HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi 7 Salun Rambut di Tokyo. Kakitangan Yang Fasih Berbahasa Inggeris dan Wi-Fi percuma!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku 7 Salun Rambut di Tokyo. Kakitangan Yang Fasih Berbahasa Inggeris dan Wi-Fi percuma!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ebisu / Naka-Meguro 7 Salun Rambut di Tokyo. Kakitangan Yang Fasih Berbahasa Inggeris dan Wi-Fi percuma!
7 Salun Rambut di Tokyo. Kakitangan Yang Fasih Berbahasa Inggeris dan Wi-Fi percuma!

7 Salun Rambut di Tokyo. Kakitangan Yang Fasih Berbahasa Inggeris dan Wi-Fi percuma!

Last updated: 12 Jun 2020

Tokyo adalah bandar yang terkenal dengan trend gaya dan fesyen, kini menjadi tempat tumpuan ikon fesyen berkumpul dari seluruh dunia untuk mencari gaya yang terkini. Bagi menarik minat pengunjung dari luar negara yang menggemari dunia fesyen Jepun, bilangan salun rambut yang menyediakan kakitangan yang fasih berbahasa inggeris semakin bertambah dengan pesat. Mereka juga kini menawarkan akses Wi-Fi secara percuma. Berikut akan diperkenalkan kepada anda salun-salun rambut yang harus anda kunjungi ketika berada di Jepun!

Salun Yang Turut Terkenal di New York

Salun Yang Turut Terkenal di New York

Mula dibuka di “syurga” fesyen dan gaya, Omotesando, HAYATO TOKYO OMOTESANDO adalah salun rambut yang amat popular terutamanya oleh pelancong asing. Antara tarikan salun ini adalah kehebatan kakitangannya yang dikatakan berpengalaman dalam seni mendandan dan menggayakan rambut di New York dan London dimana mereka ini juga sangat arif berkenaan gaya dan fesyen global yang terkini. Disamping itu, salun ini juga menyediakan perkhidmatan spa kepala seperti servis syampu menggunakan teknik urutan tersendiri yang dipelajari secara professional. Antara cawangannya yang terkenal adalah seperti 「HAYATO TOKYO HARAJUKU」dan「HAYATO TOKYO ROPPONGI」.

  • Hayato Tokyo Omotesando Hair Salon
    Hayato Tokyo Omotesando Hair Salon
    • Address 5-9-3, Minamiaoyama, Minato-ku, Tokyo, 107-0062, Japan

Alami Sendiri Rawatan Rambut Seperti Selebriti

Alami Sendiri Rawatan Rambut Seperti Selebriti

Anda boleh merasai sendiri rawatan kecantikan yang popular dikalangan selebriti dari barat di salun “A Cut Above”. Anda pasti teruja dan berasa tenang dengan rekaan dalamannya yang diperbuat daripada kayu. Antara rawatan popular yang digemari selebriti barat adalah seperti “Keratin Blow Out Treatment” atau dikenali juga sebagai (Brazilian Blow Out) iaitu rawatan keratin bagi meluruskan rambut. Dengan teknologi meluruskan rambut yang terkini, anda tidak perlu risau tentang kerosakan rambut seperti rambut tidak boleh kembali ke asal atau kualiti rambut sebelum dan selepas rawatan adalah berlainan. Ia dikatakan hebat sehinggakan mampu untuk menyelesaikan masalah rambut kusut dan kerinting!

  • ア カット アバーブ
    ア カット アバーブ
    • Address Arisugawa Hilltop B1, 5-5-7 Minamiazabu, Minato-ku, Tokyo, 106-0047

Salun Persendirian Terhad Kepada 5 Pelanggan Sehari

Salun Persendirian Terhad Kepada 5 Pelanggan Sehari

「Hair Dress Azabu」adalah salun persendirian yang memerlukan tempahan awal. Menurut pemiliknya yang pernah menimba pengalaman di London, salun ini menerapkan konsep “man to man” dimana mereka akan melayan dan mengikut kemahuan anda secara terperinci. Salun ini sememangnya terkenal dengan memberi perkhidmatan kecantikan yang mengikut kehendak pelanggannya. Anda dinasihatkan supaya membuat tempahan awal kerana terhad kepada 5 pelanggan sahaja setiap hari.

  • ヘアードレスアザブ
    ヘアードレスアザブ
    • Address 5F, 1-5-9 Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045

Salun Dengan Suasana Santai Seperti di Kafe

Salun Dengan Suasana Santai Seperti di Kafe

Suasananya yang tenang dan aroma kopi yang menyelubungi salun ini pasti akan membuatkan anda berasa seperti berada di Kafe. Suasana tenang ini disulami dengan muzik Bossa Nova. Bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan yang datang dari seluruh dunia, kakitangan di sini dilatih dan dibiasakan dengan semua jenis rambut. Konsep yang diamalkan oleh salun ini mampu memberikan potongan rambut yang bergaya dan mudah digayakan sendiri di rumah, dimana ianya berjaya menawan ramai peminat.

  • ワンワールド
    ワンワールド
    • Address DKN Azabu 4F, 2-8-3 Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045

Alami Sendiri Salun Bilik Khas Seperti VIP

Alami Sendiri Salun Bilik Khas Seperti VIP

Salun yang menyediakan bilik khas adalah diantara salun yang sangat digemari ramai. Perkhidmatannya yang mesra pelanggan dan ruang yang luas membuatkan anda betul-betul seperti seorang VIP. Selain daripada potongan biasa, salun ini juga menawarkan perkhidmatan menanam dan membuang rambut oleh pendandan rambut professional yang turut terkenal di serata dunia. Pelanggan akan berasa lebih selesa dan santai kerana tiada orang lain bersama, serta boleh meminta pendandan mengikut kemahuan sendiri tanpa perlu rasa segan dan malu. Konsep bilik khas ini juga membuatkan pelanggan boleh membawa sekali kanak-kanak tanpa perlu memikirkan mereka akan mengganggu orang lain.

  • ビップクリエイティブヘアーインターナショナル
    ビップクリエイティブヘアーインターナショナル
    • Address YS-Building.2F, 2-1-21, Motoazabu, Minato-ku, Tokyo, 106-0046

"Satu pengalaman yang segar" adalah tema salun yang dikenali sebagai WHO-GANY. Ia mempunyai cawangan lain di New York, jadi kakitangan yang bekerja di sini mempunyai banyak pengalaman yang ditimba ketika berada di sana dan mampu memberikan anda gaya rambut yang terbaik untuk setiap individu, tanpa mengira usia dan jantina. Salun dibuka sehingga 10 malam dan dikatakan 40% pelanggannya terdiri daripada mereka yang dari luar negara.

  • フーガ ニューヨーク
    フーガ ニューヨーク
    • Address Tokai Akasaka Annex Bldg. 2F, 3-16-8 Akasaka, Minato-ku, Tokyo, 107-0052

Salun Yang Diiktiraf Artis Luar Negara

Salun Yang Diiktiraf Artis Luar Negara

Salun ini bukan sahaja mampu mengesyorkan gaya rambut kepada pelanggannya berdasarkan struktur muka dan rambut mereka, tetapi juga mengambil kira gaya hidup pelanggan dan berapa lama tempoh masa untuk rambut tumbuh semula apabila mengesyorkan gaya terkini. Bahagian luar salun yang dihiasi dengan karya seni kotemporari menjadikan ia tepat dengan gaya kejiranan di Shibuya. Kecemerlangan bakatnya terbukti dengan hakikat bahawa artis antarabangsa menempah kakitangan salun ini untuk menggayakan rambut dan solekan sebelum membuat persembahan semasa lawatan promosi mereka ke Jepun.

  • シンデン
    シンデン
    • Address 3-9-3 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari