HOME Bencana Alam
Bencana Alam

Bencana Alam

Last updated: 12 Jun 2019

Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai sifat geografi yang unik yang menyebabkan ia sering dilanda bencana alam sekitar seperti gempa bumi dan taufan. Namun demikian, setelah berkurun pengalaman menghadapi bencana alam, Jepun telah berubah menjadi sebuah negara yang mempunyai persediaan yang lengkap dan rapi terhadapnya. Tetapi kita sebagai individu juga harus bersedia dan mempelajari apakah jenis bencana yang sering berlaku dan apakah yang harus dilakukan ketika ia terjadi.

Taufan

Taufan

Taufan di Jepun terjadi kerana tekanan udara rendah yang terkumpul di Lautan Pasifik. Sama seperti taufan di Amerika Utara, ia disertai dengan hujan deras dan ribut kencang. Taufan di Jepun berlaku lebih kurang 11 kali di antara pertengahan musim bunga dan musim luruh,
Kebiasaanya angin taufan akan bergerak dari arah barat daya ke arah timur laut Jepun dan akan menjadi semakin kencang ketika bergerak. Adakalanya angin taufan akan melanda bahagian darat Jepun dan adakalanya ia hanya bergerak mengikut persisiran laut. Ketika Jepun dilandai musim taufan, penjadualan semula / pembatalan penerbangan kapal terbang dan kereta api kerap berlaku. Oleh itu kita sentiasa dinashihatkan supaya menyemak ramalan cuaca jika melancong ketika musim ini.

Apa yang perlu dilakukan ketika Taufan

Apa yang perlu dilakukan ketika Taufan

Kita dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar ketika taufan, terutamanya tempat-tempat seperti sungai dan laut hendaklah dijauhi kerana banjir kilat mungkin berlaku. Kita juga harus membiasakan diri kita untuk menyemak ramalan cuaca ketika taufan agar mendapat informasi tentang keselamatan ketika berada di luar. Walaupun berada di dalam bangunan, kita disarankan supaya menjauhi bahagian tingkap ketika ribut kuat. Ini adalah kerana kaca tingkap berkemungkinan untuk pecah/retak dan boleh menyebabkan kecederaan seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Gempa Bumi

Gempa Bumi

Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Jepun terdapat 5000 gempa bumi/gegaran berlaku di serata Jepun setiap tahun, dimana 3800 adalah gempa di antara skala 3.0 dan 3.9. Walaupun kebanyakan gempa adalah amat kecil sehingga kita tidak boleh merasa gegarannya, gempa yang kuat boleh terjadi pada bila-bila masa. Kekerapan gempa di Jepun adalah disebabkan kedudukan geografinya; iaitu ia terletak di atas 4 plat tektonik yang berbeza.
Jepun mempunyai peraturan bangunan yang ketat dan juga perancangan yang rapi untuk menghadapi bencana alam. Seperti yang dibincangkan ketika taufan, kita haruslah bersiap sedia untuk menghadapi bencana, jadi kita hendaklah mengenal pasti dimanakah pusat pengumpulan yang terdekat. Informasi ini boleh didapati di hotel dan balai polis, malah ia ditanda disemua peta yang ada. Jika anda menetap atau tinggal untuk jangka masa yang panjang di Jepun, anda dinasihatkan untuk menyediakan kit kecemasan dan sediakan bekalan makanan yang secukupnya; sekurang-kurangnya cukup untuk 3 hari.

Apa yang perlu dilakukan ketika Gempa Bumi

Apa yang perlu dilakukan ketika Gempa Bumi

Berbeza dengan taufan, gempa bumi hanya boleh diramal beberapa saat sahaja sebelum ia melanda. Oleh demikian, jika terdapat gempa bumi yang berskala besar, amaran akan diberi melalui radio, television dan juga telefon bimbit. Apabila terdengar amaran ini, kita haruslah jangan panik dan bergegas meniarap sambil melindungi bahagian kepala secepat mungkin. Cuba untuk berselindung di bawah meja tetapi tidak perlu memaksa diri mencapainya jika ia berada jauh dengan anda kerana anda boleh terkena objek yang jatuh atau terjatuh akibat gegaran. Tambahan itu kita juga harus menjauhi tingkap, rak-rak buku dan objek-objek lain yang rapuh dan mudah pecah. Seperti yang diberitahu tadi, bangunan-bangunan moden di Jepun mempunyai rekabentuk yang mampu menahan gempa yang kuat tanpa kerosakan. Anda juga dinasihatkan supaya berselindung di bawah meja daripada lari ke luar bangunan walaupun sebuah bangunan itu sudah mula roboh kerana ianya lebih selamat jika dibandingkan kedua-duanya.

Apa yang perlu dilakukan ketika Tsunami

Apa yang perlu dilakukan ketika Tsunami

Gempa bumi akan menyebabkan Tsunami, terutamanya jika gempa bumi itu berskala tinggi dan pusat gempa nya berada di lautan dalam. Amaran tsunami adalah serupa seperti amaran gempa bumi, jadi anda harus berwaspada akan amaran tsunami terutamanya ketika gempa bumi berlaku di persisiran laut. Perkara pertama yang harus dilakukan ketika tsunami adalah bergerak ke arah tanah tinggi. Kita mungkin tidak akan mempunyai masa yang mencukupi ketika bergerak ke tanah tinggi dan menjauhi persisiran laut. Ketika kejadian seperti ini berlaku bergegaslah ke tingkat tertinggi bangunan yang terdekat dan mejauhi persisiran laut sejauh yang mungkin.
Tsunami biasanya akan datang secara berperingkat, jadi janganlah kita keluar dari tempat selamat/perlindungan terlebih awal. Tindakan terbijak adalah untuk menunggu 'isyarat selamat' daripada pihak tempatan dan mengikuti perkembangan situasi di radio atau media lain. Selepas isyarat dikeluarkan, kita boleh lah bergerak menuju tempat pengumpulan yang ditetapkan.

Persiapan adalah Kunci Keselamatan

Persiapan adalah Kunci Keselamatan

Aplikasi telefon pintar "Safety Tips" oleh RC Soution CO. adalah sebuah aplikasi berbilang bahasa untuk situasi-situasi kecemasan dan bencana alam di Jepun. Ia juga berfungsi sebagai sistem amaran ketika berlakunya gempa bumi dan tsunami. Aplikasi ini boleh didapati di bahagian bawah LIVE JAPAN - anda hanya perlu skrol ke bawah dan cari banner berwarna biru.
Seperti yang telah dibincangkan, Jepun telah megalami pelbagai bencana alam sejak dulu kala lagi dan telah berjaya membangunkan sebuah sistem yang sistematik dan cekap untuk menangani kecemasan bencana alam. Persiapaan ketika bencana adalah amat penting untuk keselamatan kita, oleh itu pastikan diri anda sentiasa bersedia!

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari