Cara penggunaan kad kredit di Jepun dan perkara yang perlu diambil perhatian

Cara penggunaan kad kredit di Jepun dan perkara yang perlu diambil perhatian

Update: 19 Julai 2017

Semasa melawat Jepun, jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan kad kredit, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian. Banyak tempat dimana kad boleh digunakan tetapi tidak terdapat didalam buku pelancongan seperti restoran dan pusat membeli-belah yang utama. Banyak juga yang tidak menerimanya seperti kedai persendirian atau kedai cenderahati di kawasan pelancongan. Disamping itu, ada tempat yang mengehadkan pada masa yang tertentu.

Menyemak samaada kad boleh digunakan atau tidak di kedai makan

Menyemak samaada kad boleh digunakan atau tidak di kedai makan

Untuk menyemak dahulu samaada kad kredit boleh digunakan atau tidak, anda boleh menyemak di laman sesawang kedai makan “gurunabi”. Info tentang kedai yang boleh/ tidak boleh digunakan kad kredit, jenis kad yang boleh digunakan, masa yang boleh digunakan ada dinyatakan. Semasa memasuki kedai, paling senang difahami ialah adanya pelekat syarikat kredit di tempat pembayaran. Terdapat juga restoran-restoran lama yang tidak endah untuk meletakkan di tempat pembayaran. Dalam keadaan tersebut, sila bertanya kepada kakitangan yang bertugas. Terdapat kedai yang memerlukan anda untuk membeli kupon semasa memasuki kedai, hanya wang tunai boleh digunakan.

Terdapat juga kemudahan tempat bermalam yang tidak menerima kad kredit

Terdapat juga kemudahan tempat bermalam yang tidak menerima kad kredit

Secara asasnya semua hotel menerima pembayaran menggunakan kad tetapi sebahagian ryokan (rumah tumpangan) tidak menerima kad. Anda boleh beranggapan bahawa rumah tumpangan orang persendirian tidak menerima kad. Jika menempah tempat bermalam daripada laman sesawang berkaitan, anda boleh menggunakan kad kredit secara dalam talian.

Penggunaan kad kredit untuk pengangkutan

Penggunaan kad kredit untuk pengangkutan

Sebahagian besar teksi menerima kad kredit. Sila semak di tempat duduk belakang terdapat pelekat logo kad. Jika masih ragu, sila bertanya kepada pemandu sebelum menaikinya. Untuk bas atau keratapi, kad kredit tidak diterima.

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa membeli-belah

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa membeli-belah

Banyak kedai yang menerima kad kredit terutamnya di pusat membeli-belah atau cawangan-cawangan kedai pakaian, farmasi dan kedai peralatan elektrik tetapi tidak untuk kedai persendirian. Semasa melancong ke Jepun, sila sediakan wang tunai secukupnya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini