HOME Zoo dan Akuarium
Zoo dan Akuarium

Zoo dan Akuarium

Last updated: 27 April 2017

Zoo dan Akuarium di Jepun bukan sahaja dilawati untuk melihat haiwan dan hidupan laut malah terdapat ciri-ciri unik bagi setiap kemudahan yang disediakan.

"Zoo Ueno" yang terkenal

"Zoo Ueno" yang terkenal

Zoo Ueno mula beroperasi pada tahun 1882 dan merupakan zoo paling bersejarah di Jepun. Zoo ini juga merupakan zoo yang mempunyai paling ramai pengunjung di Jepun pada masa kini. Terdapat lebih daripada 500 spesis dengan jumlah kesuluruhan sebanyak 3,000 ekor haiwan dapat dilihat di sini. Di sini juga ada menempatkan tiga spesis haiwan paling terancam iaitu panda gergasi, okapi dan badak air pigmi. Pelbagai usaha dilakukan dari segi teknik persembahan dan sebagainya supaya pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat sifat semula jadi haiwan yang dipamerkan.

Boleh memberi makan kepada haiwan

Boleh memberi makan kepada haiwan

Terdapat juga zoo yang membenarkan pengunjung memberi makanan kepada haiwan. Sebagai contoh, "Zoo Higashiyama" yang terletak di Aichi membenarkan pemberian makanan kepada haiwan seperti singa laut, badak air, bison Amerika, zirafah dan gajah. Selain itu, di bahagian zoo mini untuk kanak-kanak pula, pengunjung berpeluang menyentuh dan memberi makanan kepada haiwan seperti kambing dan kambing biri-biri. Terdapat juga zoo yang menempatkan haiwan-haiwan di satu kawasan yang luas di mana pengunjung boleh memasuki kawasan tersebut dengan menaiki bas, malah ada juga zoo yang membenarkan pemberian makanan kepada haiwan seperti singa dan haiwan herbivor lain di kawasan tersebut.

Akuarium yang mempunyai tangki air gergasi

Akuarium yang mempunyai tangki air gergasi

Kebanyakan Akuarium ada menempatkan ikan-ikan yang besar. Pengunjung berpeluang melihat ikan yu paus yang terdapat di "Akuarium Churaumi", Okinawa. Tangki air gergasi di sini telah direka khas dengan menggunakan teknologi Jepun terkini bagi membolehkan tangki tersebut menahan tekanan air yang tinggi.

Menghidupkan suasana semula jadi laut

Menghidupkan suasana semula jadi laut

Seringkali dapat dilihat Akuarium yang cuba menghasilkan semula ekologi alam semula jadi. Malah, ada juga Akuarium yang cuba menghidupkan suasana sebenar laut Jepun di dalam tangki air. Di "Port of Nagoya Public Aquarium", terdapat "akuarium penguin" yang menghidupkan semula habitat alam semula jadi di kutub selatan.

Boleh menonton persembahan ikan lumba-lumba dan singa laut

Boleh menonton persembahan ikan lumba-lumba dan singa laut

Di kebanyakan Akuarium di Jepun, boleh dikatakan hampir setiap hari persembahan singa laut dan ikan lumba-lumba akan dipertontonkan. Kebiasaanya, elemen hiburan seperti sesi dialog antara jurulatih dengan ikan lumba-lumba dan singa laut turut diselitkan dalam persembahan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari