Asakusa dan Ueno merupakan tempat pelancongan yang mesti dilawati di Tokyo. Saya akan memperkenalkan Asakusa dan Ueno di mana anda boleh merasai tradisi baik lama Jepun dan sejarahnya.
Ringkasan tentang Asakusa dan Ueno
Asakusa dan Ueno merupakan bandar yang amat terkenal di kalangan para pelancong. Di bandar yang mempunyai wajah ini, kita boleh merasai suasana Jepun pada zaman dahulukala dengan deretan kuilnya, di samping itu terdapat juga muzium-muzium yang kaya dengan hasil seninya. Bandar ini menerima jumlah pelancong yang banyak pada setiap tahun, sehubungan dengan itu pelbagai kemudahan untuk para pelancong juga disediakan.
Asal usul kewujudan Asakusa
Pada sekitar tahun 1590-an, kawasan daratan Edo (nama lama Tokyo) menjadi semakin luas melalui penambakan tanah. Pada asalnya, bahagian timur Asakusa adalah lautan dan apabila Tokugawa Ieyasu membuka Edobakufu (pemerintahan Edo) di sini, ia dijadikan sebagai pelabuhan untuk mengangkut barang-barang dagangan. Asakusa yang pada mulanya hanya terdapat binaan stor-stor penyimpanan barang dagangan dan beras, telah menjadi sebuah bandar di mana berkumpulnya orang, barang dan juga wang. Asakusa juga telah melalui proses pembangunan semula dengan jayanya selepas mengalami kemusnahan akibat Gempa Bumi Terbesar Kanto dan Perang Dunia Kedua. Dengan meninggalkan segala kesedihan dan kekecewaan luka masa lalu di belakang, Asakusa kini telah melalui pembangunan moden.
Asal usul kewujudan Ueno
Jeneral generasi ketiga pada era pemerintahan Dinasti Tokugawa, Tokugawa Iemitsu, telah mendirikan kuil yang mempunyai makam Dinasti Tokugawa. Oleh kerana di kuil ini dibina makam mantan generasi jeneral berturut-turut, maka ia telah dijaga dengan sebaik-baiknya oleh kerajaan bakufu. Tempat ini telah dipanggil sebagai Ueno bersempena dengan kemakmurannya. Banyak pohon sakura ditanam di sekitar kuil dan apabila tiba musim bunga, bunga-bunga sakura berkembang dengan mekarnya, dan oleh kerana itu Ueno juga kini telah menjadi salah satu tempat hanami (pesta menikmati keindahan sakura) yang terkenal.
Sejarah perkembangan Asakusa dan Ueno
Pembangunan di Ueno bermula apabila stesen kereta api untuk kegunaan pengangkutan barang-barang dan surat-menyurat siap dibina. Selepas itu, kereta api bawah tanah yang menghubungkan Ueno dan Asakusa pula dilancarkan menjadikan semakin hari semakin ramai orang yang menjejakkan kaki mereka ke Asakusa. Walaupun kedua-dua bandar ini kehilangan momentum pembangunan untuk satu tempoh sejurus selepas peperangan tamat, namun bilangan pelancong yang semakin meningkat menjadikan Asakusa dan Ueno semakin berkembang di samping peninggalan suasana shitamachi (kejiranan kelas pekerja dahulu).
Menikmati Asakusa dan Ueno yang hampir dengan stesen kereta api
Oleh kerana stesen kereta api Ueno merupakan sebuah terminal besar di mana bertumpunya kesemua laluan utama, ia menjadi tempat pengumpulan orang ramai dan pembangunan bandarnya berpusat di sini. Contoh yang utamanya, terdapat taman yang amat luas di sekitar stesen tersebut dan di taman tersebut pula terdapat galeri seni dan muzium yang sentiasa sesak dengan orang ramai. Manakala di Asakusa juga, berhampiran stesen kereta api terdapat kuil "Sensoji", dan kedua-dua tempat ini boleh dilawati dengan hanya beberapa minit berjalan kaki sahaja.
Asakusa dan Ueno yang kaya dan meriah dengan seni hiburan masyarakat awam
Asakusa telah berkembang sebagai pusat bandar kepada seni hiburan masyarakat awam, dengan terbinanya rumah teater, kedai teh, perumahan bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi anak seni dan sebagainya. Pada tahun 1907, filem dan teater menjadi popular apabila pawagam pertama di Jepun telah dibina. Selain itu, di Ueno juga terdapat bangunan teater paling bersejarah. Ia sering dikunjungi oleh warga tua dan muda tidak kira lelaki atau wanita untuk mendengar celoteh tukang persembahan rakugo (persembahan bercerita). Asakusa dan Ueno juga mempunyai pelbagai tempat pelancongan menarik lain seperti kawasan barangan dapur orang awam dan kuil-kuil, tempat di mana pasti membolehkan kita menikmati suasana Jepun yang dahulu dan sekarang.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Ryokan (rumah inap)
-
Mesin jualan automatik
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families