Jepun adalah negara yang menghormati adat resam dan cara hidup. Dalam kehidupan seharian rakyat Jepun, adat lama Jepun dan cara hidup baru dari barat bertembung secara harmoni. Jika anda cuba tinggal di persekitaran warga jepun untuk beberapa hari, anda pasti akan teruja dengan budayanya yang kaya dengan kepelbagaian adat dan cara hidup.
Cara Untuk Menghabiskan Masa Di Kedai Serbaneka
Membaca komik atau majalah sambil berdiri berjam-jam di kedai serbaneka atau kedai buku adalah pemandangan biasa di Jepun.
Adakalanya pekerja kedai akan meminta pelanggan pulang dengan cara yang amat sopan untuk menangani kegiatan ini, tetapi kebanyakan pelanggan tidak ambil peduli. Di sesetengah kedai, mereka menggalakkan pelanggan untuk membaca dengan lama untuk memberi impak bahawa kedai mereka meriah. Kegiatan membaca sambil berdiri di kedai-kedai ini dipanggil “TachiYomi”.
Membawa Pulang Buah Tangan(Omiyage) Dari Melancong Adalah Perkara Wajib?
Orang Jepun mempunyai tabiat membelikan rakan dan keluarga buah tangan atau cenderamata semasa melancong. Malah, tabiat tersebut sudah menjadi kewajipan kepada sesetengah orang dan berpendapat “melancong = buah tangan”. Kedai cenderamata menyediakan pelbagai jenis buah tangan seperti manisan, makanan ringan, alat tulis dan kraftangan.
Senaman Radio Awal Pagi (Rajio-Taisou)
Setiap pagi, rancangan “Senaman Radio”(Rajio-Taisou) yang disiarkan di NHK TV ataupun radio boleh dikatakan sudah menjadi tabiat bagi orang Jepun. Senaman Radio adalah senaman yang bertujuan sebagai pemanas badan, untuk merangsang peredaran darah, dan melembutkan otot melalui pergerakan-pergerakan ringkas.
Senaman Radio yang diperkenalkan pada tahun 1928 adalah berasal dari Amerika, dipraktiskan untuk menaikkan semangat kerja dan perpaduan kumpulan. Pada hari ini, lebih kurang 20% rakyat Jepun menjadikan Senaman Radio sebagai rutin setiap pagi.
Maksud “X” dan ”O”
Sama seperti negara-negara lain, Jepun mempunyai gerak isyarat badannya yang tersendiri. Mungkin anda tidak akan faham kali pertama melihat gerak isyarat ini, oleh itu, mari kita lihat dan fahamkan maksudnya.
Menyilang lengan seperti huruf X bermaksud “Tidak” dan menunjukkan penolakan. Manakala membuat bentuk bulat dengan lengan di atas kepala bermaksud “Ya”.
Kata Penyambung Harian
Orang Jepun menggunakan “Aizuchi” sebagai kata penyambung dalam perbualan harian mereka. Aizuchi ialah kata-kata yang menunjukkan kita memberi perhatian dan berminat dengan apa yang diperkatakan oleh pasangan yang merupakan sebahagian dari etika perbualan.
Apa yang menarik, warga asing yang tinggal lama di Jepun juga tanpa sedar akan kerap menggunakan Aizuchi dalam perbualan mereka.
Berikut adalah contoh Aizuchi yang paling kerap digunakan:
“Hai” (はい), “ee” (ええ), or “un” (うん): Ya/Yes/O.K.
“Sou desu ne”(そうですね), “Sou desu ka” (そうですか): Oh begitu /I see / Is that so?
“Hontou” (本当), “Hontou ni” (本当に), “Maji” (マジ): Betulkah!?/Really!?
“Naruhodo” (なるほど): Oh begitu/I see.
Kedudukan Tempat Duduk Di Dalam Majlis Minum Bisnes (Bijines-Nomikai)
Semasa majlis minum berkaitan kerja (Nomikai), terdapat kebiasaan susunan tempat duduk yang ditetapkan dari beratus tahun dahulu. Walaupun di zaman sekarang tidak diikuti dengan sepenuhnya, untuk menunjukkan tanda hormat kepada ketua atau senior, sususan tempat duduk yang tetap sering kali dapat dilihat.
Umumnya, susunan tempat duduk adalah seperti berikut:
・Seseorang yang berpangkat paling tinggi atau pun ketua mestilah duduk paling dalam/jauh dari pintu keluar.
・Orang yang berpangkat tinggi yang lain akan duduk paling hampir dengan ketua dan seterusnya.
・Pekerja-pekerja lain atau masih baru akan duduk paling hampir dengan pintu.
Walaupun berkaitan kerja, formaliti tidaklah penting di dalam Nomikai. Stail Nomikai kerja di Jepun bagi bersuka-ria untuk menghilangkan letih dan rungsing tanpa mengira pangkat dan umur antara pekerja. Perilaku ini dinamakan “Bureiko” iaitu “tidak perlu menahan diri”
Teknik Memohon Maaf (Syazai)
Apakah alasan yang terbaik boleh diberikan apabila anda lewat masuk kerja satu jam disebabkan jam loceng tidak berbunyi atau tertinggal tren?
Kemungkinan ramai yang akan menjelaskan kepada bos dan rakan sekerja bahawa mereka lambat atas sebab yang tidak diduga atau pun mereka lewat bukan dengan sengaja. Tetapi, walau apapun sebabnya, semakin banyak memberi alasan akan membuatkan orang meluat atau benci kepada anda.
Oleh itu, walaupun tidak rela, meminta maaf dengan ringkas adalah lebih bijak.
Pertukaran Kad Nama
Pertukaran Kad Nama ataupun Business Card adalah sangat penting di dalam sektor korporat. Di samping itu, pertukaran kad nama mempunyai banyak pantang larang yang elok dihafal untuk mengelakkan kesalahan berlaku.
・Kad Nama diberi menggunakan kedua belah tangan sambil melakukan Ojigi (tunduk hormat)
・Menulis apa-apa pada kad nama yang di terima dilihat sebagai tidak sopan.
・Di majlis yang formal, kad nama diletakkan di atas meja dengan muka hadapan menghadap ke atas.
・Jangan menyimpan terus kad nama yang diterima. Baca dengan teliti apa yang ditulis pada kad nama, dan simpan ke dalam “card holder”.
Selepas menerima kad nama dari seseorang, beri respon kepada teman-temannya yang lain dan bergaul lah seadanya.
Dengan mengingati etika-etika di atas, sudah pasti bisnes dengan klien Jepun anda akan berjalan lebih lancar.
※Informasi di atas berdasarkan semasa artikel ini disiarkan.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Appealing
Sapporo Ramen Yokocho
Ramen
Sapporo / Chitose
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Roppongi dulu dan sekarang
-
10 langkah untuk menjadi arif tentang Shibuya dan Harajuku.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
[MOVIE] Sensoji, Tempat Popular Dikalangan Pelancong Asing! 7 perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak