HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza “Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat

“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat

Last updated: 15 Julai 2020

Mempelajari bahasa Jepun adalah sangat susah. Terutamanya, apabila ingin meluahkan perasaan sendiri. Pada kali ini, kami akan memperkenalkan frasa untuk meluahkan perasaan, pendapat dan juga frasa apabila ingin menanyakan pendapat seseorang.

Apa khabar? (Maksud tersurat : Adakah kamu sihat?)
genki desu ka? /元気ですか。

Paling asas untuk menunjukkan ekspresi adalah 「kata sifat」. Apabila bercakap dalam bahasa Jepun, tidak menggunakan subjek adalah satu kebiasaan. Sebaliknya, perlu berhati-hati menggunakan perkataan 「anata=awak」, kerana ia hanya digunakan dikalangan orang terdekat. Seelok-eloknya apabila bertanyakan soalan kepada seseorang sila tambahkan 「san」dibelakang namanya.

Perasaan yang bagaimana? Jom cuba luahkan!

Perasaan yang bagaimana? Jom cuba luahkan!

(Watashi-wa=Saya)/((Kanajou-wa=Dia(perempuan))

Khabar baik / sihat
元気 (genki)
Kurang sihat
気分が悪い (kibun ga warui)
Mengantuk
眠い (nemui)
Letih/Penat
疲れた (tsukareta)
Sangat teruja
わくわくする・ワクワクする (waku waku)
Bosan
退屈 (taikutsu)
Sedih
悲しい (kanashii)
Sunyi/Kesunyian
寂しい (sabishii・samishii)
Marah
怒っている (okotteiru)
Contohnya:
Saya mengantuk
(私は)眠いです / (watashiwa) nemui desu

Frasa yang boleh digunakan apabila tekak berasa dahaga dan perut berasa lapar

Lapar (Maksud tersurat : Perut kosong.)
お腹が空いた / onaka ga suita
Dahaga (Maksud tersurat : Tekak kering.)
のどが渇いた / nodo ga kawaita
Kenyang (Maksud tersurat : Perut penuh.)
お腹がいっぱい / onaka ga ippai

Kaedah menggunakan bahasa Jepun untuk meluahkan perasaan

Kaedah menggunakan bahasa Jepun untuk meluahkan perasaan

Mengikut format seperti di bawah, anda dapat meluahkan perasaan dalam bahasa Jepun dengan mudah

___nya.
___desu. / ___です。
Contohnya:
Bagus
良い (ii)
Terbaik
ナイス (naisu)
Tak bagus
良くない (yokunai)
Jahat / Teruk
悪い (warui)
Seronok
楽しい (tanoshii)
Susah / Sukar
難しい (muzukashii)
Kelakar / Menarik
面白い (omoshiroi)
Tak kelakar / Tak menarik
面白くない (omoshirokunai)
Bosan
つまらない (tsumaranai)
Pelik
おかしい (okashii)
Takut / Seram
怖い (kowai)
Panas (cuaca)
暑い (atsui)
Panas (objek)
熱い (atsui)
Suam
温かい (atatakai)
Sejuk (cuaca)
寒い (samui)
Sejuk (objek)
冷たい (tsumetai)
Senyap
静か (shizuka)
Mahal
高い (takai)
Murah
安い (yasui)
Comel
可愛い (kawaii)
Cantik
綺麗 (kirei)
Menawan
素敵 (suteki)
Hebat
素晴らしい (subarashii)
Teruk
酷い (hidoi)
Sangat Teruk
最悪 (sai aku)
Mencurigakan
怪しい (ayashii)
Tak adil
狡い (zurui)
Contohnya:
Panasnya.
暑いです。 / atsui desu

Perempuan itu baik! Lelaki itu hebat! Mari menggunakan bahasa Jepun untuk mewakili orang lain!

Perempuan itu baik! Lelaki itu hebat! Mari menggunakan bahasa Jepun untuk mewakili orang lain!

Dengan menggunakan subjek atau nama, mari kita mewakili orang lain dengan menggunakan bahasa Jepun. Diulang sekali lagi, bagi bahasa Jepun, bergantung pada sesuatu situasi, penggunaan subjek kepada ayat boleh digugurkan.

Lelaki itu ___.
彼は___です。 / kare wa___desu.
Perempuan itu ___.
彼女は___です。 / kanojo wa___desu.
Yuka ___.
由佳さんは___です。 / Yuka-san wa___desu.

Ini adalah perkataan yang boleh digunakan untuk menunjukkan karakter seseorang.

Baik
優しい (yasashii)
Ramah/ Mesra
親切 (shinsetsu)
Bijak
頭がいい (atama ga ii)
Cerdik
賢い (kashikoi)
Kacak / Segak
かっこいい (kakkoii)
Ketat / Tegas
厳しい (kibishii)
Tak mesra
優しくない (yasashiku nai)
Degil
頑固 (ganko)
Bersemangat (enthusiastic**)
ハイテンション (hai tenshon**)

**Ini adalah bahasa Inggeris versi Jepun, jadi maknanya adalah berbeza dengan bahasa Inggeris sebenar.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari