
Walaupun masakan Maghribi dan Afrika jarang dimakan di Jepun, tetapi beberapa tahun baru-baru ini sebahagian daripadanya telah mendapat perhatian, dan peluang untuk media membuat liputan mengenai makanan ini juga semakin meningkat. Oleh kerana ia juga baik untuk kesihatan dan kecantikan, ia telah menarik perhatian orang Jepun yang mempunyai minat mendalam terhadap makanan ini.
Sejarah masakan Magribi dan Afrika di Jepun

Dalam satu jangka masa yang panjang, kehadiran masakan Maghribi dan Afrika hanyalah sedikit di Jepun, namun semenjak tahun 2000, Tajine nabe dan lemon bergaram menjadi sangat popular menyebabkan masakan Maghribi mendapat perhatian. Oleh kerana cara membuat Tajine nabe dan juga lemon bergaram adalah mudah, ia sekali gus menjadi masakan yang boleh dinikmati di rumah. Di samping itu, apabila bercakap mengenai masakan Maghribi ia menampilkan ciri-ciri penggunaan rempah yang banyak. Popularitinya semakin meningkat di kalangan wanita apabila kebaikan dari segi kosmetik mendapat perhatian.
Tajine

Tajine nabe adalah periuk yang mempunyai tudung berbentuk kon. Di sini bahan-bahan seperti daging lembu, ayam dan sayur-sayuran dimasukkan, dikukus dan dimakan dan ia menjadi masakan yang digemari di Jepun. Di Jepun, setelah minat terhadap kesihatan meningkat terutamanya sekitar tahun 2010, Tagine berkalori rendah tanpa minyak telah menjadi popular. Anda perlu berhati-hati dalam mengukus sayur-sayuran, kerana untuk membawa keluar kemanisan bahan itu sendiri adalah satu tarikan.
Lemon bergaram

Seperti juga Tajine nabe, dengan menjadikan wanita sebagai keutamaan lemon bergaram menjadi popular sebagai sesuatu yang "baik untuk kesihatan dan kecantikan". Walaupun ia adalah perasa yang diperlukan dalam masakan Maghribi, sejak tahun 2010 di Jepun juga ia sering dipaparkan di televisyen sebagai "semua perasa yang boleh digunakan dalam mana-mana masakan". Lemon dijerukkan dengan garam dan dimasukkan bersama dalam masakan. Seperti masakan pasta Jepun dan Itali, lemon bergaram digunakan dalam pelbagai masakan pada masa kini.
Makan di Jepun

Walaupun kedai untuk merasai masakan Maghribi tidak begitu banyak, tetapi ia boleh didapati terutamanya di Tokyo. Di Iidabashi, Tokyo terdapat sebuah kedai di mana anda boleh merasai Tajine nabe yang sebenar, malah terdapat juga hari di mana persembahan tarian dipersembahkan. Di samping itu juga, di Nishi Ogikubo, Tokyo terdapat sebuah kedai di mana anda boleh menikmati pelbagai masakan Maghribi. Suasana kedai juga adalah dalam suasana yang unik yang tidak dapat dibayangkan oleh orang Jepun.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui