Jika disebut sahaja musim bunga di Jepun, ianya selalu dikaitkan dengan musim bunga sakura yang tengah kembang mekar. Kami akan memperkenalkan tempat “hanami” yang boleh menikmati bunga sakura yang cantik dan warna merah jambu lembutnya memenuhi seluruh kawasan itu.
1: "Shinjuku Gyoen National Park"
Mempunyai keluasan 58.3 hektar, dan perimeter taman sekitar 3.5 kilo hektar dan kira-kira 65 jenis pokok bunga sakura , serta lebih kurang 1100 pokok bunga sakura yang kembang mekar semasa musim bunga. Ianya adalah satu keunikan kerana tempoh bunga mekar adalah berbeza bergantung kepada jenis bunga dan boleh menikmati bunga mekar dalam tempoh masa yang lama. Di kedai terdapat banyak kuih-muih dan juga cenderahati yang bertemakan sakura. Stesen keretapi terdekat ialah Stesen Shinjuku. Harga tiket untuk masuk taman ini adalah 200 yen. Dibuka untuk lawatan dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang (ditutup pada 4:30 petang). Tempoh “hanami” adalah dari 15hb Mac sehingga 24hb Mac, dan dibuka tanpa hari cuti. Dilarang membawa masuk minuman alkohol dan juga dilarang membawa masuk peralatan permainan.
-
-
Address
11 Naito-cho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0014
View Map -
Nearest Station
Shinjuku-Gyoemmae Station (Tokyo Metro Marunouchi Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3350-0151
-
Address
11 Naito-cho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0014
2: “Ueno Park” (Taman Eeno-onshi)
Sejak dari abad ke-16 lagi, ianya menjadi tempat “hanami” yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Taman yang mempunyai keluasan 53,800 meter persegi ini, mempunyai kira-kira 1,200 pokok sakura yang mekar terutamanya di tengah laluan taman. Dibuka untuk lawatan dari pukul 5:00 petang hingga 11:00 malam. Dilarang masuk dari pukul 11:00 malam hingga 5:00 pagi. Pejabat pengurusan taman adalah dari pukul 8:30 pagi hingga 5:15 petang.
-
-
Address
Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
View Map -
Nearest Station
Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3828-5644
-
Address
Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
3: “Chidorigafuchi”
Sekitar kawasan Chidorigafuchi di bahagian “Tokyo Imperial Palace” terdapat tempat “hanami” yang sangat popular. Di sini terdapat lebih kurang 200 pokok sakura yang kembang dan anda juga dapat menangkap gambar sakura berserta dengan tembok batu Istana Edo. Taman Chidorigafuchi yang terletak antara sebelah barat Tokyo Imperial Palace Chidorigafuchi dan juga Kedutaan British ini juga adalah tempat yang disarankan untuk anda berjalan mengelilinginya kerana anda boleh melihat kira-kira 170 pokok sakura di sini.
Gambar/Chiyoda City Tourism Association
-
-
Address
2, Kudanminami, Chiyoda-ku, Tokyo, 102-0083
View Map -
Nearest Station
Hanzomon Station (Tokyo Metro Hanzomon Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3556-0391
-
Address
2, Kudanminami, Chiyoda-ku, Tokyo, 102-0083
4: “Sumida Park (Taito-ku)” (Taman Taito City Sumida)
Ia adalah tempat yang terkenal dengan pertunjukkan bunga api pada musim panas, manakala musim bunga terkenal dengan sakuranya. Di sini mempunyai kira-kira 600 pokok sakura, dan dihadapannya juga anda dapat melihat TOKYO SKYTREE(R) dan boleh mengambil gambar berlatarbelakangkannya. Disamping itu anda juga boleh menikmati “hanami” dari permukaan air dengan menaiki bot berbumbung dan berkemungkinan menjadi kenangan yang tidak akan anda lupakan.
-
-
Address
Sumida-ku, Tokyo, 131-0033
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
5 minutes on foot
-
Address
Sumida-ku, Tokyo, 131-0033
5: “Inokashira Park” (Taman Inokashira)
Terdapat kira-kira 500 pokok sakura di dalam taman tersebut dan di sini anda boleh menikmati sakura dari awal bulan Mac hingga hujung bulan April. Yang paling menarik adalah melihat bunga sakura dari pandangan atas yang terletak di tengah tasik Inokasira Park iaitu “Nanaibashi”(Jambatan Nanai). Ianya adalah satu keunikan kerana di sekitar tasik terdapat kira-kira 250 pokok sakura yang mempunyai dahan yang rendah, dan imej pantulan sakura dapat dilihat dipermukaan air. Kelopak bunga sakura yang terapung di permukaan tasik juga menambahkan lagi keindahannya.
