Kawasan Ginza dan Tsukiji adalah suatu tempat yang patut dikunjungi apabila anda melawat ke Tokyo. Saya ingin memperkenalkan sejarah dan tempat yang unik di Ginza yang terkenal dengan fesyen dan makanan, serta Tsukiji yang terkenal dengan pelbagai jenis bahan makanan.
Ginza dan Tsukiji yang sekarang
Ginza merupakan tempat untuk membeli-belah. Kawasan ini mempunyai banyak deretan kedai jenama mewah dan terkenal di seluruh dunia, dan anda dapat membuat pembelian yang berkualiti. Pada waktu malam, kelab-kelab mewah yang menawarkan layanan yang terbaik mula beroperasi, dan anda dapat menikmati minuman keras dan suasana yang bergred lebih tinggi. Tsukiji yang berada di sebelahnya mempunyai gelaran 'dapur Jepun'. Makanan laut yang segar dihantar dari seluruh Jepun ke sini. Jualan lelong dipanggil "seri" diadakan supaya dapat membeli bahan makanan yang berkualiti. "Tsukiji Central Wholesale Market" ini akan dipindahkan ke Toyosu pada bulan November tahun 2016.
Ginza yang berulangkali dibaik pulihkan
Walaupun Ginza sekarang berkembang maju dan dikenali sebagai salah satu tempat yang terbaik di Jepun, ia pernah mengalami kebakaran secara menyeluruh sebanyak 6 kali pada masa dahulu akibat daripada bencana alam dan peperangan. Setiap kali, ia dibaik pulihkan semula oleh saudagar-saudagar yang menyokong perniagaan di Ginza. Permulaan Ginza berasal dari zaman Edo, dan nama rasmi pada waktu itu ialah "Shinryogaecho". Pada zaman Edo, tempat ini makmur dengan perdagangan kain, dan ramai pelakon Noh menetap di situ. Apabila memasuki zaman Meiji, nama rasminya ditukar kepada Ginza.
Simbol Haikara, "Gimbura" dan "Moga"
Dari zaman Meiji hingga zaman Taisho, "Ginza" menjadi aspirasi orang ramai kerana bandar besarnya yang elegan. Perkataan "Gimbura" dan "Mobo-Moga" mengajukan fenomena tersebut dengan baik. Gimbura bererti "merayau-rayau di Ginza". Melihat barang-barang teknologi terkini daripada barat yang diletakkan di dalam kaca pameran, pusing berjalan-jalan di Hyakkaten (gedung serbaneka), minum teh di kafe di mana para seniman melepak..... Menikmati suasana Haikara (fesyen barat) merupakan sesuatu yang bergaya bagi orang muda pada masa itu. "Mobo (Modern boy)" dan "Moga (Modern girl)" yang berpakaian dipengaruhi Art Deco juga menikmati Gimbura. Oleh kerana ramai orang muda yang mempunyai perasaan moden berkumpul di Ginza, Ginza semakin maju sebagai bandar yang elegan.
Tsukiji, tanah yang dilindungi oleh nelayan
Pasar Tsukiji terletak di atas tambakan tanah yang merupakan laut pada zaman Edo. Pihak yang menambaknya adalah nelayan tempatan. Kemudian, Shogun (jeneral) tentera pada masa itu mengeluarkan perintah kepada para nelayan untuk menjual ikan, yang berlebihan daripada yang diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai, di "Nihonbashi". Inilah permulaan bagi "Uogashi". Tempat ini dihiasi dengan gaya barat dan menjadi tempat duduk orang dari luar negara pada penghujung zaman Edo. Pada tahun 1923, uogashi di Nihonbashi terbakar sepenuhnya disebabkan gempa bumi besar Kanto. Ia dipindahkan ke Tsukiji yang ada sekarang, lalu "Metropolitan Central Wholesale Market" mula beroperasi. Sekarang, pelbagai jenis kedai borong yang berkaitan dengan makanan sedang beroperasi dan skala pasaran ini semakin bertambah besar.
Berjalan-jalan di Ginza dan Tsukiji
Anda boleh berjalan kaki dari Ginza ke Tsukiji tanpa sebarang masalah. Jika anda mengikuti terus lorong Harumidori dari simpang "Ginza 4 chome kousaten" ke simpang "Kabukiza", anda mengambil masa sekitar 10 - 15 minit untuk sampai ke Tsukiji. Setelah melalui kawasan bangunan pejabat, suasana berubah kepada yang seperti di uogashi. Cubalah berjalan-jalan di kawasan tersebut dan semoga anda dapat menikmati pemandangannya.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Shinjuku dahulu dan sekarang
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
[MOVIE] Merasai pengalaman kebakaran, gempa bumi, dan asap yang tebal ~「muzium pencegahan bencana Ikebukuro」
-
Ikebukuro yang dahulu dan sekarang