HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Kanagawa Kamakura Santai berbasikal dan jelajah kafe di pinggir pantai Kamakura
Santai berbasikal dan jelajah kafe di pinggir pantai Kamakura

Santai berbasikal dan jelajah kafe di pinggir pantai Kamakura

Last updated: 28 Mei 2019

Pada hari yang cerah, alami pengalaman menunggang basikal sambil merasai angin yang nyaman. Dengan berbasikal, anda boleh berhenti di tempat yang disukai untuk melihat pemandangan ataupun singgah di kedai yang berhampiran. Nikmati penemuan baru di persisiran pantai Shonan.

Anda telah tiba di “Stesen Kamakura” laluan JR Yokosuka. Wakamiya Oji yang juga merupakan laluan ke Tsurugaoka Hachimangu mempunyai kawasan pejalan kaki yang sangat luas dan dipenuhi dengan deretan pepohon pain yang sangat indah. Laluan ini merupakan lambang pembaharuan dan sejarah lama Kamakura.

Sambil menikmati perjalanan, setelah berjalan kira-kira 7 minit anda akan tiba di kedai sukan basikal "GROVE Kamakura". Di sini, anda boleh menyewa basikal jenis mountain bike.

Walaupun terdapat pelbagai jenis kedai sewa basikal di sekitar Kamakura, kelebihan "GROVE Kamakura" ialah keutamaan terhadap basikal jenis mountain bike. Tayar besar yang seimbang adalah lebih selamat ketika melalui jalan yang tidak rata dan berpasir, cerun curam juga mudah dilalui dengan kelebihan gear yang banyak. Beg sandang dan helmet juga boleh disewa jika perlu. Ruang persalinan turut disediakan bagi membolehkan pengunjung menukar pakaian supaya dapat menikmati aktiviti berbasikal dengan lebih selesa.

  • Grove Kamakura
    GROVE鎌倉
    • Address 2-1-13, Yuigahama, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0014

Selepas menyusuri laluan pejalan kaki Wakamiya Oji dan melintasi lampu isyarat Namerakawa, anda akan tiba di Yuigahama Kaigan. Pantai yang luas terbentang di hadapan mata. Oleh kerana terdapat ruang yang luas, elok juga kiranya anda memberhentikan basikal seketika untuk mengambil gambar kenangan. Dari sini, anda teruskan perjalanan sehingga ke Enoshima. Sambil memandang garisan horizon dan menikmati sinaran mentari dan angin bayu Shonan, badan dan jiwa akan terasa lapang.

Anda telah tiba di Inamuragasaki. Di sini, anda dapat melihat pemandangan Enoshima menghadap gunung Fuji. Kebiasaannya ramai jurugambar berkunjung ke sini pada hari cuti ketika cuaca cerah. Pemandangan lautan, langit biru dan Enoshima ternyata menjadi lambang keindahan Shonan. Kelebihan menaiki basikal adalah anda dapat memberhentikan basikal pada bila-bila masa yang anda mahu. Ambillah gambar kenangan di sini. Setelah selesai mengambil gambar, pusing sekeliling Inamuragasakikoen (Taman Inamuragasaki) dan nikmatilah pemandangan dari tempat pemerhatian.

Dari Inamuragasaki ke Shichirigahama. WEEKEND HOUSE ALLEY menempatkan kedai dan kafe yang menjadi lambang Shichirigahama. Jika terlewat untuk makan pagi dan tengahari, jangan teragak-agak untuk ke sini. "Bills" yang terletak di tingkat 2, mempunyai cawangan utama yang popular di Sydney, Australia. "Bills" Shichirigahama adalah kedai pertama yang dibuka di luar negara. Sejak dibuka pada tahun 2008, restoran ini popular dan dipenuhi dengan pelanggan.

"Telur hancur organik" ini dikatakan "sarapan terbaik di dunia". Telur hancur yang sungguh lembut dan gebu itu sudah tentu tidak pernah dirasai sebelum ini. Menu yang lazat ini dapat menghilangkan keletihan menaiki basikal sebentar tadi.

  • bills Shichirigahama
    bills 七里ガ浜
    • Address 2F WEEKEND HOUSE ALLEY, 1-1-1, Shichirigahama, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0026

Setelah kenyang, mulakan semula perjalanan menuju ke Enoshima. Memandangkan jalan dari Shichirigama ke Kamakurakokomae (depan Sekolah Tinggi Kamakura) adalah sempit untuk laluan kereta dan pejalan kaki, pastikan anda menunggang basikal dengan lebih berhati-hati. Anda kini tiba di stesen Enoden (keretapi elektrik) Kamakurakokomae. Di sini, anda boleh mengambil gambar pemandangan tren Enoden dan laut. Tren Enoden tiba selepas memberhentikan basikal dan menunggu kira-kira 5 minit.

Dari Kamakurakokomae, anda akan melintasi Koshigoe Koyurugimisaki dan pelabuhan perikanan Koshigoe sebelum Enoshima mula kelihatan. Oleh kerana terdapat kawasan pejalan kaki yang luas, berhentikan basikal anda dan rehat sebentar. Pantai Enoshima penuh sesak ketika musim panas. Sebaliknya di luar musim panas, orang tidak ramai dan pantai kelihatan lebih cantik.

Setelah melepasi Enoshima, anda tiba di "Enoshima Aquarium". Anda seolah-olah berada di lautan dengan pelbagai stadium yang menyediakan pelbagai tarikan seperti persembahan ikan lumba-lumba, kolam penguin dan singa laut serta akuarium yang dipenuhi hidupan Lautan Pasifik. Salah satu kawasan yang perlu diberi perhatian ialah "Sagami Bay Zone". Kawasan ini menyediakan akuarium besar yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut bagi menghidupkan suasana Teluk Sagami. Anda akan merasakan masa berlalu tanpa disedari tatkala melihat pelbagai jenis ikan tidak kira kecil atau besar berenang-renang di dalam akuarium.

"Jellyfish Fantasy Hall" menyediakan suasana fantasi dan romantik. Tarikan utama di kawasan ini ialah akuarium berbentuk sfera bagi membolehkan obor-obor dapat dipamerkan dengan lebih cantik. Perasaan seolah-olah berada di dunia seni pasti akan memberikan ketenangan.

Selesai di akuarium, kembali semula ke Kamakura. Sekali lagi menunggang basikal pulang sambil menyusuri pantai yang mendamaikan. Tiupan angin dan bau laut tidak dapat dirasai sekiranya menaiki kereta sebaliknya hanya dapat dirasai dengan trip berbasikal ini pastinya akan meninggalkan kesan di dalam diri anda.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari