HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Pelan berjalan-jalan di tempat yang disukai oleh warga emas - "Sugamo".
Pelan berjalan-jalan di tempat yang disukai oleh warga emas - "Sugamo".

Pelan berjalan-jalan di tempat yang disukai oleh warga emas - "Sugamo".

Last updated: 18 Mac 2020

Bermula dari stesen JR "Sugamo", Sugamodori shotengai ialah sebuah kawasan membeli-belah yang berpusat lebih kurang 750 m dengan kira-kira 200 buah kedai terbina di antara satu sama lain. Di Jepun, ia dipanggil "Harajuku nenek", dan ramai orang melawatnya termasuk mereka yang datang dari kawasan yang jauh. Mengapakah para warga emas berkumpul di bandar Sugamo? Saya melawat tempat yang terkenal di situ untuk mencari jawapannya.

Apakah asal usul Sugamo?

Apakah asal usul Sugamo?

Sugamojizodori terletak di Kyu-Nakayamado. Pada zaman Edo, tempat berehat yang pertama bagi Nakasendo yang bermula dari Nihonbashi, terletak di dalam kawasan ini, lalu berkembang secara beransur-ansur. Di tanah ini, terdapat dua tempat keugamaan lama wujud bersama-sama, iaitu Sugamokoushinduka dan Edorokujizouson Shinshoji. Kemudian, pada tahun 1891, Togenukijuzouson di Koganji telah dipindahkan dari Ueno ke Sugamo, dan ia menyebabkan lebih ramai orang berkumpul di kawasan ini, lalu kawasan ini berkembang sebagai kawasan perniagaan, dan inilah permulaan Sugamodori shotengai.

Keseronokannya bukanlah sekadar membeli-belah!

Keseronokannya bukanlah sekadar membeli-belah!

Kebanyakan kedai yang memenuhi kedua-dua belah jalan ini membangkitkan suasana nostalgia. Kedai pakaian moden, kedai pakaian Jepun, kedai manisan Jepun dan kedai soba yang mengekalkan suasana zaman Showa masih beroperasi dengan baik, inilah keistimewaan kawasan ini. Dan apa yang saya perhatikan semasa berjalan-jalan di sini adalah bahawa mana-mana kedai pun berkomunikasi dengan mesra. Bukan hanya membeli-belah tetapi juga berbual dan senyum satu sama lain. Sesiapa sahaja yang melawat kawasan ini boleh berasa seronok dan menjadi semangat. Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, kerusi dan meja disediakan untuk berehat, dan ia memperlihatkan semangat Jepun yang melayani pelanggan dengan keprihatinan.

Togenukijizouson ialah tempat menenangkan hati

Togenukijizouson ialah tempat menenangkan hati

Togenuki jizouson diabadikan di Manchozan Koganji, kuil dari aliran Sotoshu yang terletak di tengah-tengah Sugamodori shotengai. Pada zaman Edo, Jizouson telah muncul di dalam mimpi seorang lelaki yang mempunyai isteri yang berpenyakit teruk, dan lelaki tersebut mengalirkan "Gyoei" iaitu lukisan gambaran Jizouson di air sungai Sumidagawa, lalu isterinya sembuh. Selain itu, seorang wanita memakan "Gyoei" semasa dia tersalah menelan jarum, lalu jarum itu keluar dengan lukisan Jizou tanpa mencederakan wanita itu, dan inilah asal usul "Togenuki". "Gyoei" ini dipercayai mempunyai manfaat untuk mencabut "duri hati dan tubuh" dan dijual di hadapan kuil bahagian ruang utama. Tanggal 4, 14, 24 pada setiap bulan ialah ennichi (hari yang paling berhampiran dengan Tuhan), dan banyak gerai dibuka dan dilawati oleh ramai penganut. Koganji mengamalkan banyak aktiviti yang menyumbang kepada masyarakat seperti konsultasi percuma mengenai kehidupan harian, mengalakkan berhenti merokok dan mempromosi AED. Aktiviti membantu pemulihan kawasan bencana gempa bumi juga dilakukan melalui pameran kokeshi tradisional serta demonstrasi tukang pembuat kokeshi.

Cubalah gula-gula pelbagai perisa!

Cubalah gula-gula pelbagai perisa!

Apabila anda melawat Togenuki jizouson, sila singgah di kedai Kintaroame yang terletak di berhadapan dengannya. Kintaroame telah membuat gula-gula di sini selama 60 tahun ini. Dengan kemanisannya dan berwarna-warni, ia membuat pelawat ke Sugamo berasa gembira. Kepelbagaian perisa sebanyak lebih daripada 50 jenis. Selain daripada gula-gula klasik yang terukir muka Kintaro, gula-gula yang berperisa kinako, kopi, beri biru, nikki dan sebagainya juga tersedia, dan anda pasti menyukainya.

  • Sugamo Kintarouame
    巣鴨・金太郎飴
    • Address 3-18-16, Sugamo, Toshima-ku, Tokyo, 170-0002, Japan

"Aka-pantsu (seluar dalam berwarna merah)" yang memberi semangat

"Aka-pantsu (seluar dalam berwarna merah)" yang memberi semangat

Walaupun terdapat banyak kedai pakaian moden, aka-pantsu menjadi terkenal, dan setiap hari, ramai pelanggan mengunjungi dan membeli seluar dalam berwarna merah di kedai Maruji di Sugamo. Apabila berdiri di hadapan cawangan ke-4 dari kedai pertama di dunia yang khas menjual seluar dalam berwarna merah, anda akan nampak papan tanda yang amat besar yang tertulis, "seluar dalam berwarna merah yang terbaik di Jepun". Oleh kerana ramai orang percaya bahawa warna merah ialah tanda semangat dan kebahagiaan, pelanggan-pelanggan membeli untuk menghadiahkannya kepada warga emas mahupun untuk penggunaan sendiri. Selain daripada seluar dalam, pelbagai barangan berwarna merah seperti baju, band perut dan sarung kaki disediakan. Ia cenderamata yang sangat sesuai untuk keluarga.

  • Maruji
    • Address 4-21-11, Sugamo, Toshima-ku, Tokyo, 170-0002
      View Map
    • Nearest Station Koshinzuka Station (Toden Arakawa Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-3910-1409
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari