Asakusa adalah seperti sebuah kotak "harta karun" yang menempatkan banyak kuil-kuil lama! Jom kita melawat 7 dewa atau pun "Shichifukujin Meguri" sambil mengumpul "Goshuin" dengan melawat kuil-kuil di sini. "Goshuin" ialah bukti lawatan ke kuil yang dihasilkan dari "Sumi Moji", "Shuiro Hanko" dan juga "Moji". Anda boleh mendapatkannya dari 300 yen~500 yen apabila melawat ke kuil-kuil tersebut. Di setiap kuil ini, setiap helai "Goshuin" adalah kaligrafi unik hasil tulisan tangan. Oleh kerana itu, tidak akan ada "Goshuin" yang sama.
Asakusa dikenali sebagai "Sensoji"
Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Asakusa, seperti Kuil Besar "Kan-on Sama", Pagoda 5-tingkat sehinggalah tanglung yang mempunya berat 500kg! "Daikokuten" atau pun Dewa Kekayaan dimuliakan di "Yogodo", bersebelahan dengan Kuil Utama. Anda boleh medapatkan ketiga-tiga "Goshuin" di kaunter khas untuk "Goshuin" di "Sensoji".
-
-
Address
2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3842-0181
-
Address
2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
Perayaan yang terkenal bagi orang yang dilahir dan dibesarkan di Tokyo, "Asakusa Jinja"
Terletak bersebelahan dengan dengan Jalan Utama "Sensoji" ialah sebuah kuil yang masih berdiri teguh sehingga kini. Kuil ini bertujuan untuk memuliakan 3 dewa yang dikatakan titik permulaan bagi "Sensoji". Nama panggilan "Sansha Sama" yang membawa maksud "rapat" juga dikatakan berasal dari tiga dewa ini. "Sansha Matsuri" atau pun Perayaan Sansha juga terkenal dengan "Mikoshi" yang kelihatan seperti lukisan bertemakan "Pergaduhan dan Bunga Api adalah lambang Edo" yang dijinjing sepanjang perarakan.
"Goshuin" untuk Kuil Asakusa (Asakusa Jinja)
Gambar kiri: "Ebisu" yang melambangkan kemewahan yang tertulis pada "Goshuin" ini bermotifkan ikan yang dipancing dan dimasukkan ke dalam "Biku" atau pun raga ikan. Gambar kanan: Dua patung yang duduk bersebelahan bersama adalah pesuruh dewa yang disebut sebagai "Fufu Komainu" ini melambangkan rahmat oleh dewa dalam hubungan baik, kejayaan di dalam percintaan dan juga keharmonian rumahtangga.
-
-
Address
2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
7 minutes on foot
- Phone Number 03-3844-1575
-
Address
2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
"Matsuchiyama Shoten", kuil yang sunyi dan tenang.
Kuil umpama oasis ini terletak di puncak bukit kecil yang dikelilingi pokok-pokok yang boleh membuatkan anda terlupa akan hiruk-pikuk suasana bandar. "Bishamonten" ialah salah satu dari "Sichifukujin" yang ditugaskan untuk melindungi Buddha. Imej heroism yang dipaparkan amat bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang pelindung. Dikatakan bahawa "Bishamonten" berupaya menghalau roh-roh jahat dan mendatangkan rezeki. Di sini, anda boleh menaiki ke Kuil Utama dan mendapatkan "Goshuin" anda.
-
-
Address
7-4-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
10 minutes on foot
- Phone Number 03-3874-2030
-
Address
7-4-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
"Imado jinja", tempat asal-usul "Maneki Neko"
"Fukurokuju" mempunyai raut wajah lemah-lembut ini ialah dewa yang memberi kegembiraan, stabiliti dan kesihatan umur panjang kepada penyembahnya. Menurut lagenda, dewa ini juga terkenal dengan rahmat perkahwinan disebabkan oleh pasangan "Izanagi no Miko" (dewa kepada Jepun, Matahari, Bulan dan juga Ribut) juga memuliakan dewa ini. Selain dari itu, terdapat Imadoyaki yang terkenal di Asakusa dan juga Imadochi-ku. Di sini dikatakan bahawa tempat permulaan bagi "Maneki Neko". "Maneki Neko" ialah patung kucing yang kaki hadapannya diangkat seolah-olah melambai-lambai mengalukan-alukan sesuatu. Sepasang "Maneki Neko" yang melambangkan kejayaan dalam percintaan ini dicop sebagai "Goshuin" untuk kuil ini.
-
-
Address
1-5-22, Imado, Taitou-ku, Tokyo, 111-0024
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
15 minutes on foot
- Phone Number 03-3872-2703
-
Address
1-5-22, Imado, Taitou-ku, Tokyo, 111-0024
"Hashiba Fudoin", Pokok Gingko yang berumur 700 tahun.
Anda boleh melihat TOKYO SKYTREE(R) di sini, dan ia terletak berdekatan dengan "Shirahigebashi" (Jambatan Shirahige). Ia berdiri tegak di jalan menuju ke kuil. Kuil Besar ini didirikan pada zaman Edo dan pokok yang tertanam di bahagian dalam kawasan kuil ini sudah pun berumur lebih kurang 700 tahun. Ramai juga penganut yang memeluk pohon ini ketika datang ke kuil untuk mendapatkan rahmat dewa.
"Goshuin" untuk "Hashiba Fudoin"
Gambar kiri: "Hoteison" ialah dewa yang bulat dan cukup sihat. Anda dapat merasakan "kebulatan" menerusi huruf "nuno" ini. Gambar kanan: Di Kuil besar ini, "Gojujizoson" iaitu dewa kepada kanak-kanak yang terletak di bahagian kiri kuil, dan "Hyakudo Ishi" iaitu lagenda yang muncul di dalam kepercayaan rakyat Jepun ini dimuliakan di kuil ini.
-
-
Address
2-14-19, Hashiba, Taitou-ku, Tokyo, 111-0023
View Map -
Nearest Station
Minami-Senju Station (JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express)
-
Address
2-14-19, Hashiba, Taitou-ku, Tokyo, 111-0023
"Ishihama jinja", tempat terkenal yang terlukis di dalam "Ukiyo-e" (Lukisan hasil dari ukiran kayu)
"Ishihama Jinja" merupakan nama yang merangkumi keenam-enam kuil yang berada di dalam kawasan ini. Di sini, "Jurojin"(Dewa umur panjang) dan "Shiragitsune" (dewa yang membawa keuntungan) juga ada dimuliakan. Kuil ini dibina pada lebih kurang 1,200 tahun yang lalu. Kuil ini adalah kuil yang sememangnya terkenal di kalangan kuil-kuil yang wujud di dalam kota metropolis. "Goshuin" bagi kuil ini dicop dengan cop rusa dan membawa maksud semoga panjang umur.
-
-
Address
3-28-58, Minamisenju, Arakawa-ku, Tokyo, 116-0003
View Map -
Nearest Station
Minami-Senju Station (JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express)
15 minutes on foot
- Phone Number 03-3801-6425
-
Address
3-28-58, Minamisenju, Arakawa-ku, Tokyo, 116-0003
"Yoshiwara Jinja", kuil yang sentiasa melindungi wanita berkerjaya.
"Benzaiten" (Dewa muzik, kekayaan dan sumber air) yang terletak bersebelahan dengan "Yukaku" ini dimuliakan bersama-sama dengan 5 kuil yang lain di Yoshiwara. "Yukaku" (kawasan merah) ialah kawasan yang dikelilingi pagar dan parit yang menempatkan rumah-rumah pelacuran yang telah memperolehi permit dari kerajaan. Susuk tubuh glamor "Benzaiten" telah dilukis di bahagian luar dinding "Okumiya" yang telah dibaikpulih sepenuhnya pada tahun 2012. "Aisome" berkembar mekar , seolah-olah mendoakan orang ramai yang meziarahi "Yukaku" ini ketika musim bunga, dengan iringan "Semoga cepat berjumpa dengan pasangan sejati" .
"Goshuin" untuk "Yoshiwara Jinja"
Gambar kiri: Huruf Jepun yang melambangkan badan dan kepala ular. Gambar kanan: "O-Ana-sama" yang melindungi dari dalam bumi sehinggalah ke permukaannya. Kepercayaan sejak turun-temurun mengatakan bahawa, apabila berdoa dengan seikhlas-ikhlas hati, anda akan dirahmati.
-
-
Address
3-20-2, Senzoku, Taitou-ku, Tokyo, 111-0031
View Map -
Nearest Station
Minowa Station (Tokyo Metro Hibiya Line)
11 minutes on foot
- Phone Number 03-3872-5966
-
Address
3-20-2, Senzoku, Taitou-ku, Tokyo, 111-0031
"Ootori Jinja", bulan 11 ialah musim perayaan "Tori no Ichi"
"Ootori jinja" adalah merupakan pengasas bagi perayaan "Tori no Ichi" yang diraikan oleh kuil-kuil di dalam kota yang diraikan pada bulan 11 setiap tahun. Ianya boleh dikira sebagai salah satu dari pada "Shitamachi Hassyafu Mairi" iaitu penziarahan ke lapan buah kuil untuk menerima belas rahmat dewa oleh kerana gabungan "Imado Jinja" dan juga "Shichifukujin" yang berjumlah lapan kesemuanya. "Goshuin" di sini terdiri daripada buluh yang merupakan simbol "Tori no Ichi" dan juga "Nadeokame".
-
-
Address
3-18-7, Senzoku, Taitou-ku, Tokyo, 111-0031
View Map -
Nearest Station
Iriya Station (Tokyo Metro Hibiya Line)
- Phone Number 03-3876-1515
-
Address
3-18-7, Senzoku, Taitou-ku, Tokyo, 111-0031
"Yasaki inari Jinja" dengan bumbung emerald.
"Sanjyusangendo" yang dibina di Kyoto adalah titik permulaan bagi kuil ini di mana "Shogun" generasi ke-3 pada zaman Edo iaitu Tokugawa Ieyasu mahukan kuil dibina sebagai tanda keselamatan negara, tempat berdoa dan juga sebagai tempat latihan bagi pengamal seni mempertahankan diri. Dikatakan bahawa "Yasaki" berasal dari "Yumiya" yang bermaksud "busur dan anak panah". "Fukurokuju" dimuliakan dibina dewan menyembah yang dibina berhadapan dengan Kuil Utama.
"Goshuin" untuk "Yasaki Inari jinja"
Gambar kiri: Karakter lama yang membawa maksud "kuda" dapat dilihat di bahagian tengah dan juga bawah kanan. Gambar kiri: Kuda yang dikatakan sebagai teman sejati bagi para pahlawan. 100 keping "Nihon Jobashi" (Sejarah silam kuda Jepun) dapat dilihat menghiasi siling Kuil Utama.
-
-
Address
2-14-1, Matsugaya, Taitou-ku, Tokyo, 111-0036
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
8 minutes on foot
- Phone Number 03-3844-0652
-
Address
2-14-1, Matsugaya, Taitou-ku, Tokyo, 111-0036
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
Tokyo Disney Sea®
Theme Parks
Chiba Suburbs
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Kad bank luar negara
-
Mencuba pakaian
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Pelan berjalan-jalan di tempat yang disukai oleh warga emas - "Sugamo".
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Beribadat di Meiji Jingu (Kuil Shinto Meiji) dengan cara yang betul
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
10 perkara yang mesti dilakukan di Yanesen