Nikuman terkenal sebagai "oyatsu (makanan ringan)". Oleh kerana ia dimakan selepas dipanaskan, nikuman jarang dilihat semasa musim panas, tetapi nikuman banyak dijual apabila tiba musim luruh dan sejuk. Ia dijadikan makanan ringan ketika waktu sejuk di Jepun, makanan yang membuatkan anda merasakan ketibaan musim sejuk.
Sejarah nikuman di Jepun

Nikuman berasal daripada "chukaman" dari China. Pada mulanya ia dijual di kedai seperti Chinatown, tetapi sekitar tahun 1927 ia mula dijual untuk orang Jepun. Pengeluar chukaman di Shinjuku, Tokyo yang telah lama wujud masih popular hingga kini. Di antara chukaman, nikuman yang berinti daging menjadi popular dan berkembang di Jepun. Bermula pada awal tahun 1990-an nikuman yang dijual di setiap kombini menjadi sangat popular. Ia digemari sebagai oyatsu bagi pelajar yang pulang dari sekolah dan ahli perniagaan.
Bahan-bahan nikuman

Bahan-bahan nikuman di balut dengan kulit doh putih yang lembut dan dimakan setelah dikukus. Bahan-bahannya adalah daging khinzir, bawang dan shitake (cendawan) yang dicincang halus. Anda dapat merasai tekstur bahan yang lembut dan jus daging yang berair. Ia sangat sedap dimakan begitu sahaja, tetapi ada juga kedai nikuman yang menyediakan sos tare dan karashi (sos mustard Jepun).
Tempat untuk makan nikuman di Jepun

Nikuman sering dijual di kombini (kedai serbaneka). Nikuman panas diletakkan bersebelahan dengan kaunter bayaran. Apabila anda membuat pesanan, pekerja kombini akan mengeluarkan nikuman tersebut dan ia boleh terus dimakan. Nikuman juga ada dijual di kedai khas, nikuman yang telah siap dimasak boleh dibeli dan dibawa pulang. Terdapat kedai cawangan khas popular yang menjual nikuman di Osaka, ramai orang yang datang ke Osaka membelinya untuk dijadikan "omiyage (cenderamata)". Nikuman yang dijual di pasaraya dipanaskan di ketuhar gelombang mikro sebelum dimakan.
"Man (pau)" selain nikuman

Terdapat pelbagai jenis "man" selain nikuman di Jepun. Sebagai contoh, "anman (pau kacang merah)" iaitu pau berinti "anko (kacang)" yang pekat dan manis. Selain itu, pau yang terdiri daripada bahan-bahan seperti daging, sayur yang diperasakan dengan sos tomato dipanggil "pizzaman", manakala "kareman" pula diperisakan dengan kari. Ia dijual di kombini setiap tahun mengikut perasa syarikat itu sendiri dan ada juga yang meletakkan keju atau hamburger.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Ryokan (rumah inap)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Mesin jualan automatik
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik












