HOME Bandar yang eksotik
Bandar yang eksotik

Bandar yang eksotik

Last updated: 12 April 2017

Jepun yang kaya dengan pelbagai pemandangan eksotik. Antaranya bangunan-bangunan lama seperti kuil dan tempat suci serta alam semulajadi seperti pokok sakura dan rimbunan pokok blush yang pasti membuka mata para pelancong. Selain itu, terdapat pelbagai perayaan yang diadakan di seluruh negara pada musim panas. Sudah pasti anda akan merasai sisi Jepun yang "eksotik" sekiranya menjejakkan kaki ke perayaan-perayaan yang terkenal ini seperti "Gion matsuri".

Bandar/tempat eksotik di Jepun

Bandar/tempat eksotik di Jepun

Di sebalik deretan rumah di bandar lama, mungkin terdapat peninggalan sejarah yang berusia lebih dari 1,000 tahun seperti kuil dan tempat suci. Selain itu, beberapa ratus tahun sebelum ini, Kyoto, Kamakura dan Nara yang telah menjadi pusat pemerintahan kerajaan pada masa tersebut juga mempunyai daya tarikan masing-masing. Suasana bandar yang menjadi tumpuan politik pada masa dahulu masih dapat dilihat pada masa sekarang. Selain itu, kawasan yang merupakan pusat terbinanya istana dikenali sebagai "bandar istana" juga menjadi tempat pelancongan yang terkenal pada masa kini. Marilah melawati istana yang terkenal ini dengan hamparan jalan berbatu yang terdapat di sekelilingnya.

Pemandangan alam semulajadi yang eksotik

Pemandangan alam semulajadi yang eksotik

Terdapat tempat-tempat terkenal di segenap negara Jepun yang menghidangkan pemandangan menarik pokok sakura pada bulan April di musim bunga atau daun kekuningan pada bulan 10 di musim luruh. Selain itu, terdapat juga rimbunan pokok buluh yang terkenal di kawasan berhampiran dengan Arashiyama, Kyoto dan Houkoku-ji, Kanagawa-ken. Pemandangan kawasan pergunungan Jepun yang dipenuhi dengan deretan pokok cedar yang merupakan salah satu keunikan Jepun juga boleh dilihat. Nikmatilah pemandangan eksotik setiap musim semasa melancong di Jepun.

Perayaan yang eksotik

Perayaan yang eksotik

Di Jepun, terdapat banyak perayaan yang diadakan terutamanya pada musim panas. Antaranya adalah "Pesta Gion" yang mempunyai sejarah sejak 1,100 tahun dahulu yang juga merupakan perayaan tradisi pada musim panas di Kyoto. Mereka akan berarak di sekeliling dalam bandar sambil mengusung tombak yang dipanggil sebagai "hoko". Selain itu, tarian Awa yang sering diraikan di Tokushima-shi pada bulan Ogos juga amat menarik untuk dilihat. Para penari akan memakai yukata (sejenis pakaian tradisional Jepun) dan happi (sejenis pakaian tradisional Jepun seperti jaket) dan menari mengikut rentak alunan paluan gendang dan muzik tradisional Jepun. Pakaian seragam yang dicipta oleh setiap pasukan juga amat cantik sekali. Selain itu, jangan lupa untuk menikmati pemandangan eksotik di perayaan Aomori Nebuta dan Akita Kantou juga.

Bandar kecil yang eksotik

Bandar kecil yang eksotik

Selain daripada bandar-bandar lama yang besar seperti Kyoto dan Nara, terdapat juga pemandangan eksotik yang boleh dinikmati di kawasan pedalaman. Antaranya adalah Kusatsu yang terletak di Gunma-ken dan Beppu yang terletak di Oita-ken yang dikenali sebagai bandar onsen (kolam air panas). Di bandar-bandar ini terdapat banyak pusat penginapan lama yang bersusun di samping wap-wap asap dari kolam air panas tersebut. Di negeri bersejarah Okinawa pula, terdapat Kerajaan Ryukyu yang mempunyai banyak rumah tinggalan daripada binaan kerajaan Ryukyu (dikelilingi dengan tembok batu untuk menghalang angin taufan).

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari