Hampir setiap hujung minggu saya akan ke Otome Road di Ikebukuro yang juga sering dipanggil「Akihabara untuk wanita」untuk berjalan-jalan dan mengisi masa yang terluang. Ini bukanlah rahsia.
Di antara kedai majalah dan kedai barangan anime, terdapat tangga hijau dan bunga yang tidak ketara kelihatan. Saya teringat yang saya pernah dengar tentang nama『Swallowtail butler cafe』 ini. Sebelum ini sahabat saya pernah bercerita dengan penuh semangat tentang pengalamannya yang menakjubkan di kafe tersebut. Kali ini giliran saya pula. Ayuh sama-sama kita ke era Victorian Britain, melancong dengan pelancongan yang unik.
Langkah pertama untuk menjadi seorang bangsawan
Cahaya hangat di dalam kedai menerangi laluan masuk yang dihiasi dengan hiasan kaca. Melihat hiasan yang elegan, saya yakin bahawa barangan di sini ada ceritanya yang tersendiri. Tidak lama kemudian, muncul seorang jejaka yang tinggi, memakai baju yang ekslusif, membuka pintu, mengalu-alukan kehadiran saya dengan senyuman.
Pelayan tersebut menyambut saya dengan ayat yang cukup terkenal 「selamat kembali wahai puteri」. Dalam waktu yang sama, saya terasa seperti di awang-awangan dan sangat terpesona. Tiba-tiba saya berasa menjadi seorang bangsawan!Saya berasa terkejut dengan bilik yang dihias untuk kelihatan luas dan elegan, tidak lama kemudian servis dari seorang pelayan muda pun bermula.
Tail coat dan morning coat
Mula-mula perkenalan diri. Pintu dibuka dengan senyuman oleh pelayan yang bernama Shiina-san, seorang lagi pelayan muda yang bernama Iori-san. Iori-san merupakan footman. Kedua-dua pelayan ini memakai pakaian yang berlainan berdasarkan peranan dan tugasan masing-masing. Shiina-san memakai morning coat yang segak, manakala Iori-san, footman memakai tailcoat yang bergaya.
Saya yang tidak berpengalaman di kafe pelayan lelaki (butler cafe), berasa agak bimbang sebelum pergi ke kafe ini. Sebelum ini saya hanya pernah berkunjung ke kafe pelayan perempuan (maid cafe) sahaja. Tetapi, disebabkan layanan profesional pelayan lelaki yang berkeyakinan dan bersifat lemah-lembut, kerisauan saya terus hilang.
100 biji kristal yang berkilauan
Akhirnya tibalah saat untuk ke tempat duduk. Apa yang menarik perhatian pengunjung di sini ialah sebuah lampu chandelier besar yang diperbuat daripada beratus-beratus kristal Swarovski. Juga, kebanyakan perabot adalah seperti di rumah agam bangsawan Victorian. Semuanya ditempah khas.
Dalam suasana klasik yang tenang dengan bunga dan hiasan, seorang puteri yang terdapat dalam diri saya mempunyai sedikit masalah. Orang biasa-biasa seperti saya ini cukup terpesona dari hiasan dalaman kafe yang begitu ekslusif hingga kepada pelayan lelaki yang sebenar. Ia seakan-akan menonton drama tv Inggeris yang bertajuk『Downtown Abbey』…apabila saya berfikir begitu saya berasa sangat gembira!
Skon atau sandwich
Iori-san menerangkan kepada saya tentang menu makanan dengan teliti. Pesanan yang pertama adalah minuman teh「Diana Rose」. Iori-san bukan sahaja bertanggungjawab dalam urusan mengawal kualiti teh, malah dia sendiri yang membancuh teh dan memberitahu saya tentang bahan asal dan bau teh tersebut. Pemegang cawan yang berwarna emas dan corak rama-rama biru yang kecil pada cawan adalah kunci utama. Rama-rama tersebut adalah dari jenis Agehachou dalam Bahasa Jepun, manakala dalam Bahasa Inggeris dipanggil 「swallowtail」. Dengan kata lain, itu adalah nama kafe.
Orang biasa-biasa seperti saya yang tidak pernah menggunakan cawan kecil seperti itu, oleh itu sedikit berasa sukar. Seterusnya Iori-san memperkenalkan makanan kepada saya. Set Anna Maria iaitu set teh tengah hari berharga 3300 yen, mengandungi tiga lapis pinggan yang bertingkat. Pinggan di tingkat pertama adalah pencuci mulut, kemudian pinggan yang di tengah-tengah dihidangkan skon dan pinggan terakhir adalah sandwich untuk satu suapan. Gabungan pinggan dan hidangan yang begitu indah tersebut membuatkan saya tidak mahu menghabiskannya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah terdapat ramai pengunjung yang berulang kali ke kafe ini kerana menu makanannya bertukar-tukar pada setiap bulan.
Usah ditanya tentang umur kepada pelayan lelaki
Set teh tengah hari ini bukan sahaja menjadi tarikan buat mata kita, ia juga sedap seperti yang disangkakan.
Shiina-san memberitahu bahawa beliau telah bekerja selama 10 tahun. Keperibadiannya yang elegan dan berkemahiran tinggi membuktikan kenyataan tersebut. Saya hampir jatuh dari kerusi kerana terkejut apabila mendengar Iori-san telah bekerja selama 7 tahun. Iori-san juga mempunyai kemahiran seperti seorang profesional tetapi penampilan beliau kelihatan seperti amat muda! Secara semulajadi saya bertanya tentang umurnya, Iori-san menjawab dengan senyuman yang mesra, 「itu bukanlah sesuatu perkara yang seorang puteri ingin tahu」. Ya, benar sekali.
Apakah yang dimaksudkan dengan bisnes butler?
Terdapat lebih kurang 50 orang pelayan lelaki yang terlibat dengan kafe yang sama, dengan lingkungan umur dari 20-an hingga 80-an! Lebih kurang 2 bulan diperlukan bagi sesi latihan buat mereka, ada juga yang memperoleh kelayakan untuk berkhidmat di hotel dan restoren di Jepun selepas latihan tersebut.
Pengalaman ekslusif itu boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan manusia.Sebenarnya pengunjung lelaki juga kerap ke kafe ini, mereka dipanggil sebagai 「Botchan」atau「Danna-san」. Tiada kaitan dengan jantina pelanggan, pelayan lelaki yang elegan dan profesional akan menyambut dan mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja.
Ruang yang boleh disyorkan dengan yakin
Oleh kerana hampir setiap hari kafe ini penuh dengan pelanggan, sila buat tempahan anda dengan lebih awal menggunakan telefon atau secara atas talian. Perkhidmatan membuat tempahan dalam Bahasa Inggeris juga disediakan, terdapat beberapa orang pelayan lelaki yang boleh berbahasa Inggeris seperti Iori-san.
Saya ingin sekali mengesyorkan kafe Swallowtail kepada sesiapa sahaja, buat mereka yang hendak mencuba pengalaman yang mengagumkan di Tokyo. Samada anda mahu menjadi seperti seorang puteri atau seperti seorang raja, ataupun anda mahu berehat secukupnya seperti seorang penakluk yang telah mengalahkan musuhnya. Dalam apa jua situasi pun, kita mesti disapa dengan ucapan ramah「Okaerinasaimase (selamat kembali)」.
-
SWALLOWTAIL Butlers Cafe執事喫茶 Swallowtail
- Address Showa Building, 3−12−12 Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo 170-0013
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam