Penduduk dan muka bumi Jepun

Penduduk dan muka bumi Jepun

Update: 3 Ogos 2017

Negara Jepun adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian hujung timur benua Asia. Dikelilingi oleh laut dan bentuk muka buminya adalah memanjang dari utara ke selatan. Dengan ciri-ciri geografi negara Jepun yang tersebut, berikut anda akan diperkenalkan dengan lebih lanjut lagi berkenaan iklim negara Jepun.

Pengetahuan asas tentang geografi Jepun

Pengetahuan asas tentang geografi Jepun

Jepun terletak di bahagian hujung timur tanah besar Eurasia, dan dipisahkan oleh Laut Jepun. Negara Jepun terdiri daripada gugusan kepulauan Jepun (Hokkaido, Honshu, Shikoku, Kyushu) dan gugusan pulau Izu, Ogasawara dan Nansei yang bersambung dengan jarak sekitar 3300km dari utara ke selatan. Jepun dilihat sebagai negara di mana pulau-pulau kecil berkumpul, namun fakta menunjukkan kepulauan Honsyu mempunyai keluasan sekitar 23 ribu kilometer persegi dan merupakan pulau ketujuh terbesar di dunia. Keluasan seluruh Jepun adalah lebih kurang sama dengan negara Jerman.
Disebabkan lebih kurang 70% negara Jepun dikelilingi oleh gunung-ganang, penduduk lebih tertumpu di kawasan lembah dan di kawasan pantai bagi membina penempatan. Di kawasan itu juga terdapat banyak pantai yang terpencil dan mendamaikan.

Penduduk Jepun merupakan ke-10 teramai di dunia.

Penduduk Jepun merupakan ke-10 teramai di dunia.

Jumlah penduduk di Jepun adalah lebih kurang 126.99 juta (data terkini Julai,2016). Jepun adalah negara ke-10 di dunia yang mempunyai jumlah penduduk teramai (data terkini 2015). Terdapat banyak bandar berhampiran Lautan Pasifik yang beriklim sederhana seperti Tokyo, Osaka dan Nagoya di mana separuh daripada jumlah penduduk di Jepun tertumpu di tiga bandar besar ini. Kesesakan umat manusia yang sering dilihat di persimpangan jalan raya di Sukiyabashi, Ginza dan di depan Stesyen Keretapi Shibuya sudah cukup bagi membuktikan Tokyo adalah bandar metropolitan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Perbezaan iklim yang ketara mengikut kawasan di Jepun

Perbezaan iklim yang ketara mengikut kawasan di Jepun

Ramai di luar sana menganggap bahawa musim panas di Jepun adalah panas dan lembab manakala suasana bersalji ketika musim sejuk. Namun, anggapan itu nyata meleset disebabkan Jepun adalah sebuah negara yang memanjang dari selatan ke utara, dimana perbezaan iklimnya adalah nyata mengikut tempat. Kenyataan ini dapat dibuktikan, dimana Hokkaido adalah berhawa sejuk manakala Okinawa pula beriklim tropika. Oleh itu terdapat perbezaan iklim yang nyata bergantung kepada tempat. Selain itu, iklim di pulau Honsyu juga berbeza bergantung samaada kawasan itu terletak di sebelah Lautan Pasifik atau Laut Jepun. Kepelbagaian iklim mengikut kawasan di Jepun ini secara tidak langsung melahirkan pelbagai budaya, alam sekitar, festival serta jenis makanan yang dapat dinikmati bersama.

Kawasan pergunungan yang banyak di Jepun

Kawasan pergunungan yang banyak di Jepun

Lebih kurang 2/3 daripada keseluruhan Jepun diliputi kawasan pergunungan. Jepun mempunyai pelbagai jenis jalan mendaki yang sesuai untuk semua golongan yang baru belajar hinggalah golongan professional. Oleh yang demikian, kembara mendaki gunung merupakan aktiviti lasak yang sangat popular dikalangan orang Jepun. Di bahagian tengah kepulauan Honshu terdapat "Banjaran Alps Jepun" iaitu banjaran gunung setinggi 3,000 meter dan sebahagiannya terdapat penurunan salji yang berkualiti, menjadikan ia terkenal sebagai tempat pemain ski dari seluruh dunia berkumpul. Tambahan lagi, di mana-mana sahaja terdapat pancaran onsen (kolam air panas) yang terhasil akibat daripada aktiviti gunung berapi yang terdapat di kebanyakkan kawasan di Jepun. Sementara itu, terdapat lebih kurang 3,000 kawasan onsen di Jepun dan sebanyak 28,000 punca mata air semulajadi, dimana membentuk budaya memasuki onsen yang telah bertapak sejak dari dahulu lagi.

Tempat di mana aliran arus laut bertembung

Tempat di mana aliran arus laut bertembung

Oleh kerana Jepun dikelilingi oleh laut, terdapat pelbagai jenis hasil laut yang boleh ditangkap. Ini disebabkan terdapat kawasan pertembungan arus panas dan sejuk di bahagian Laut Jepun mahupun di bahagian Laut Pasifik, yang menyebabkan banyak plankton berkumpul yang akhirnya membentuk habitat pelbagai jenis ikan termasuk ikan kecil dan juga ikan besar seperti ikan tuna. Kawasan-kawasan pergunungan di seluruh Jepun juga membentuk banyak sungai, dimana dapat menjana industri perikanan sungai atau tasik yang juga sedang giat dijalankan. Percutian anda ke Jepun tentunya dirasai tidak lengkap sekiranya tidak mencuba sushi atau makanan laut yang lain.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini