"Nomihodai", satu sistem kedai makan di Jepun yang membenarkan pelanggan menikmati minuman sebanyak mana yang diingini dalam tempoh masa dan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Sementara itu, keistimewaan bar pula ialah dapat berinteraksi dengan tuan kedai yang digelar "Master". Kedua-dua jenis kedai ini menawarkan pilihan minuman keras kepada pengunjung walaupun mempunyai cara menikmati yang berbeza. Jadi, kedai yang mana yang menjadi pilihan untuk dijadikan kenangan pelancongan anda?
KURAND SAKE MARKET
"Nomihodai" arak Jepun dengan kedar bayaran 3,240 JPY. Tambahan pula, tiada had masa ditetapkan dan ini membolehkan pelanggan menikmati kemudahan ini sepuas hati. Dengan berkonsepkan layan diri dan minum sambal berdiri, pelanggan dikehendaki memilih gelas kegemaran dan arak pilihan yang berada di dalam peti sejuk serta menuang sendiri arak tersebut ke dalam gelas masing-masing. Kedai ini menyediakan lebih 100 jenis arak Jepun yang dibuat dengan teliti di kilang-kilang arak kecil di seluruh Jepun. Kedai ini turut menjual hidangan sampingan, namun kebiasaannya makanan dibawa sendiri oleh pelanggan. Penyepit dan pinggan ada disediakan, malah ketukar gelombang mikro juga boleh digunakan. Keluar dari kedai seketika untuk membeli barangan adalah dibenarkan.
-
KURAND SAKE MARKETKURAND SAKE MARKET
- Address S&k Bld.4F, 3-27-3, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
Kobayashi Nojo
“Nomihodai” kira-kira 100 jenis minuman beralkohol termasuk minuman keras jenama Heineken dan Kirin Ichiban, arak Jepun keluaran wilayah Nagano, koktel dan sebagainya. Sistem kedai ini ialah kadar bayaran 499 JPY (tidak termasuk cukai) untuk tempoh masa 30 minit, dan lanjutan tempoh masa 30 minit secara automatik dengan kadar bayaran akan dikenakan setiap kali melebihi had masa sehingga maksimum 2 jam. Tiada bayaran tambahan dikenakan selepas melebihi tempoh masa 2 jam. Kedai ini turut menyediakan masakan tempatan wilayah Nagano dan masakan yang menggunakan bahan-bahan dari wilayah Nagano seperti ayam herba Shinshu, daging lembu premium Shinshu dan ikan salmon Shinshu. Sekiranya ingin menikmati rasa manis daging dan lemak lembu Shinshu, dapatkan “Shinshu Gyu Gorogoro Yaki” (kalbi) dengan harga 1,480 JPY (tidak termasuk cukai) untuk hidangan 2 orang.
-
Shinsyunaganoshi Kobayashi Nojo信州長野市 小林農場 池袋東口店
- Address Nohagi building B1, 1-25-11, Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022
Penguin Bar
Satu-satunya bar di Tokyo yang membolehkan pelanggan menikmati minuman beralkohol sambil bersantai melihat penguin yang comel. Terdapat pelbagai jenis minuman beralkohol disediakan termasuklah koktel, arak Jepun, shochu, wain dan sebagainya. Turut disediakan ialah pelbagai jenis koktel manis untuk dinikmati oleh pelanggan yang tidak tahan dengan minuman beralkohol. Antara hidangan yang disyorkan ialah minuman limau segar dengan bau yang harum, “Gin and Lime”, dengan harga 900 JPY (tidak termasuk cukai). Menu makanan yang terkenal di sini ialah daging, sayur dan ikan yang dicucuk dengan lidi dan dibakar di atas plat besi, “Pencucuk di atas Plat Besi”, yang berharga 1,000 JPY (tidak termasuk cukai). Nikmati keseronokan bermain dengan penguin sambil mengusik dengan menggunakan lobak merah.
-
Penguin Bar IkebukuroペンギンのいるBAR
- Address COSMY 1F, 2-38-2 Ikebukuro, Toshima-ku, Tokyo,170-0014
Rock Bar Oasis
Bar yang memainkan lagu rock dan pop Amerika era 70-an dan 80-an sebagai muzik latar belakang. Terdapat lebih kurang 200 jenis wiski tempatan dan luar negara yang dipilih khusus oleh Master, salah satu daripadanya ialah Ichiro’s Malt yang terkenal. Menu makanan turut disediakan seperti daging kering khinzir yang berharga 650 JPY, piza buatan sendiri berharga 1,000 JPY dan lain-lain. Jeruk buatan sendiri berharga 500 JPY yang menggunakan sayur diperap di dalam cuka dan bir juga sesuai dinikmati bersama minuman beralkohol.
-
Rock Bar Oasisロック バー・Oasis
- Address B1 1-38-4, Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013
Ikebukuro BAR α
Bar dengan suasana yang tenang hinggakan golongan wanita juga tidak berasa ragu-ragu untuk datang bersendirian. Menyediakan bukan sahaja koktel dan wiski malah pelbagai jenis arak Jepun seperti umeshu (wain plum) dan shochu yang jarang ditemui. Salah satu minuman yang mendapat sambutan ialah “absinthe”, sejenis minuman keras yang diperbuat daripada pelbagai jenis herba termasuklah worm wood sebagai bahan utama, dan dijual dengan harga 1,000 JPY. Terdapat juga pelbagai jenis menu makanan seperti “Youfu Yaki Udon” (Udon Goreng Ala Barat) berharga 880 JPY, “Mecha Uma Kare” (Kari Sedap) berharga 880 JPY dan sebagainya.
-
Ikebukuro Bar α池袋 BAR α
- Address Dai3kizunaBld.9F,Ikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0014
Sakura cafe Ikebukuro
Restoran 24-jam yang terletak di Hotel Sakura. Bir terpilih dari seluruh dunia menjadi kebanggaan restoran ini. Terdapat lebih 60 jenis bir termasuklah jenama utama dari Jerman dan Belgium sehinggalah jenama yang jarang ditemui di Jepun seperti bir dari Republik Czech dan Israel. Arak Jepun, wain dan pelbagai jenis koktel juga boleh didapati di sini. Harga untuk bir dari seluruh dunia bermula dari 560 JPY. Untuk hidangan sampingan, terdapat pelbagai jenis rasa dari seluruh dunia dapat dinikmati di sini seperti stew kacang, “ajillo” (sos bawang putih) dan sebagainya. Hidangan yang paling terkenal ialah “Francesinha”, gratin dengan hamburger besar yang terletak di dalamnya, yang berharga 1,280 JPY.
-
Sakura cafe Ikebukuroサクラカフェ池袋
- Address Sakurahotel ikebukuro Bekkan1F, Ikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0014,
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Menu
HACHIUMA Shinjukuten
Izakaya
Shinjuku
-
Menu
Sushi Dining Kadohachi Ginza
Izakaya
Ginza
-
Menu
HACHIUMAShinjuku Main store
Izakaya
Shinjuku
-
Menu
Ikebukuro Beer Garden Kanzenkoshitsu & Terasuseki Osakanabaru Sandaime Uotoku
Izakaya
Ikebukuro
-
Menu
Oto-Oto Shinjuku Center Building
Izakaya
Shinjuku
-
Appealing
Torasuzu
Izakaya
Asakusa
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Ryokan (rumah inap)
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
5 pilihan bar berdiri di Shinjuku
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo