HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Tsukiji Pertama kali mengunjungi Ginza dan Tsukiji.
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Pertama kali mengunjungi Ginza dan Tsukiji.
Pertama kali mengunjungi Ginza dan Tsukiji.

Pertama kali mengunjungi Ginza dan Tsukiji.

Last updated: 3 Ogos 2020

Area Ginza dan Tsukiji adalah tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang hari dari pagi hingga ke malam. Di sini kami akan memperkenalkan tempat-tempat kunjungan supaya anda dapat merasai sepenuhnya keseronokan di kawasan tersebut.

  1. 1
    Awal pagi di Tsukiji Market
  2. 2
    Menuju ke bandar untuk orang dewasa - Ginza
  3. 3
    Membeli-belah
  4. 4
    Makan tengahari mewah di kedai sushi berkelas tinggi
  5. 5
    Menuju ke Sukibayashi
1

Awal pagi di Tsukiji Market

Awal pagi di Tsukiji Market

Rasailah kemeriahan awal pagi di Tsukiji Market. Anda pasti akan terpesona dengan pelbagai penemuan baru dengan hanya berjalan di sekitar pasar yang terdapat kira-kira 400 buah kedai. Terdapat pelbagai kedai seperti kedai ikan segar, kedai bahan kering, kedai sushi dan kedai buah-buahan. Anda boleh menikmati sarapan dengan memakan sushi atau sashimi. Oleh kerana terdapat banyak snek makanan laut yang dicucuk dan digoreng, anda boleh cuba memakannya sambil berjalan.

2

Menuju ke bandar untuk orang dewasa - Ginza

Menuju ke bandar untuk orang dewasa - Ginza

Setelah mengenyangkan perut di pasar Tsukiji, teruskan perjalanan ke Ginza. Selepas keluar dari pasar Tsukiji dan tiba di persimpangan jalan Tsukiji 4 chome, jalan terus menuju ke Ginza. Dalam kira-kira 10-15 minit anda akan tiba di persimpangan jalan Ginza 4 chome. Di satu sudut terdapat warisan seni bina "Menara Jam Wako" yang melambangkan perkembangan Ginza. Ia telah menjadi simbol Ginza yang menghargai martabat dan tradisi. Kereta tidak dibenarkan melalui Ginza pada hari sabtu dan anda boleh berjalan di atas jalan raya pada hari tersebut.

3

Membeli-belah

Membeli-belah

Keseronokan sebenar Ginza adalah makanan dan membeli-belah. Terdapat deretan gedung beli-belah, kedai pakaian, galeri dan barangan kemas di sekitar Ginza. Melihat barang berjenama mewah dan bersiar-siar di sekitar Ginza amatlah menyeronokkan. Keunikan Omotenashi (budaya layanan baik dan mesra) Jepun dapat dirasai di Ginza. Servis di setiap kedai serta layanan yang diberikan sungguh baik dan mesra.

4

Makan tengahari mewah di kedai sushi berkelas tinggi

Makan tengahari mewah di kedai sushi berkelas tinggi

Di Ginza anda dapat menikmati sushi Jepun yang berkualiti tinggi. Sushi di Ginza dapat dinikmati dengan harga yang lebih berpatutan semasa waktu makan tengahari berbanding pada waktu malam. Sebagai contoh, hidangan yang berharga 10,000 JPY pada waktu malam hanya dijual dengan harga 8,000 JPY pada waktu tengahari di kedai sushi lagenda "Ginza Kyubei" yang turut dikunjungi oleh Perdana Menteri Jepun. Jika anda ingin memesan secara ala carte, ada juga chef yang boleh berbahasa Inggeris. Oleh kerana tempahan tidak boleh dibuat dari luar negara, anda boleh membuat tempahan menerusi hotel di mana anda menginap. ※Gambar sekadar hiasan

5

Menuju ke Sukibayashi

Menuju ke Sukibayashi

Cuba melangkah ke dalam lorong yang lebih terpencil di Ginza, dan anda mungkin akan terjumpa dengan pelbagai kedai yang unik, seperti kedai alatan seni dan kebab mewah. Bagi yang ingin mencuba hiburan malam, anda boleh ke bar di Ginza untuk merasai koktel dan minuman alkohol lain. Jika ingin mencuba Izakaya di Jepun, anda disyorkan meminum sake Jepun di kedai yang meletakkan tanglung merah sekitar stesen JR "Yurakucho".

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari