Jepun dikatakan sebagai negara yang mudah untuk melancong kerana mempunyai banyak kedai serbanika 24jam. Walau bagaimanapun, di Jepun terdapat juga barang yang susah didapati dan akan menyusahkan jika tidak dibawa.
Wang tunai dan kad debit.
Di Jepun, terdapat juga kedai yang tidak menerima kad kredit untuk pembayaran. Terdapat banyak kes di mana pelanggan tidak dapat membeli barang jika tidak membawa wang tunai. Apabila sudah sampai di lapangan terbang, sila tukar wang ke Yen untuk perbelanjaan ketika melancong nanti. Jika merasakan wang tunai yang dibawa tidak mencukupi, adalah amat berguna jika anda membawa kad debit Visa atau Mastercard sekali. Duit Yen boleh juga dikeluarkan di pejabat pos dan kedai serbanika dengan menggunakan kad debit Visa atau Mastercard, tetapi sedikit caj perkhidmatan akan dikenakan.
Sapu tangan.
Di Jinja (tempat suci agama Shinto), sebelum melawat masuk, terdapat "Chozusha (tempat untuk membersihkan mulut dan tangan)" iaitu adat untuk membersihkan tangan. Oleh kerana di situ tidak disediakan tisu, adalah lebih bagus jika sapu tangan dibawa.
Penyumbat telinga.
Dinding hotel dan rumah tetamu di Jepun secara relatifnya adalah agak nipis di mana bagi mereka yang sensitif, kemungkinan boleh mendengar bunyi bising daripada bilik sebelah. Oleh itu, untuk mendapat tidur yang lena, adalah bagus jika membawa bersama penyumbat telinga. Sudah semestinya di Jepun, penyumbat telinga dijual tetapi berkemungkinan saiznya kecil dan kuasa tahan bunyi yang rendah. Adalah penting, sebelum melancong membeli penyumbat telinga yang sesuai dengan diri masing-masing.
Router Wi-Fi mudah alih
Yang menghairankan, Jepun tidak mempunyai banyak kawasan Wi-Fi dan ada kalanya bermasalah untuk menyambung ke internet. Apabila tiba di Jepun, anda boleh menyewa telefon bimbit tetapi berhati-hati dengan harganya yang mahal. Oleh itu, digalakkan untuk membawa router Wi-Fi mudah alih yang boleh digunakan di Jepun. Perjalanan menjadi lebih mudah jika menyewa telefon pintar, tablet, komputer riba dan sebagainya kerana boleh digunakan sebagai penunjuk arah dan penterjemah jika disambungkan dengan internet.
Kasut yang mudah dibuka dan disarung.
Rumah di Jepun secara asasnya tidak membenarkan memakai kasut luar di dalam rumah. Penting untuk diingatkan terdapat banyak restoran seperti "Izakaya" yang tidak membenarkan masuk jika tidak membuka kasut. Jadi untuk tidak membuang masa, pakailah kasut yang mudah dibuka dan disarung. Digalakkan untuk memakai kasut sniker yang tidak memenatkan kaki. Juga tidak lupa untuk memakai sarung kaki yang cantik. Ini adalah kerana, sarung kaki yang berlubang atau kotor akan menarik perhatian ketika membuka kasut.
Kertas dan pen.
Tidak terhad kepada Jepun sahaja, bukankah perkara utama yang menyusahkan ketika melancong luar negara adalah masalah komunikasi? Kebelakangan ini aplikasi terjemahan di telefon pintar semakin banyak. Tetapi kemungkinan terdapat telefon pintar yang tidak dapat digunakan ketika ingin menunjuk arah jalan. Oleh itu, digalakkan untuk membawa kertas dan pen. Jika ada kertas dan pen, peta boleh dilukis dan jika telefon pintar tidak dapat digunakan sekali pun, boleh ditulis di kertas dengan mudah.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mencuba pakaian
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Saya telah cuba kumpulkan barangan fesyen ciptaan Jepun di Marunouchi!
-
Banyak benda yang diingini! Frasa-frasa bahasa Jepun yang berguna ketika membeli-belah.
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
5 kedai pilihan yang digemari orang Jepun di Ura-Harajuku
-
7 perkara yang perlu diketahui jika ingin melancong ke Jepun
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo