iaitu sup sirip ikan yu tempatan yang terkemuka di dunia yang menggunakan sirip ikan yu Kesennuma (nama tempat di Jepun). Satu hidangan yang boleh dirasai yang menggunakan bahan dan kaedah masakan yang tiada bandingannya.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Restoran yang disukai oleh orang Jepun
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna