Artikel ini akan memperkenalkan barangan yang kini hangat diperkatakan di Jepun, seperti barangan anime, puromaido idol, permainan unik, dan sebagainya. Di samping dapat berjinak-jinak dengan budaya Jepun, anda juga boleh mendapatkan cenderamata sebagai kenangan seumur hidup.
Siri Fuchiko (permainan kapsul)
Permainan kapsul merupakan mesin mainan yang terkenal di Jepun di mana kapsul mainan akan keluar apabila wang dimasukkan dan tuilnya dipulas. Selain daripada kedai mainan, ianya kebiasaannya terletak di sudut mainan di pasaraya dan kedai barangan elektrik yang besar. Kandungan kapsul mainan yang sangat laris terjual kebelakangan ini adalah mainan Siri Fuchiko (Cup no Fuchiko Series). Terdapat banyak gaya model mainan Fuchiko boleh didapati. Ianya dimainkan dengan menyangkut pada bucu gelas. Jumlah jualan keseluruhannnya adalah melebihi 10 juta unit. Terdapat lebih 50 siri dijual di pasaran pada harga 200 hingga 300 JPY seunit. (C) TANAKA KATSUKI/ KITAN CLUB
Tobidase! Osushi
Sushi merupakan salah satu makanan Jepun yang paling dikenali di dunia. "Tobidase! Osushi" merupakan peralatan yang membolehkan anda membuat sushi di rumah dengan mudah. Cara penggunaannya adalah mudah. Pertama sekali masukkan sumeshi (nasi bercuka) ke dalam acuan. Setelah nasi tersebut ditekan dengan perlahan, letakkan pula sashimi di atasnya. Akhir sekali, tolak nasi tersebut dari bawah acuan untuk dikeluarkan, dan siap! Alat ini boleh mengeluarkan 10 biji sushi dalam satu-satu masa. Dengan adanya alat ini, anda dapat menikmati sushi pada bila-bila masa sahaja walaupun tidak pandai membuat sushi. Ianya dijual di kedai peralatan rumah seperti Tokyu Hands dengan harga 1,500 JPY (tidak termasuk cukai).
"Puromaido" (gambar komersil) idol
Kedai ini diuruskan oleh perintis industri hiburan Jepun, iaitu "Watanabe Entertainment". Di sini terdapat pelbagai barangan pelakon dan penyanyi di bawah naungan syarikat tersebut seperti puromaido (gambar komersial), t shirt, dan DVD. Antara artis yang terkenal di kalangan golongan muda adalah Nakagawa Shoko ataupun lebih dikenali dengan panggilan "Shokotan". Beliau bergiat aktif dalam pelbagai bidang seperti sebagai penyanyi, pelakon, idol, dan juga pelakon suara. Gambar puromaido ini berharga 160 JPY (termasuk cukai) setiap satu.
-
WE SHOPWE SHOP表参道店
- Address 1F, WES, 4-2-12, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Model plastik Evangelion: New Theatrical Edition
"Neon Genesis Evangelion" merupakan karya anime sains fiksyen di televisyen Jepun. Anime yang mula ditayangkan pada Oktober 1995 ini terus dikenali dan menjadi satu fenomena sosial pada ketika itu. Popularitinya masih tidak luntur sehingga kini, di mana pawagam sentiasa dipenuhi para peminat setiap kali filem terbarunya ditayangkan. Barangan daripada karya terbarunya boleh didapati di Kotobukiya, Akihabara. Model plastik seperti di dalam gambar (5,400 JPY + cukai) adalah pesawat "shogoki" berskala 1/400 (ketinggian 19 cm) yang dinaiki watak utama, Ikari Shinji. Reka bentuk sendinya yang terperinci serta binaan badannya yang cantik sememangnya memuaskan hati golongan mania. (C) Kara
-
-
Address
1-8-8, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
View Map -
Nearest Station
Akihabara Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express / JR Sobu Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-5298-6300
-
Address
1-8-8, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
T-shirt dan barangan watak anime
Anime merupakan hiburan yang menjadi kebanggaan Jepun di seluruh dunia. Karya-karya baru lahir setiap hari di Jepun, dan ianya mempunyai ramai peminat terutamanya daripada golongan muda. "GEE!STORE, Akiba" merupakan kedai di mana para peminat anime, permainan video, dan manga dari dalam dan luar negara berkumpul. Di sini anda boleh dapatkan t-shirt, pemegang kunci, gelas, dan sebagainya daripada karya-karya yang juga terkenal di luar negara seperti "Dragon Ball", "Hatsune Miku", dan "Idol Master". Di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita juga terdapat kedai "Cospa Akihabara Narita Satellite Station" untuk anda kunjungi ketika berada di sana.
-
-
Address
1-10-11, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
View Map -
Nearest Station
Akihabara Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express / JR Sobu Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-5207-6840
-
Address
1-10-11, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Membeli belah budaya kawaii (comel) ♪
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Bersiar-siar di kedai peralatan tulis di Ginza pada masa lapang semasa melancong!
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Cenderamata yang wajib dibawa pulang ~Edisi Kebudayaan Tradisional~