
Di Jepun terdapat pelbagai jenis taman hiburan. Disini, kami akan memperkenalkan taman hiburan yang boleh dinikmati dari golongan kanak-kanak hinggalah dewasa.
Taman Tema

Jepun mempunyai banyak taman tema. Antara yang ternama adalah Tokyo Disneyland dan Universal Studios Japan yang terletak di Osaka. Bukan sahaja tarikan dan persembahan, malah layanan dari para pekerja juga sangat memuaskan. Ia adalah taman tema yang lengkap dengan segala-galanya sehinggakan tidak cukup 1 hari untuk mengelilingi semuanya.
Pusat Permainan

Pelbagai jenis permainan boleh dinikmati termasuklah permainan video, penangkap UFO, permainan yang menggunakan token dan sebagainya di pusat permainan. Permainan-permainan ini juga banyak disediakan di kedai besar yang dioperasikan oleh syarikat pengeluar permainan utama. Kini, terdapat banyak permainan arked yang terkini disediakan di hadapan stesen keretapi, kemudahan komersial seperti kompleks membeli-belah, terdapat juga sudut permainan bagi kanak-kanak disediakan.
Pachinko

Pachinko memerlukan anda membeli guli yang berwarna perak dan menukarnya dengan duit, menggunakannya dalam permainan tersebut dan menambah bilangan guli yang dipunyai. Dengan banyaknya guli pachinko yang diperolehi, meningkatnya jumlah duit atau barang yang boleh ditukar. Remaja yang berumur dibawah 18 tahun adalah dilarang dibawah undang-undang untuk memasuki kedai pachinko dan jika bersama penjaga pun tidak dibenarkan memasukinya.
Karaoke

Pada pertengahan tahun 1980-an lahirlah "karaoke box" di Jepun. Anda boleh menyanyi sebarang lagu sambil mengikut rentaknya dengan bebas di bilik peribadi masing-masing. Kebanyakannya pengunjung pusat ini akan berkunjung secara beramai-ramai. Namun, sejak kebelakangan ini, pusat karaoke untuk 1 orang telah muncul.. “KARAOKE” semakin berkembang luas ke seluruh dunia.
Super sento (tempat mandi awam)

Super sento merupakan satu daripada tempat mandi awam. Kebanyakanya bukan seperti onsen, namun tetap digemari kerana dilengkapi dengan tempat mandi yang besar dan sauna membolehkan anda berasa relaks. Selain daripada ofuro, terdapat juga tempat yang menyediakan perkhidmatan urut dan kedai gunting rambut. Anda juga boleh menjamu selera di ruangan rehat, dan anda boleh menikmatinya sehari suntuk tanpa terburu-buru. Perlu diberi perhatian bahawa individu yang mempunyai tattoo adalah dilarang untuk mengunjungi kedai.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
SHINJUKU COPABOWL
Other Amusement
Shinjuku
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Lipovitan Kids PLAYLOT by BørneLund
Other Amusement
Sapporo / Chitose
-
BørneLund Asobi no Sekai Grand Front Osaka
Other Amusement
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
[MOVIE] Taman Tema Untuk Berseronok Bersama Arnab Di Asakusa!
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !