Budaya Manga Jepun adalah popular di serata dunia. Mari kita menerokai kawasan yang dikatakan sebagai tempat kelahiran budaya Manga Jepun.
Tokiwa-so yang melahirkan kartunis manga.
Kartunis manga yang hebat Osamu Tezuka, Shotaro Ishinomori dan Fujio Akatsuka pernah tinggal di kawasan Toshima-ku, Ikebukuro dan inilah sebab bandar tersebut mula terkenal sebagai bandar manga. Dalam pada itu, Stesen Shiinamachi, Stesen Higashinagasaki, kawasan yang menghubungkan Stesen Ochiai Minami-Nagasaki merupakan tempat di mana terletaknya apartmen "Tokiwa sō" di mana para kartunis manga tinggal, dan kemudiannya membentuk jalan yang dinamakan "Tokiwa Street" yang menjadi pusat tumpuan pelancong.
Peta lakaran bilik di monumen!
Apartmen berasaskan kayu yang dibina pada tahun Showa 27 (tahun 1952), Tokiwa sō. Apartmen lagenda yang dikatakan pernah didiami oleh Osamu Tezuka, Shotaro Ishinomori dan Fujio Akatsuka. Kini tiada sebarang apartmen lagi yang tinggal di situ, dan hanya terdapat sebuah syarikat penerbitan buku. Khabarnya apartmen itu telah dirobohkan pada tahun Showa 57 (tahun 1982) kerana sudah terlalu usang. Kini yang tinggal hanyalah monumen yang dibina semula. Jangan lepaskan peluang melihat lakaran bilik di mana kartunis-kartunis lagenda itu pernah tinggal.
-
-
Address
3-16-6, Minaminagasaki, Toshima-ku, Tokyo, 171-0052
View Map -
Nearest Station
Ochiai-Minami-Nagasaki Station (Toei Oedo Line)
-
Address
3-16-6, Minaminagasaki, Toshima-ku, Tokyo, 171-0052
Paparan yang mesti dilihat untuk merasai sejarah silam Showa!
Walaupun Tokiwa sō sudah tidak wujud, terdapat sebuah tempat yang menyampaikan sejarah mengenainya. Tempat tersebut ialah "Toyoshimaku Tokiwa sō-dōri Oyasumidokoro". Sebaik sahaja memasuki bangunan ini yang mempunyai lantai berjubin bumbung di mana terdapat gelongsor yang diperbuat daripada kayu di atasnya, banyak autograf kartunis manga serta ucapan selamat dapat kelihatan. Perkara penting yang harus anda saksikan ialah ruang tingkat 2 yang menempatkan bilik kartunis manga, Terada Hirō yang dibina semula. Perabut dan barangan lain yang bertemakan Showa amat menyejukkan hati sesiapa yang memandang.
-
-
Address
2-3-2, Minaminagasaki, Toshima-ku, Tokyo, 171-0052
View Map -
Nearest Station
Ochiai-Minami-Nagasaki Station (Toei Oedo Line)
-
Address
2-3-2, Minaminagasaki, Toshima-ku, Tokyo, 171-0052
Bertemu karikatur penduduk Tokiwa-so
Sebaik sahaja mendengar bahawa tugu lain dibina di sekitar Tokiwa di Taman Minaminagasaki Hanasaki, Jalan Tokiwa-so, saya telah melawatnya. Tugu yang diukir menggambarkan apartmen yang didiami para kartunis manga lagenda beserta tulisan "Hero Tokiwa-so" . Tezuka yang memakai topi beret, Akatsuka yang memakai ikat kepala, Naoya Moriyasu dengan pen besarnya... Saya tertanya-tanya bagaimanakah agaknya Tokiwa-so yang merupakan tempat yang yang menghasilkan ramai kartunis manga tersohor itu? Persoalan ini terjawab melalui sebuah monumen seperti ini.
-
-
Address
South Nagasaki Saki Park, 3-9-22, Minaminagasaki, Toshima-ku, Tokyo, 171-0052
View Map -
Nearest Station
Ochiai-Minami-Nagasaki Station (Toei Oedo Line)
-
Address
South Nagasaki Saki Park, 3-9-22, Minaminagasaki, Toshima-ku, Tokyo, 171-0052
Di manakah Osamu Tezuka tinggal selepas itu?
Selepas Tokiwa-so, Osamu Tezuka kemudiannya tinggal di "Namiki House" di Zōshigaya. beberapa tahun sehingga beliau berkahwin, beliau menghasilkan karya di sini. Apartmen yang dibina sejak 60 tahun yang dahulu ini sehingga kini masih didiami oleh orang lain. Di sebelahnya, terdapat "Namiki House Annex" yang dibina pada tahun 1933. Di sini telah dibuka "pemprosesan maklumat Zōshigaya", dimana mempamerkan panel yang memperkenalkan cara hidup Tezuka di Namiki House
-
-
Address
3-19-5, Zoshigaya, Toshima-ku, Tokyo, 171-0032
View Map -
Nearest Station
Kishibojinmae Station (Toden Arakawa Line)
-
Address
3-19-5, Zoshigaya, Toshima-ku, Tokyo, 171-0032
Di manakah restoran yang Tezuka sukai dahulu?
Pada akhir penjelajahan kisah kartunis manga lagenda, saya melawat kedai makan yang khabarnya selalu dikunjungi Tezuka. Kedai tersebut merupakan kedai "White Bear" di ruangan bawah tanah Seibu Ikebukuro. Restoran ini dibuka pada tahun Showa 30 (tahun 1955) dan dikatakan sering dikunjungi oleh Tezuka. Gambar ini menunjukkan "Gratin Dadar" iaitu satu menu klasik di mana dadar tersembunyi dalam sos putih.
-
White Bearホワイトベアー
- Address SeibuikebukurohontenB1F, 1-28-1, Zoshigaya, Toshima-ku, Tokyo, 171-8569, Japan
Impian kartunis manga
Tokiwa-so, tempat kartunis manga yang tersohor pernah tinggal. Apakah agaknya yang dibualkan mereka di situ.... Adakah mereka menyangka bahawa karya yang mereka hasilkan setelah 50 tahun akan menjadi budaya yang dikatakan mewakili Jepun dan terkenal di seluruh dunia? Adakah mereka mempunyai impian besar sebegitu? Menjelajahi apartmen binaan kayu yang pernah didiami mereka membuatkan saya juga mahu anda merasai sendiri kehangatan dan keseronokan zaman Showa.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Ryokan (rumah inap)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mencuba pakaian
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
10 langkah untuk lebih arif tentang stesen kereta api Tokyo
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Pengenalan yang mendalam tentang Tokyo Tower yang berevolusi
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Mendekati karya dan seni bina di Stesen Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam