HOME Harajuku Mengapa "Ukiyo-e" begitu mengagumkan sekali?
HOME Ueno Mengapa "Ukiyo-e" begitu mengagumkan sekali?
HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Mengapa "Ukiyo-e" begitu mengagumkan sekali?
Mengapa "Ukiyo-e" begitu mengagumkan sekali?

Mengapa "Ukiyo-e" begitu mengagumkan sekali?

Update: 2 November 2016

"Ukiyo-e" adalah komposisi berani yang kaya dengan warna dan telah berjaya menambat hati orang di seluruh dunia. Di sini akan diperkenalkan daya tarikan "Ukiyo-e" yang telah memberi impak besar kepada pelukis-pelukis Jepun.

Mengenai "Ukiyo-e"

Mengenai "Ukiyo-e"

"Ukiyo" dari perkataan "Ukiyo-e" membawa maksud realiti. "Ukiyo-e" telah tersebar secara meluas bermula pada abad ke-18. Ia telah menjadi ledakan apabila "Ukiyo-e" ini dilukis bermodelkan pelakon-pelakon "Shibai"(teater) dan juga golongan wanita anggun. Peningkatan di dalam teknik penghasilan pencetak blok kayu juga antara sebab utama ledakan ini berlaku. Para ilustrator telah mula melukis "Ukiyo-e" apabila banyak buku-buku untuk golongan awam semakin mendapat perhatian ramai.

Jenis-jenis "Ukiyo-e"

Jenis-jenis "Ukiyo-e"

Pada masa dahulu, "Ukiyo-e" yang bertemakan hiburan rakyat jelata, banyak dilukis menyerupai wajah pelakon kabuki. Ia adalah umpama seperti potret pada zaman moden. Selain dari itu, "Bijin-ga" adalah "Ukiyo-e" yang dilukis bertemakan wanita cantik yang terkenal di Edo. Dikatakan bahawa, perempuan cantik yang dilukis dalam "Ukiyo-e" mendapat banyak perhatian daripada orang ramai.

"Ukiyo-e" sebagai buah tangan

"Ukiyo-e" sebagai buah tangan

"Ukiyo-e" berlatarkan pemandangan mula dilukis apabila rakyat biasa sudah mula mampu untuk pergi melancong ke luar dari kawasan setempat. Ianya digunakan sebagai "ehagaki" (poskad bergambar) yang dilukis pemandangan atau bangunan-bangunan terkenal sebagai satu tanda kenang-kenangan. Antara yang terkenal ialah, gambar barisan kedai Edo mahupun Gunung Fuji.

"Ukiyo-e" sebagai pencetus ledakan

Antara pelukis-pelukis "Ukiyo-e" terkenal ialah Kitamura Hokusai, Utagawa Hiroshige, Kitagawa Utamaro dan juga Toshusai Sharaku. Mereka-mereka ini adalah seperti jurureka iklan kerana sering melukis mengenai pelakon terkenal atau tempat-tempat yang menjadi topik perbualan ramai. Pada zaman dahulu, fashion terkini dipelopori oleh golongan "Oiran". Cara solekan terkenal "Oiran" juga memberikan impak besar kepada golongan wanita menerusi "Ukiyo-e" pada zaman itu.

Gaya Lukisan yang memberi impak hebat terhadap "Ukiyo-e"

Gaya Lukisan yang memberi impak hebat terhadap "Ukiyo-e"

Seni Moden selepas dari zaman Renaissance berkembang dengan bertumpu kepada lukisan realistik. Pada zaman itu, apa yang mengejutkan para ilustrator adalah "Ukiyo-e
yang berkonsepkan perspektif dari jarak dekat. Disebabkan "Ukiyo-e" adalah lukisan hasilan cetakan oleh blok kayu yang boleh dihasilkan secara banyak, lukisan perspektif jarak dekat ini dapat menyampaikan motif lukisan dengan lebih terperinci. Oleh kerana itu, posisi yang cukup berani di samping penekanan terhadap garisan dan penggunaan warna juga dikatakan lahir dari perspektif ini.

Menghayati 'Ukiyo-e" di Museum

Walaupun "Ukiyo-e" adalah seni kebanggaan negara Jepun, akibat dari tersebarnya lukisan-lukisan tersebut, ia telah menerima pengiktirafan yang tinggi dari negara luar. Akibat dari perkara ini, ramai pengumpul ukiyo-e mengeluh kerana terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengumpulnya semula. Di sini akan diperkenalkan kepada anda, museum-museum yang mempamerkan "Ukiyo-e" yang telah kembali semula ke Jepun

Museum Oota

Museum Oota

Museum ini banyak mempamerkan "Ukiyo-e dari awal zaman permulaan sehingga lah pengakhiran zamannya. Terdapat lebih 140 juta lukisan yang dijaga dengan baik dan sering ditukar setiap bulan.

Museum Kebangsaan Tokyo

Museum Kebangsaan Tokyo

Ini adalah Museum Bersejarah bertaraf tinggi yang menempatkan ukiran-ukiran kayu, gambar dan banyak lagi alat-alat seni. Bermula dari Ukiyo-e", Harta Karun Negara barang-barang yang dipamerkan akan ditukar setiap bulan. "Ukiyo-e" akan disusun mengikut susunan musim, dan ramai peminat ukiyo-e yang datang untuk melihat lukisan-lukisan tersebut.

  • Tokyo National Museum
    • Address 13-9, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-8712
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      10 minutes on foot
    • Phone Number 03-5405-8686

Museum Garam dan Rokok

Museum Garam dan Rokok

Ini adalah Museum yang bertemakan garam dan rokok. Terdapat banyak "Ukiyo-e" yang tersimpan di dalam museum. Antara lukisan terkena ialah "toji zensei bijinzoroi ogiyauchi hito ougi yoshi no tatsuta" yang dilukis oleh Kitagawa Utamaro. Museum ini tidak beroperasi sepanjang masa. Oleh kerana itu, sila pastikan maklumat pameran di laman web terlebih dahulu sebelum keluar ke museum ini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini