Penukaran mata wang asing

Penukaran mata wang asing

Update:

Kerapkali kedengaran keluhan daripada mereka yang mempunyai pengalaman pahit mengenai penukaran mata wang ketika berada di Jepun seperti "saya tidak tahu di mana boleh membuat penukaran mata wang" ataupun "alangkah baiknya sekiranya saya memeriksa waktu operasi pengurup wang terlebih dahulu".

Penukaran mata wang di balai ketibaan lapangan terbang

Kebanyakan lapangan terbang utama di Jepun ada menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang asing. Dapatkan maklumat deripada pekerja ataupun papan kenyataan untuk membuat penukaran mata wang. Walaupun anda sudah membuat penukaran mata wang di lapangan terbang, pastikan anda tetap bertanya kepada pekerja hotel tempat anda menginap akan lokasi pengurup wang berlesen yang berhampiran untuk mengelakkan sebarang masalah sekiranya mata wang tidak mencukupi. Selain itu, terdapat sesetengah hotel besar yang menawarkan perkhidmatan penukaran mata wang di kaunter hadapan. Namun begitu, memandangkan cas perkhidmatan yang tinggi dan nilai tukaran mata wang yang rendah, anda adalah digalakkan supaya membuat penukaran mata wang terlebih dahulu di lapangan terbang.

Penukaran mata wang di bank

Sekiranya anda ingin membuat penukaran mata wang asing ketika berada di bandar, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah mencari bank. Walaupun bukan semua cawangan bank menawarkan perkhidmatan penukaran mata wang, kebanyakan cawangan utama bank yang terdapat di bandar-bandar besar ada menawarkan perkhimatan tersebut. Perlu diberi perhatian bahawa waktu operasi bank adalah singkat dan kebanyakan bank tidak beroperasi pada hujung minggu dan hari cuti umum. Selain itu, terdapat juga cawangan pejabat pos yang menawarkan perkhidmatan tukaran wang asing tetapi bilangannya amat sedikit.

Akhir kata

Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti "tiada wang Yen Jepun ketika membuat pembayaran", sila pastikan anda telah membuat semakan tempat untuk membuat penukaran mata wang terlebih dahulu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini