HOME Dim Sum
Dim Sum

Dim Sum

Last updated: 12 April 2017

"Dim Sum", iaitu sejenis makanan China, dikatakan telah diperkenalkan di Jepun sejak dari dahulu lagi. Ia telah sebati di dalam budaya Jepun, di mana ia dinikmati bersama teh secara beramai-ramai di dalam "parti teh", sambil mengekalkan menu Dim Sum China yang asal.

Sejarah Dim Sum di Jepun

Sejarah Dim Sum di Jepun

Dim Sum dikatakan telah diperkenalkan di Jepun pada sekitar tahun 1200. Pada masa itu, orang ramai mengadakan "parti teh" di mana mereka berkumpul sambil menikmati teh. Dim Sum telah tersebar secara meluas sebagai hidangan di dalam parti teh tersebut. Di negara China, hidangan sampingan dan kuih-muih selain hidangan utama dan sup dipanggil sebagai Dim Sum. Manakala di Jepun pula, masakan mi serta masakan di mana bahan makanan dibalut di dalam kulit yang diperbuat daripada tepung gandum terkenal dengan panggilan Dim Sum. Walaupun perkataan Dim Sum tidak biasa di Jepun, sesetengah daripada masakannya telah menjadi hidangan yang penting di dalam masyarakat Jepun.

Jenis-jenis hidangan Dim Sum

Jenis-jenis hidangan Dim Sum

Orang Jepun gemarkan makanan yang bertekstur kenyal dan melekit. Dumpling (ladu) udang kukus menepati ciri-ciri tersebut. Di samping itu, "Xiaolongbao" (seperti gambar), iaitu dumpling kukus berintikan daging yang dibalut dengan kulit nipis yang diperbuat daripada tepung gandum, telah menjadi terkenal di Jepun terutamanya selepas tahun 2000. Ia terkenal dengan kuah daging panas yang terperangkap di dalam balutan. Antara menu Dim Sum yang manis adalah "Gomadango" yang merupakan menu yang terkenal dan merupakan menu wajib di restoran makanan China.

Kedai untuk menikmati Dim Sum di Jepun

Kedai untuk menikmati Dim Sum di Jepun

Untuk menikmati Dim Sum di Jepun, anda disyorkan untuk berkunjung ke restoran-restoran yang pakar dalam makanan China. Di restoran-restoran ini terdapat pelbagai pilihan menu Dim Sum untuk anda nikmati. Di bandar-bandar sibuk seperti Ginza dan Shibuya di Tokyo, kedai khas Dim Sum turut boleh ditemui. Di Ebisu, Tokyo, terdapat sebuah restoran yang pakar dalam masakan "Xiaolongbao", di mana orang ramai boleh menikmati Xiaolongbao dalam suasana santai seolah-olah berada di dalam kafe.

Yum-cha

Yum-cha

Di negara China terdapat budaya yang dipanggil "yum-cha", di mana seseorang itu menikmati Dim Sum sambil minum teh seperti teh oolong atau teh melati. Di Jepun juga terdapat kedai-kedai yang membolehkan pengunjung menikmati yum-cha, terutamanya di kedai-kedai yang terletak di Chinatown yang terletak di Yokohama, Kanagawa-ken. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan kedai-kedai berkaitan dengan negara China, di mana di antaranya juga terdapat banyak kedai-kedai makanan. Di sini anda dapat menikmati yum-cha yang disediakan oleh tukang masak yang berasal dari negara China. Terdapat juga kedai yang menawarkan yum-cha dengan pelan buffet di mana terdapat pilihan daripada hampir 70 jenis Dim Sum untuk dinikmati dalam masa dua jam.

Makanan yang telah bebas dari kategori Dim Sum

Makanan yang telah bebas dari kategori Dim Sum

Di Jepun, terdapat beberapa hidangan popular telah lahir daripada hidangan Dim Sum. Antaranya adalah makanan harian di Jepun seperti Gyoza, iaitu daging cincang dan sayur-sayuran yang dibaluti kulit yang diperbuat daripada tepung gandum dan dibakar, serta Siomai, iaitu daging yang dibaluti kulit yang diperbuat daripada gandum dan dikukus. Selain itu, Harumaki (gambar) juga merupakan menu biasa yang boleh didapati di atas meja makan di Jepun. Hidangan-hidangan ini mudah didapati di pasar raya dan terdapat dalam bentuk yang telah siap dimasak atau dalam bentuk sejuk beku yang boleh disediakan dengan hanya memanaskannya.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari