Kad bank luar negara

Kad bank luar negara

Date published: 1 Mac 2020

Semasa melancong ke Jepun, jika wang tunai tidak mencukupi, ia amat membantu sekiranya anda mempunyai kad debit yang boleh digunakan di luar negara. Berikut akan diperkenalkan tentang ATM yang boleh menggunakan kad debit dari luar negara.

※Info ini dikemaskini pada November, 2016.

ATM di Seven Bank

ATM di Seven Bank

ATM yang menyediakan pelbagai bahasa dan penerimaan jenis kad debit yang paling banyak adalah Seven Bank ATM yang dimiliki oleh Seven-Eleven. Kad yang tertera logo VISA、MasterCard、American Express、JCB、Union Pay、DISCOVER、Diners club、Maestro、CIRRUS atau PLUS boleh digunakan. Terdapat juga keadaan dimana, walaupun tertera logo tetapi kad tidak dapat digunakan atau pengeluar kad mengenakan caj perkhidmatan.
Jangkamasa waktu kad boleh digunakan juga bergantung kepada kad, dimana terdapat kad yang boleh digunakan sepanjang tahun atau dari subuh hingga tengah malam. Had pengeluaran untuk sekali pengeluaran adalah 100,000 yen (sesetengah kad hanya 30,000 yen).

ATM di Yucho Bank

ATM di Yucho Bank

Sama seperti Seven Bank, ATM Japan Post Bank yang boleh didapati bukan sahaja di dalam pejabat pos, malah di kebanyakan tempat di seluruh Jepun juga menerima kebanyakan kad debit luar negara. ATM Japan Post Bank yang terletak di dalam kawasan bank kebiasaannya terhad kepada waktu operasi manakala mesin ATM yang terletak di kedai serbaneka beroperasi sepanjang tahun 365 hari. Had bagi setiap kali pengeluaran wang adalah sebanyak 50,000 yen. Kad yang boleh digunakan termasuklah VISA, VISA ELECTRON, PLUS, MasterCard, Maestro, Cirrus, American Express, Diners Club, JCB, Union Pay dan DISCOVERS. Namun begitu, sesetengah kad Maestro yang mempunyai cip IC tidak boleh digunakan.

ATM EON Bank

ATM EON Bank

Sebahagian ATM AEON Bank yang beroperasi di kompleks membeli-belah terbesar AEON juga menerima kad bank luar negara. Walaupun bilangannya tidak sebanyak ATM Seven Bank dan Japan Post Bank, ATM AEON boleh didapati di pasaraya di bawah kumpulan AEON ataupun di kedai serbaneka MINISTOP. Kad yang boleh digunakan ialah Union Pay, VISA, PLUS, MasterCard, Maestro dan Cirrus.

ATM yang lain

ATM yang lain

JCB、Union Pay dan DISCOVER boleh digunakan di ATM Mitsubishi Tokyo UFJ. Selain itu, VISA、PLUS、MasterCard、Maestro dan Cirrus boleh digunakan di ATM Mizuho Bank yang dikhaskan untuk kad yang dikeluarkan di luar negara

Cara penggunaan asas ATM

Cara penggunaan asas ATM

Berikut adalah cara-cara penggunaan mesin ATM di Jepun.
Sebagai contoh: "untuk pengeluaran tunai"

1. Masukkan kad anda ke dalam slot mesin ATM
2. Pilih bahasa
3. Tekan butang "pengeluaran"
4. Pilih akaun bank untuk pengeluaran tunai
5. Masukkan jumlah wang (penggunaan syiling untuk ATM di luar kawasan bank adalah tidak dibenarkan)
6. Periksa semula jumlah pengeluaran
7. Masukkan nombor pin, kemudian tekan butang "ENTER"
8. Ambil wang tunai, kad dan resit anda

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari