HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku 10 cara untuk lebih arif tentang Shinjuku
10 cara untuk lebih arif tentang Shinjuku

10 cara untuk lebih arif tentang Shinjuku

Last updated: 16 Jun 2020

Shinjuku merupakan antara bandar di Tokyo yang sesak dengan ramai orang. Bilangan orang yang menggunakan Stesen Kereta Api Shinjuku dalam sehari merupakan yang tertinggi di Tokyo. Tanpa mengira siang ataupun malam, bandar Shinjuku sentiasa sesak. Memperkenalkan aktiviti seperti membeli belah, makan, berjalan-jalan dan pelbagai lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di Shinjuku!

Berjalan-jalan di sekeliling Shinjuku yang sentiasa sesak

Berjalan-jalan di sekeliling Shinjuku yang sentiasa sesak

Shinjuku merupakan sebuah bandar yang boleh dinikmati keseronokannya oleh setiap golongan masyarakat tanpa mengira usia mahupun jantina. Terdapat kedai barangan antik dan tempat barangan elektronik yang merupakan pusat tumpuan membeli belah, kawasan pusat bandar seperti Kabukicho, pusat permainan dan pawagam, kemudahan hiburan seperti karaoke, kedai-kedai rekod di Nishi-Shinjuku bagi penggemar muzik, dan terdapat pelbagai lagi kawasan yang boleh memenuhi kehendak pengunjung.

Membeli-belah barangan elektronik dan pakaian secara serentak

Membeli-belah barangan elektronik dan pakaian secara serentak

Gedung elektronik "Big Camera" telah bergabung dengan gedung pakaian "Uniqlo" yang membentuk "Biqlo". Walaupun gedung tersebut diasingkan di setiap tingkat, tetapi penyampaiannya adalah amat unik di mana terdapat patung orang yang memakai pakaian Uniqlo sambil memperagakan kamera digital di lehernya. Anda pasti dapat menikmati saat-saat membeli-belah yang unik!

Mari ke bandar yang dipenuhi drama dan tidak pernah tidur

Mari ke bandar yang dipenuhi drama dan tidak pernah tidur

Sekiranya anda ingin merasai suasana bandar Tokyo, Kabukicho merupakan tempat yang anda harus lawati. Bukan sahaja dipenuhi dengan restoran dan bar, malahan juga terdapat kawasan kedai-kedai persendirian yang unik. Selain itu, Kabukicho juga terkenal dengan kelab pelayan lelaki dan wanita. Dek silauan neon, bandar ini juga digelar "bandar yang tidak pernah tidur". Sejak kebelakangan ini, bandar ini menerima kunjungan ramai pelancong asing serta izakaya (kedai minuman arak) yang membenarkan kaum wanita masuk juga semakin bertambah.

  • Kabukicho
    • Address Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)

Berseronok bersama pelayan lelaki yang kacak!

Berseronok bersama pelayan lelaki yang kacak!

Di Kabukicho, terdapat banyak kelab pelayan lelaki yang akan menemani para pengunjung meminum minuman keras sambil berbual. Antara yang terbaik di sini ialah CLUB AIR yang mempunyai lebih 10 cawangan. Malam yang mewah bersama pelayan lelaki yang begitu pandai berkata-kata membuatkan malam di Shinjuku lebih menyeronokkan. Bergantung kepada cawangan kelab ini, terdapat juga pelayan lelaki yang mampu berbahasa Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugal. Jadi, tidak perlu risau sekiranya anda tidak fasih berbahasa Jepun. Bayaran masuk berbeza mengikut cawangan, antara 2000 JPY sehingga 5000 JPY untuk bufet minuman.

  • AIR GROUP
    AIR GROUP
    • Address 2-35-9, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021, Japan

Makan ramen sup ikan bilis

Makan ramen sup ikan bilis

Ramen Jepun juga popular di luar negara. Secara umumnya, tulang babi merupakan ramuan utama untuk membuat ramen tetapi di Jepun, terdapat juga stok sup yang berasaskan makanan laut dan pelbagai jenis stok sup yang lain. Salah satunya ialah ramen ikan bilis iaitu "Ramen Bilis Nagi" yang amat popular. Lebih daripada 20 jenis ikan bilis dicampurkan dan dimakan bersama-sama mee ramen yang kenyal pasti akan membangkitkan selera yang seringkali menjadi tumpuan utama.

  • Ramen Nagi
    すごい煮干ラーメン凪 新宿ゴールデン街店 本館
    • Address Shinjuku Golden st. 1-1-10-2F Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021, Japan

Berjalan-jalan di Shinjuku Central Park

Berjalan-jalan di Shinjuku Central Park

Shinjuku Central Park merupakan taman terbesar yang terdapat di Shinjuku. Terletak di antara bangunan pencakar langit yang tersergam indah di kawasan Nishi-Shinjuku, ia merupakan sebuah oasis kota. Pada musim bunga, bunga sakura akan berkembang mekar manakala pada hujung minggu pula terdapat acara seperti pasar lambak yang dikunjungi penduduk setempat. Sekiranya anda ingin berehat dari hiruk pikuk kota Shinjuku dan lari ke kehijauan, Shinjuku Central Park ialah pilihan yang terbaik.
Sumber imej: Shinjuku-ku

Merasai pengalaman di "pusat batting"

Merasai pengalaman di "pusat batting"

"Pusat batting" ialah replika padang besbol yang berada di dalam bilik yang merupakan permainan memukul bola yang keluar dari mesin pitching dengan kayu pemukul. Oleh kerana kelajuan bola boleh dipilih, maka permainan ini sesuai bagi yang pertama kali cuba bermain sehinggalah yang telah pakar. Berhampiran dengan Kabukicho, ia dibuka sehingga pukul 1 pagi. Permainan ini dapat membantu untuk melegakan tekanan dan masalah kurang bersenam anda!

Tonton filem di kompleks pawagam

Tonton filem di kompleks pawagam

Teres yang berada di luar bangunan memperlihatkan Godzilla yang sedang terperangkap. Cineplex yang menggunakan teater digital IMAX menghasilkan tayangan filem yang mantap selain efek video dan bunyi yang juga mengagumkan. Menawarkan pelbagai filem popular dari Hollywood sehinggalah ke karya animasi, sekiranya anda mencari pengalaman menonton wayang yang sangat mengagumkan silalah berkunjung ke sini.

  • TOHO CINEMAS
    TOHOシネマズ 新宿
    • Address Shinjuku Toho building, 1-19-1 Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo 160-0021, Japan

Mengambil gambar purikura (kotak bergambar) di pusat game

Mengambil gambar purikura (kotak bergambar) di pusat game

Terdapat kotak bergambar yang dikenali sebagai "purikara" yang amat digilai para remaja di Jepun. Ia akan mengambil gambar segera dan diabadikan dalam bentuk pelekat. Mesin gambar yang terkini membolehkan para pengguna melukis di gambar dan memberi efek cantik yang menampakkan pengguna lebih cantik berbanding sebenar. Bagi anda yang mencari kenangan mengunjungi Shinjuku, apa salahnya jika bergambar menggunakan "purikura"?

  • Taito Station
    タイトーステーション 新宿南口ゲームワールド店
    • Address 3-35-8 Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo 160-0022, Japan

Menyelami budaya Rakugo

Menyelami budaya Rakugo

Salah satu budaya Jepun semenjak Zaman Edo ialah "rakugo" (cerita). Seorang pencerita "rakugo" akan bercerita sambil melakukan gerak tubuh dan isyarat tangan dengan menggunakan kipas lipat dan tuala. Tempat penonton "rakugo" digelar "yose". Tempat yang telah mempersembahkan "rakugo" sejak dahulu lagi ialah di "Shinjuku Matsu Hiroshitei". Mari menikmati "rakugo" dan mendalami budaya Jepun.

  • Shinjuku Suehirotei
    新宿末廣亭
    • Address 3-6-12 Shinjuku, Shinjuku-ku,Tokyo 160-0022, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari