HOME Sukan
Sukan

Sukan

Last updated: 29 April 2017

Di Jepun, besbol dan bola sepak merupakan sukan rakyat yang terkenal dan diajar dalam kelas pendidikan serta aktiviti kokurikulum di sekolah sejak dari kanak-kanak lagi. Marilah kita cuba menyingkap penglibatan orang Jepun dengan sukan.

Sukan yang terkenal di Jepun

Sukan yang terkenal di Jepun

Di Jepun, besbol dan bola sepak merupakan sukan yang amat terkenal dan banyak disiarkan di layar televisyen secara langsung apabila terdapat perlawanan liga profesional. Selain daripada besbol dan bola sepak, hanya bola keranjang yang terdapat liga profesional. Di samping itu, terdapat budaya menikmati sukan musim sejuk sebagai aktiviti masa lapang seperti luncur papan salji dan ski. Banyak pelancongan yang diadakan dari Tokyo ke gunung-gunung bersalji semasa musim sejuk.

Sukan tradisional di Jepun

Sukan tradisional di Jepun

Sukan kebangsaan di Jepun adalah sumo dan budo. Terdapat banyak jenis budo yang disebut di sini merangkumi judo (seni mempertahankan diri Jepun moden), kyudo (seni memanah), kendo (seni mempertahankan diri Jepun moden), aikido (seni mempertahankan diri Jepun moden) dan juga karate. Setiap teknik mempertahankan diri yang digunakan adalah berbeza mengikut aliran masing-masing. Kendo menggunakan "shinai" iaitu pedang yang diperbuat daripada buluh untuk menyerang pihak lawan dan perisai untuk melindungi muka dan badan serta memakai hakama iaitu pakaian tradisional Jepun. Dari sini, kita dapat lihat bahawa terdapat banyak peralatan dan pakaian tradisional dari zaman dulu yang diwarisi oleh sukan kebangsaan.

Sukan yang diminati oleh orang Jepun

Sukan yang diminati oleh orang Jepun

Sukan seharian yang diamalkan oleh masyarakat Jepun adalah larian dan joging di taman atau di gimnasium. Selain itu, penyertaan dalam acara seperti maraton juga amat popular. Sukan lain seperti sukan gimnasium dan berenang di kolam renang awam juga telah menjadi terkenal secara berperingkat. Ledakan kecergasan pula menjadikan yoga juga semakin popular dan studio yoga boleh ditemui di merata-rata tempat. Selain itu, golf juga sering dimain oleh para usahawan untuk menjalin hubungan perniagaan dengan rakan kongsi mereka.

Aktiviti kokurikulum

Aktiviti kokurikulum

Sukan yang paling terkenal untuk aktiviti kokurikulum bagi jantina lelaki dari kanak-kanak hingga dewasa adalah besbol dan bola sepak. Bola keranjang, bola tampar, ragbi, tenis, olahraga, renang dan ping pong juga sering dilakukan tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan. Selain itu, terdapat juga sesetengah sekolah yang menyediakan aktiviti golf, memanjat gunung dan menunggang kuda yang merupakan peluang pertama kepada para pelajar untuk merasai sukan yang luar biasa tersebut.

Menonton sukan

Menonton sukan

Liga profesional besbol di Jepun terbahagi kepada dua iaitu liga pasifik dan liga sentral. Bagi kedua-dua liga ini, setiap pasukan akan mempunyai kawasan atau dikenali sebagai "home" masing-masing dari seluruh tempat di Jepun. Sama seperti liga profesional bola sepak yang mempunyai "home", kemuncak perasaan adalah berbeza semasa menonton perlawanan "home (bermain di tempat sendiri)" atau "away (bermain di tempat lawan)". Selain itu, selain daripada kogukikan (dewan sumo) yang terdapat di Ryogoku, Tokyo, pertandingan sumo juga boleh dilihat di kawasan lain seperti Aichi-ken, Fukuoka-ken dan Osaka. Di sini, anda boleh melihat dengan jelas upacara memasuki gelanggang oleh ahli sumo dan sifat fizikal mereka yang kuat.

Sukan yang semakin terkenal di Jepun

Sukan yang semakin terkenal di Jepun

Melalui liga profesional bola keranjang yang diadakan pada tahun 2005, populariti bola keranjang di Jepun semakin meningkat. Apabila pemain bole keranjang Jepun mendapat mata yang banyak semasa perlawanan Sukan Dunia, banyak mata-mata tertumpu kepada permainan ini dan menajdi semakin terkenal. Selain itu, golf, ragbi dan luncur berirama juga semakin dikenali dengan kejayaan atlit-atlit Jepun dalam bidang ini sejak akhir-akhir ini.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari