
Terdapat beberapa jenis menu daripada "masakan Vietnam" yang dikenali di kalangan orang Jepun dan ramai juga yang pernah merasainya. Masakan Vietnam banyak menggunakan daun ketumbar iaitu sejenis herba yang mempunyai rasa yang unik yang menjadikan ramai orang Jepun menggemari makanan Vietnam kerana terpesona dengan daun ketumbar ini.
Sejarah masakan Vietnam di Jepun

Antara menu makanan Vietnam yang tiba di Jepun dan mendapat sambutan yang hangat sekitar tahun 1990-an sehingga 2000-an adalah "pho", "bihun" dan "namaharumaki". Ketiga-tiga jenis menu ini amat digemari oleh orang Jepun sehinggakan mereka akan memesan makanan-makanan tersebut jika melancong ke Vietnam. Sejak tahun 2010, makanan Vietnam semakin berkembang terutamanya makanan-makanan tersebut.
Pho

Pho merupakan sejenis mi yang berbentuk rata diperbuat daripada beras dan direndam seketika ke dalam sup yang mempunyai rasa yang ringan sebelum dimakan. Pho mempunyai rasa yang ringan dan tidak pekat. Ia dikatakan amat bersesuaian dengan lidah orang Jepun yang menyukai miso shiru dan suimono (sup) yang merupakan makanan tradisional orang Jepun dan hanya mengandungi perasa yang sedikit sahaja. Selain itu, orang Jepun yang menggemari makanan berasaskan mi seperti "ramen" iaitu sejenis makanan China dan "soba" iaitu sejenis makanan Jepun juga amat menyukai pho.
Bihun

Sama seperti pho, "bihun" juga merupakan sejenis mi yang diperbuat daripada beras. Tetapi, berbeza dengan pho, bentuk bihun adalah lebih halus dan teksturnya lebih licin. Di Jepun, sayur-sayuran dan makanan laut digoreng terlebih dahulu. Kemudian, bihun yang telah direbus dimasukkan ke dalamnya dan digoreng sekali lagi. Bihun yang digoreng secukupnya yang bersesuaian untuk dimakan dikenali sebagai "bihun goreng" dan merupakan makanan yang agak terkenal. Perasa tambahan seperti kicap kacang soya dan sos tiram juga digunakan semasa menggoreng bihun.
Namaharumaki

"Namaharumaki" merupakan sejenis makanan yang mengandungi udang dan sayur-sayuran yang dibalut dengan kulit nipis yang lutsinar dan diperbuat daripada beras. Ia dicicah ke dalam sos yang mempunyai cili sebelum dimakan. Tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan makanan Vietnam yang paling terkenal secara mendadak sejak tahun 2000. Pada masa kini, ia bukan sahaja menjadi salah menu di restoran-restoran malahan ia juga dinikmati sebagai makanan di rumah.
Makan di Jepun

Kedai masakan Vietnam banyak terdapat di Tokyo dan di Akasaka pula, terdapat sebuah kedai makanan Vietnam yang telah lama diusahakan. Di Marunouchi dan Ginza yang terletak di Tokyo, terdapat cawangan kedai yang pakar dalam masakan pho. Bihun pula boleh didapati di kedai serbaneka ataupun izakaya. Bahan-bahan untuk membuat namaharumaki seperti kulit nipis, bihun dan pho mudah didapati di pasar raya.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan