HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro 10 langkah untuk membiasakan diri di Ikebukuro
10 langkah untuk membiasakan diri di Ikebukuro

10 langkah untuk membiasakan diri di Ikebukuro

Last updated: 19 Mei 2020

Bagi mendalami Ikebukuro, dicadangkan bagi anda melakukan 10 perkara berikut. Tarikan Ikebukuro ialah budaya orang muda, budaya anime, seni dan pelbagai lagi budaya campuran. Walaupun anda sudah berkunjung ke sini banyak kali masih ada perkara baru yang boleh dijenguk.

Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Ikebukuro

Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Ikebukuro

Di Ikebukuro, apabila dikatakan tempat perjumpaan yang menjadi kebiasaan adalah patung gangsa burung hantu "ikefukuro". Terletak di pintu keluar belah utara Stesen JR Ikebukuro, kawasan tersebut terletak di kawasan dalam stesen. Oleh yang demikian, anda boleh berjumpa rakan anda dengan senang walaupun pada hari hujan. Oleh sebab ia terletak berhampiran stesen, jika anda turun dari kereta api bolehlah pergi menjenguk ikefukuro.

  • Ikefukurou Statue
    • Address The Ikebukuro Station yard, 1, Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
    • Phone Number 03-3988-2914

Melepasi jalan utama di Ikebukuro

Melepasi jalan utama di Ikebukuro

Nama panggilan untuk jalan dari Stesen Ikebukuro ke Sunshine 60 dipanngil "Sunshine 60 - doori". Oleh sebab ia merupakan pusat beli belah yang terkenal di Ikebukuro, kawasan tersebut sentiasa dipenuhi orang tidak kira siang mahupun malam. Berhampiran kawasan tersebut terdapat butik pakaian, restoran, pusat game dan sebagainya. Di laluan ini, pengungjung yang membeli-belah juga sangatlah ramai.

  • sakazen Ikebukuro store
    sakazen Ikebukuro store
    洋服のサカゼン 池袋店
    Has Health & Safety Measures
    • Address 2-27-7 Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 0120-10-1641

Menonton siaran internet secara langsung di bangunan utama Niconico

Menonton siaran internet secara langsung di bangunan utama Niconico

Kedai antena bagi laman web video yang popular di Jepun, Niconico Douga. Di Niconico pengguna menyiarkan video secara langsung, terutamanya banyak rancangan khas untuk penggemar anime dan game disiarkan di internet. Siaran langsung tersebut selalu disiarkan dari studio di bangunan utama Niconico. Bergantung kepada jenis rancangan, terdapat juga siaran langsung terbuka yang boleh ditonton. Selain itu, kafe yang lengkap dengan bekalan elektrik dan wi-fi, ruangan acara, dan kedai yang menjual barangan original juga ada di situ. Anda mestilah menjenguk sebahagian daripada stesen penyiaran internet ini.

  • NicoNico Headquarters
    • Address Ikebukuro P'PARCO, 1-28-2, Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      1 minute on foot

Menyelami budaya Rakugo

Menyelami budaya Rakugo

"Rakugo" adalah kisah lucu yang berdasarkan cerita-cerita kehidupan penduduk setempat, cerita dongeng dan lain-lain. Salah satu daripada budaya tradisional Jepun yang disukai sejak zaman Edo lagi. Di Ikebukuro, Rakugo boleh ditonton di Ikebukuro Engeijyo. Oleh sebab kerusi disediakan, maka memudahkan untuk menonton dalam masa yang lama. Anda boleh cuba untuk mendalami dunia yang diceritakan oleh "rakugo-ka" (pencerita rakugo) di sini.

  • Ikebukuro Engei Hall
    • Address 1-23-1, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3971-4545

Kafe yang selalu dilawati oleh "fujoshi" (peminat komik dan anime bergenre Boy's Love)

Kafe yang selalu dilawati oleh "fujoshi" (peminat komik dan anime bergenre Boy's Love)

Di Jepun, manga dan novel yang bertemakan cinta antara lelaki dipanggil "BL (Boy's Love)", peminat genre tersebut dipanggil "Fujoshi". Kedai yang terkenal di kalangan Fujoshi adalah seperti berikut. Staf Ikemen (lelaki kacak) beruniform sekolah bekerja di situ, dan servis yang unik seperti "pasangan pocky imaginasi" di mana dua staf berkongsi makan sebatang pocky terdapat di situ.

  • Ikebukuro Danshi Boys Love Gakuen
    池袋男子BL学園
    • Address 3-9-13 Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013, Japan

Menghabiskan masa di suasana romantik di bawah langit berbintang

Menghabiskan masa di suasana romantik di bawah langit berbintang

Dengan menggunakan teknologi pemancaran terbaru, langit berbintang yang indah dapat dinikmati di planetarium ini. Penghuraian dengan menggunakan muzik dan program membuatkan anda berasa seronok walaupun sudah berkunjung banyak kali. Salah satu daripada kemudahan yang diberi nilaian tinggi. Selain daripada menyaksikan sambil duduk di kerusi umum, anda juga boleh menyaksikan sambil berbaring di atas rumput tiruan ataupun sofa berbentuk awan. Anda boleh cuba menyaksikan langit malam dengan sensasi baru di sini.

Kedai kaca mata penuh di dinding yang mengejutkan

Kedai kaca mata penuh di dinding yang mengejutkan

Di kedai borong kaca mata yang dalamannya telah diubah suai, kaca mata berharga murah disusun penuh di dinding. Pelanggan yang berkunjung buat pertama kali dihadiahkan sepasang kaca mata, malah harga untuk kaca mata membaca serendah 48 yen manakala kaca mata rabun jauh mahupun dekat serendah 195 yen. Pemegang kaca mata dan juga kaca mata gelap juga dijual dengan harga murah. Aksesori berkenaan kaca mata boleh didapati dengan harga murah di sini.

  • Rougan-Megane Museum
    老眼めがね博物館
    • Address Address 3-16-9 Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022, Japan

Pergi ke restoran ramen terkenal yang sentiasa mempunyai pelanggan beratur

Pergi ke restoran ramen terkenal yang sentiasa mempunyai pelanggan beratur

Di Ikebukuro, restoran ramen berderet tersusun sememangnya saingan yang kuat antara restoran masing-masing. Di kalangan restoran ramen tersebut, restoran yang tidak lekang dengan pelanggan beratur adalah "Mensobo Mutekiya". "Genkou-men" yang berasaskan tulang khinzir dan kicap, "tsuke-men" yang mi dicelup bersama sup dan sebagainya pelbagai menu yang dapat dirasai. Di waktu puncak, pelanggan beratur selama sejam untuk mengambil giliran makan di situ. Tambahan pula, restoran ini hanya terdapat di sini sahaja. Oleh sebab itu anda hendaklah bersiap sedia untuk beratur panjang demi merasai rasa ramen yang lazat di restoran ini.

  • Mensoubou Mutekiya
    麺創房無敵家
    • Address 1-17-1 Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022, Japan

Persembahan kebudayaan sebenar seperti klasik dan teater

Persembahan kebudayaan sebenar seperti klasik dan teater

Fasiliti yang dilengkapi dengan dewan konsert yang memuatkan pipe organ terbesar dunia, teater, dewan tarian, dua dewan mini teater, galeri, bilik latihan dan pelbagai lagi. Di dalam fasiliti ini, kafe, restoran, kedai, ruangan sebaguna dilengkapi wi-fi percuma juga disediakan. Di depan fasiliti ini terdapat lapangan besar di mana pelbagai acara menarik diadakan pada masa yang tidak tetap.

  • Tokyo Metropolitan Theatre
    • Address 1-8-1, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-5391-2111

Mendalami seni arkitek profesional

Mendalami seni arkitek profesional

Karya seni bina yang dilakar oleh arkitek profesional Amerika, Frank Lloyd Wright. Ditetapkan sebagai khazanah budaya negara, bangunan yang berkonsepkan seni bina klasik. Perabot, lampu dan juga pintu dicipta khas untuk Myonichikan terdapat tarikannya yang tersendiri. Jika anda meminati seni bina arkitek, anda perlu melawat tempat ini.

  • Jiyu Gakuen Myonichikan
    • Address 2-31-3, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3971-7535
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari