HOME Oden
Oden

Oden

Last updated: 17 April 2018

"Oden", sajian yang ingin dimakan pada musim sejuk. Ianya boleh didapati dengan mudah di kedai makanan Jepun serta izakaya (kedai minum arak).

Apakah itu oden?

Apakah itu oden?

Merupakan sajian di mana bahan seperti lobak putih dan telur, chikuwa (kek ikan) dan lain-lain direbus dengan sup berperasakan shoyu (kicap soya Jepun) dan konbu (rumpai laut). Bahan-bahan yang dimasukkan ini dipanggil sebagai "odentane".

Sejarah

Sejarah

Oden dikatakan bermula daripada "dengaku", taufu yang dipotong segi empat tepat yang dimakan dengan menyapukan miso padanya. Nama oden terhasil apabila perkataan "o", perkataan terkenal yang digunakan oleh pegawai wanita di mahkamah Imperial, ditambah pada perkataan "dengaku".

Perbezaan mengikut kawasan

Perbezaan mengikut kawasan

Wilayah di timur Jepun menggunakan shoyu (kicap soya Jepun) pekat menjadikan warnanya lebih pekat, manakala di barat Jepun pula menggunakan shoyu (kicap soya Jepun) cair menjadikan warnanya lebih cair. Di Kyushu dan Okinawa pula perasa pekat lebih digemari dengan menambahkan stok ayam ataupun tobio (ikan terbang). Manakala di Kyoto pula rasa mewah lebih digemari dengan menambah sababushi (makanan awet daripada ikan makarel) dan stok rumpai laut.

Oden di konbini (kedai serbaneka)

Oden di konbini (kedai serbaneka)

Oden akan dijual di konbini bermula dari musim luruh hingga musim bunga. Oden di kobini utama seperti Lawson contohnya, menggunakan "katsuobushi (makanan awet daripada ikan aya) daripada Yaizu serta rumpai laut daripada Hokkaido" sebagai sup asas. Ianya ditambah dengan bahan lain yang berbeza mengikut kawasan seperti "muroajibushi (makanan awet ikan layang)" di wilayah Chubu, "stok lembu/ ayam/ ikan terbang" di wilayah Kyushu, dan sebagainya.

Oden tin yang unik

Oden tin yang unik

Terdapat juga oden yang dijual melalui mesin jualan automatik. Walaupun kandungannya lebih kurang sama dengan oden yang biasa, kebanyakannya tidak menggunakan bahan mudah hancur seperti taufu. Oleh kerana tarikh luputnya adalah lama, ianya sesuai juga dijadikan sebagai makanan kecemasan ketika malapetaka.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari