HOME [MOVIE] Cara Menikmati Karaoke di Jepun
[MOVIE] Cara Menikmati Karaoke di Jepun

[MOVIE] Cara Menikmati Karaoke di Jepun

Date published: 2 November 2016
Last updated: 12 September 2018

Pasti ada diantara kita yang pernah berlatih menyanyi senyap-senyap di rumah seorang diri. Jika anda adalah salah seorang daripadanya, beranikanlah diri anda untuk mencuba Karaoke di Karaoke Box apabila datang ke Jepun. Karaoke adalah salah satu jenis hiburan yang disayangi rakyat Jepun. Mereka akan pergi ke karaoke semasa temujanji, parti akhir tahun syarikat, dan lain-lain acara/sambutan. Mari kita lihat bagaimana untuk menikmati Karaoke di Jepun.

Di manakah terdapatnya Karaoke Box?

Di manakah terdapatnya Karaoke Box?

Jika di Tokyo, anda boleh pergi ke Karaoke Box berdekatan dengan stesen keretapi dengan akses mudah di Shinjuku, Shibuya, Ginza dan lain-lain kawasan perlancongan. Adalah digalakkan untuk membuat tempahan sebelum pergi kerana ada Karaoke Box yang penuh dengan tempahan di malam hari berkerja dan hujung minggu.

Cara Untuk Daftar & Pelan Yang Ditawarkan

Cara Untuk Daftar & Pelan Yang Ditawarkan

Secara umumnya, ada dua jenis pelan. Pertama, sistem “by hour” seperti 30 minit atau 20 minit, dan “Free time plan”, iaitu harga tetap untuk penggunaan satu jangka masa.
Kedua-duanya selalunya ditetapkan dengan sistem minimum seorang satu minuman “One Drink System”. Ada juga pelan minuman “bottomless” atau “all-you-can-drink” untuk minum sepuas-puasnya.
Jika menggunakan system “by hour”, cas yang dikenakan pada hari biasa adalah dalam 300~500 yen untuk 30 minit, dan 1300~1500 yen untuk 2 jam 30 minit. Setelah membuat keputusan untuk ambil pelan yang mana, isi nama dan nombor telefon di dalam borang dan pergi ke bilik yang telah ditetapkan.

Perkataan Yang Bagus Jika Kita Tahu

Perkataan Yang Bagus Jika Kita Tahu

Malay---Romaji---日本語

pelan---puran---プラン

30 minit---sanju hun---30分

1 jam---ichi jikan---1時間

2 jam---ni jikan---2時間

Masa bebas---furii taimu---フリータイム

minum tanpa had---nomihōdai---飲み放題

merokok---kitsuen---喫煙

tidak merokok---kinen---禁煙

Boleh guna kad kredit?---kurejitto kaado wa tsukaemasuka?---クレジットカードは使えますか。

nama---namae---名前

nombor telefon---denwa bango---電話番号

Apakah Fungsi Telefon di dalam Bilik Karaoke?

Apakah Fungsi Telefon di dalam Bilik Karaoke?

Kebiasaannya akan ada telefon disediakan di dalam setiap bilik karaoke. Telefon ini berhubung terus dengan kaunter di hadapan, dimana anda boleh memesan minuman, makanan mahupun untuk melanjutkan tempoh masa karaoke.
Untuk pelan “all-you-can-drink”, kebiasaannya menggunakan sistem layan diri.
Apabila hampir tamat tempoh masa, pelayan akan menelefon untuk mengingatkan pelanggan.

Cara Penggunaan Peranti Karaoke

Cara Penggunaan Peranti Karaoke

Mari kita lihat cara untuk menggunakan peranti Karaoke. Menggunakan remote control atau ada kalanya touch panel, pilih lagu yang ingin kita nyanyi. Secara ringkas, caranya adalah seperti dibawah:

1. Hidupkan peranti karaoke
2. Pilih lagu. Jika menggunakan peranti touch screen, kebiasaannya pen elektronik digunakan berbanding butang.
3. Bila lagu mula dimainkan di skrin TV, nyanyilah di depan atau sambil duduk.
4. Orang yang ingin menyanyi lagu seterusnya boleh menempah atau “booking” lebih awal menggunakan remote control atau touch panel semasa lagu sekarang sedang dimainkan.

Di skrin TV, video yang berkaitan dengan lagu akan ditayangkan, dan ada juga Original Video klip dimainkan. Ketinggian dan volume suara juga boleh dilaras.

Ada pelbagai jenis peranti Karaoke, tetapi kebanyakannya mempunyai fungsi yang hampir sama. Hafal perkataan-perkataan di bawah untuk lebih memudahkan anda. Ada juga peranti Karaoke yang dilengkapi dengan bahasa Inggeris mahupun pelbagai bahasa.

・新曲 Shinkyoku – Lagu baru
Menunjukkan lagu-lagu yang terbaru

・歌手名 Kasyuumei – Nama Artis
Anda boleh mencari lagu degan menggunakan nama artis. Kebanyakannya boleh menngunakan Hiragana, Katakana mahupun susunan huruf “Alphabet”.

・曲名 Kyokumei – Nama Lagu
Boleh juga mencari lagu menggunakan nama lagu seperti nama artis.
Selain itu, lagu juga boleh dicari menggunakan old time (lagu-lagu lama), duet dan genre (video muzik, konsert, anime, dan lain-lain.).


・ガイドボーカル Vocal guide
Karaoke berserta suara. Lagu-lagu disertakan dengan suara penyani asal atau hampir sama. Sangat berguna jika anda tidak hafal lagu atau lirik.

・履歴 History/Log
Senarai lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh orang-orang lain.

Memesan Makanan Dan Minuman

Memesan Makanan Dan Minuman

Di kebanyakan pusat karaoke, mereka menyediakan pelbagai menu dari makanan ringan, makanan berat, minuman ringan, dan “cocktail”. Anda hanya perlu memesan menggunakan telefon yang disediakan di dalam bilik karaoke dan pelayan akan menhantarnya. Kebelakangan ini, ada juga tempat yang menggunakan peranti karaoke untuk memesan makanan bagi menggantikan telefon.

Anda Harus Mencuba Karaoke!

Anda Harus Mencuba Karaoke!

Ada terdapat pelbagai jenis karaoke box, begitu juga dengan pelan dan lagu. Buat tempahan awal dan cubalah pengalaman ber-karaoke, hiburan yang lahir dari negara Jepun ini.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari