"Shibuya", "Harajuku" merupakan bandar yang dikenali sebagai pusat berkembangnya fesyen terkini ke seluruh Jepun. Ditambah dengan sejarahnya daya tarikan bandar ini tidak dapat diukur dan tiada tandingannya.
Shibuya dan Harajuku
Pada hari kerja juga, kawasan Shibuya dan Harajuku sentiasa dibanjiri oleh orang ramai. Di sinilah fesyen dan budaya berkembang, juga tempat berkembangnya fesyen ke seluruh Jepun. Setiap kali bangunan baru dibina di bandar ini pasti menjadi bualan. Setiap kali datang ke bandar ini, pasti anda akan menemukan sesuatu yang baru.
Perubahan Shibuya
Di era Meiji, laluan Yamanote JR "stesen Shibuya" telah dibangunkan daerah membeli-belah yang telah berkembang maju seperti sekarang ini. Selepas peperangan pertama Sino-Jepun dan Jepun-Rusia, di sekeliling kawasan ini didirikan bangunan untuk kegunaan ketenteraan. Para tentera bergerak ke Shibuya dengan berjalan kaki. Selari dengan perkembangan bandarnya, gedung serbaneka yang menjadi perintis kepada gedung membeli-belah turut didirikan.
Perubahan Harajuku
Pada tahun 1906, stesen keretapi "Harajuku" mula beroperasi. Selepas tamatnya peperangan, bangunan tentera Amerika didirikan di sini. Oleh yang demikian, kedai untuk anggota tentera Amerika banyak dibuka di sepanjang jalan di Omotesando. Ia merupakan titik permulaan bagaimana budaya Amerika dan Eropah bertapak seperti yang dapat dilihat di Harajuku sekarang.
Bangunan fesyen yang memeriahkan budaya di Shibuya
Dengan pembinaan kawasan di sekitar stesen kereta api, Shibuya telah berkembang menjadi kawasan perbelanjaan dan hiburan yang besar. Gedung membeli-belah yang besar, diikuti dengan bangunan fesyen bertingkat yang menjadikan warga muda sebagai sasaran utama telah didirikan di sekitar kawasan stesen keretapi Shibuya. Strategi di mana jualan ditumpukan kepada sasaran tertentu masih dikekalkan dan kini pembaharuan serta pembinaan semula yang berulang kali turut menyumbang kepada perintis fesyen.
Persimpangan Shibuya (Shibuya Crossing)
Persimpangan Shibuya ini terkenal di seluruh dunia. Tiada pertembungan di antara pejalan kaki walaupun datang dari pelbagai arah dan ini akan menyebabkan mereka yang pertama kali melihatnya pasti berasa terkejut. Jumlah pejalan kaki yang menggunakan persimpangan ini pada satu masa adalah lebih kurang 3000 orang ketika waktu sibuk. Sejak kebelakangan ini, persimpangan ini menjadi tempat mengambil gambar dan juga menjadi kawasan pelancongan di Tokyo.
Harajuku, tempat kelahiran budaya yang unik
Bidang fesyen baharu iaitu "fesyen Harajuku" telah dilahirkan di Harajuku. Pada tahun 1960, terdapat ramai pereka fesyen tinggal di Harajuku. Rekabentuk fesyen yang tinggi nilainya ini tersebar luas dengan membuka kedai dan memasarkannya. Pada tahun 1990, pereka fesyen amatur menyewa kedai di bahagian lorong belakang kerana harganya yang lebih murah. Ia juga dikenali sebagai "Uraharajuku" yang turut merangsang perkembangan fesyen Harajuku.
Harajuku, campuran budaya tradisional dan moden.
Walaupun imej "terkini" sangat kuat bagi Harajuku, terdapat juga tinggalan tempat suci dan kuil. Kawasan di sekitar taman, kaya dengan alam semulajadi dan menunjukkan penampilan berbeza mengikut musim. Pada akhir dan awal tahun, ramai orang melawat Meiji Jingu (Kuil Meiji) yang terletak di kawasan ini.
Daya tarikan Shibuya dan Harajuku.
Fesyen paling terkini di Jepun boleh diperolehi di Shibuya dan juga di Harajuku yang merupakan tempat fesyen yang unik serta berkembang maju. Jalan utama di kedua-dua tempat ini meriah dengan pejalan kaki, tetapi jika memasuki lorong-lorong kecil, anda akan dapat melihat dan merasai ruang yang sangat berbeza. Bandar yang dapat memberikan suasana lampau dan moden pada waktu yang sama.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Shinjuku dahulu dan sekarang
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Menggunakan masa lapang dengan baik sebelum daftar masuk penerbangan! 2 jam kursus jalanan menyeronokkan Suidobashi.
-
Ginza dan Tsukiji yang dahulu dan sekarang
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Ikebukuro yang dahulu dan sekarang