-
-
Address
1, Gotenyama, Musashino-shi, Tokyo, 180-0005
View Map -
Nearest Station
Kichijoji Station (JR Chuo Main Line / Keio Inokashira Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 0422-47-6900
-
Address
1, Gotenyama, Musashino-shi, Tokyo, 180-0005
6: “Megurogawa” (Sungai Meguro)
Sepanjang kira kira 3.8 kilometer dari kawasan Ikejiri-Ohashi sehingga jambatan Stesen Meguro, terdapat lebih kurang 800 pokok sakura yang kembang mekar di sepanjang Sungai Meguro. Walaupun tiada kemudahan seperti taman, tetapi ianya sangat terkenal kerana di sepanjang sungai tersebut terdapat kafe dan restoran dan anda boleh menikmati “hanami” sambil makan dan minum.
-
-
Address
Meguro-ku, Tokyo Setagaya-ku, Shinagawa-ku, 153-0043
View Map -
Nearest Station
Meguro Station (JR Yamanote Line / Tokyo Metro Namboku Line / Toei Mita Line / Tokyu Meguro Line)
5 minutes on foot
-
Address
Meguro-ku, Tokyo Setagaya-ku, Shinagawa-ku, 153-0043
7: “Yoyogi Park” (Taman Yoyogi)
Taman yoyogi merupakan tempat digemari untuk menikmati “hanami” yang boleh diakses samaada dari Shinjuku atau Shibuya. Di antara taman metropolitan, ia adalah taman di tempat ketiga dari segi keluasan dan jumlah keseluruhan pokok sakura adalah 730 pokok. Anda boleh duduk di atas rumput di tengah-tengah taman sambil menikmati “bento hanami” dan merasai sendiri kenikmatan sakura.
(C)Tokyo Metropolitan Park Association
-
-
Address
2-1, Yoyogikamizonocho, Shibuya-ku, Tokyo, 151-0052
View Map -
Nearest Station
Harajuku Station (JR Yamanote Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3469-6081
-
Address
2-1, Yoyogikamizonocho, Shibuya-ku, Tokyo, 151-0052
8: “Koishikawa Korakuen Garden” (Taman Koishikawa Korakuen)
Taman Jepun yang telah dibina pada tahun 1629 ini melambangkan landskap semulajadi antara China dan Jepun, Selain boleh menikmati pelbagai jenis sakura, paling menarik adalah tasik yang terdapat ditengah taman iaitu “Daisensui”, dimana pokok bunga sakura akan terpantul imejnya dipermukaan air, dan akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang melihat keindahan ini. Dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. (boleh masuk sehingga 4:30 petang). Sepanjang tempoh “hanami” dibuka dan tiada waktu tutup.
(C)Tokyo Metropolitan Park Association
-
-
Address
1, Kouraku, Bunkyo-ku, Tokyo, 112-0004
View Map -
Nearest Station
Iidabashi Station (JR Chuo Main Line / Tokyo Metro Tozai Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Namboku Line / Toei Oedo Line)
8 minutes on foot
- Phone Number 03-3811-3015
-
Address
1, Kouraku, Bunkyo-ku, Tokyo, 112-0004
9: ”Rikugien Gardens” (Taman Rikugi)
Taman yang mengambil masa kira-kira 7 tahun untuk dibina ini, juga terkenal dengan bunga sakura yang dikenali sebagai “Shidare Sakura” (spesis bunga sakura yang dahan berjuntai kebawah). Pokoknya yang tingginya lebih kurang 15 meter, dan lebarnya lebih kurang 20 meter dan bunga sakuranya mekar kelihatan seperti air terjun. Anda juga mesti melihat pemandangan “light –up” (bercahaya) di waktu malam. Dibuka pada pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Tempoh “light-up” adalah sehingga jam 9:00 malam, dan tempoh masuk adalah 30 minit sebelum masa tutup. Sepanjang tempoh hanami, tiada hari tutup.
(C)Tokyo Metropolitan Park Association
-
-
Address
6, Honkomagome, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0021
View Map -
Nearest Station
Komagome Station (JR Yamanote Line / Tokyo Metro Namboku Line)
7 minutes on foot
- Phone Number 03-3941-2222
-
Address
6, Honkomagome, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0021
10: “Asukayama Park” (Taman Asukayama)
Tempat yang popular untuk “hanami” dari dahulu lagi. Tedapat kira-kira 650 pokok sakura mekar di dalam taman. Di samping itu, di dalam tanam juga terdapat monorel bergerak, dan anda boleh menikmati pemandangan sakura di dalamnya. Perkhidmatan monorel adalah dari pukul 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Masa perkhidmatan dihentikan juga ada disebabkan penyelenggaraan dan sebagainya.
-
-
Address
1, Oji, Kita-ku, Tokyo, 114-0002
View Map -
Nearest Station
Oji Station (JR Keihin-Tohoku Line / Tokyo Metro Namboku Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3908-9275
-
Address
1, Oji, Kita-ku, Tokyo, 114-0002
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Mesin jualan automatik
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Kad bank luar negara
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
[2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui