![Okonomiyaki, Monjyayaki dan Takoyaki](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000351/img/basic/a0000351_main.jpg?20180802143806&q=80)
Ia digelar "konamono" dan merupakan makanan yang selalu dimakan oleh setiap keluarga di Jepun. Bahan-bahan, perasa serta cara memasaknya adalah berbeza mengikut kawasan seperti di Kantou dan Kansai.
Untuk "okonomiyaki ala Kansai", bahan-bahan digaul dan dimasak.
![Untuk "okonomiyaki ala Kansai", bahan-bahan digaul dan dimasak.](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000351/img/ms/a0000351_parts_5851088edc7c3.jpg?20180802143806&q=80)
"Okonomiyaki ala Kansai" yang selalu dimakan di Kansai seperti Osaka adalah campuran bancuhan air dan tepung, telur ayam, kubis, makanan laut seperti udang dan sotong. Campuran diratakan di atas 'teppan' (kuali besi leper) sehingga menjadi bulat, kemudian diletakkan daging khinzir dan dimasak. Ada juga yang meletakkan parutan ubi cina.
Untuk "okonomiyaki ala Hiroshima", bahan-bahan disusun berlapis dan dibakar.
![Untuk "okonomiyaki ala Hiroshima", bahan-bahan disusun berlapis dan dibakar.](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000351/img/ms/a0000351_parts_58510891c9bb5.jpg?20180802143806&q=80)
Ciri-ciri "okonomiyaki ala Hiroshima" adalah bahan-bahannya tidak dicampur bersama. Bancuhan tepung dan air, diratakan secara membulat di atas kuali leper. Di atasnya diletakkan kubis, taugeh, makanan laut dan daging khinzir secara berlapis mengikut urutan. Selepas itu, ia diterbalikkan menggunakan sudip dan dimasak lagi.
Perkara utama bagi "monjyayaki" adalah tambak.
![Perkara utama bagi "monjyayaki" adalah tambak.](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000351/img/ms/a0000351_parts_585108975f391.jpg?20180802143806&q=80)
Bancuhkan tepung dengan air yang banyak, tambah rasa dengan sos dan campurkan kubis serta makanan laut, kemudian masak di atas kuali leper. Oleh kerana ia lebih berair jika dibandingkan dengan okonomiyaki, buat tambak dengan bahan-bahan dan alirkan bancuhan ke dalam tambak. Apabila air semakin kering, gaulkan bahan bersama-sama sambil meruntuhkan tambak. Kemudian ratakan sehingga lebar dan gantikan sudu dengan sudip kecil untuk mengambilnya.
"Takoyaki" adalah berbentuk seperti bola ping-pong.
!["Takoyaki" adalah berbentuk seperti bola ping-pong.](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000351/img/ms/a0000351_parts_5851089cf0ffb.jpg?20180802143806&q=80)
Masukkan sotong yang dipotong ke dalam tepung yang dibancuh bersama air atau renehan stok, kemudian bulatkan ia sehingga sebesar 3-5 cm dan dimasak. Takoyaki dikatakan berasal dari Osaka. Letakkan sos, taburkan aonori (rumpai laut) dan serbuk ikan Bonito. Anda juga boleh meletakkan mayonis mengikut citarasa anda.
Sos tidak akan diletakkan jika bancuhan telah diperasakan.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Menu
Tsurujiro
Okonomiyaki, Monja & Takoyaki
Asakusa
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
TOUKYOUMONJAKURAYA
Okonomiyaki, Monja & Takoyaki
Ikebukuro
-
10 Asakusa Hotels Featuring Views of Tokyo Skytree®
-
8 Scenic Hakone Lodgings with Breathtaking Views of Mount Fuji from Your Room
-
Make Your Tokyo Stay Comfortable! 10 Convenient Hotels with Airport Shuttle Service
-
10 Open-air bath Onsen Ryokans in Hakone for Ultimate Relaxation
-
10 Family-Friendly Hotels with Comfortable Family Rooms in Asakusa
-
Asakusa's Comfortable Long Stay Hotels: 10 Picks with Complete Kitchens
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Best Picks for Hotels Near Asakusa Station – Top 10 List
-
10 Best Hotels in Tokyo with Gyms for a Comfortable Workout Experience
-
Enjoy a Comfortable Stay!10 Concierge Service Hotels in Hakone
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
5 kedai pilihan untuk merasai okonomiyaki ala Hiroshima di sekitar Tokyo.
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui