
Sesetengah kedai makanan Jepun mengamalkan budaya menghiburkan pelanggan bukan hanya dengan masakan, tetapi juga dengan persembahan proses penyediaan makanan tersebut kepada pelanggan. Ia merupakan budaya Jepun yang unik dan amat bernilai untuk dinikmati oleh para pelancong asing.
Jenis-jenis hiburan makanan

Hiburan makanan boleh dikatakan sebagai salah satu elemen penting dalam budaya makanan di Jepun. Ia secara kasarnya terbahagi kepada dua. Pertamanya adalah persembahan penyediaan makanan kepada pelanggan. Dengan mempamerkan kemahiran penyediaan makanan ini, pelanggan dapat memahami sendiri nilai makanan tersebut. Kadang kala pelanggan turut dapat merasai sendiri sebahagian daripada proses penyediaan tersebut. Keduanya adalah persembahan hiburan yang disediakan selain daripada persembahan penyediaan makanan. Terdapat pelbagai jenis persembahan yang disediakan, di mana pelanggan dapat mengenali budaya Jepun sambil menikmati hidangan makanan.
Hiburan dalam penyediaan makanan

"Sushi", simbol makanan Jepun, merupakan contoh terbaik kepada hiburan dalam penyediaan makanan. Duduk di kaunter sambil berhadapan dengan pakar sushi, anda dapat melihat sendiri teknik pakar tersebut menyediakan sushi mengikut pesanan dari anda. Di samping itu, "kaiten-zushi", sushi yang disediakan di atas conveyor (tali sawat penyampai) berpusing mengelilingi ruang makan, turut merupakan suasana unik yang hanya terdapat di Jepun. Di samping itu, terdapat juga "teppanyaki" atau "okonomiyaki", di mana tukang masak akan mengacau dengan mahir bahan-bahan di atas plat besi di hadapan pelanggan. Malah di sesetengah restoran, pelanggan boleh menyediakan sendiri hidangan mereka.
Hiburan di restoran

"Maid Cafe" (kafe pembantu rumah) merupakan hiburan yang menawarkan nilai tambah kepada sesuatu yang lain daripada makanan. Selain dari makanan yang disediakan, pelanggan boleh mengambil gambar atau bercakap dengan pelayan wanita yang berpakaian pembantu rumah. Di Akasaka, Tokyo, terdapat kafe di mana pelayannya berpakaian sebagai "ninja" yang wujud di zaman silam Jepun. Sementara itu, di Shinjuku, Tokyo, terdapat juga sebuah restoran di mana pelanggan boleh menikmati makanan sambil menonton pelbagai rancangan robot. Terdapat banyak pelawak yang membuat penonton ketawa dengan meniru gaya dan suara penyanyi dan pelakon terkenal di Jepun. Anda dapat menikmati makanan sambil menonton persembahan mereka di beberapa restoran di Tokyo.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !