Daya tarikan minshuku adalah pada harganya yang murah, dan selain itu kebanyakannya dioperasikan oleh ahli keluarga lalu mendapat layanan seperti di rumah yang berbeza jika dibandingkan dengan hotel atau ryokan (penginapan ala Jepun). Tambahan lagi, kebanyakan minshuku menawarkan bilik Jepun, membolehkan pengunjung merasai sendiri budaya Jepun. Artikel ini akan memperkenalkan beberapa maklumat berkenaan minshuku.
Apakah itu minshuku?
Minshuku adalah kemudahan penginapan berskala kecil yang terutamanya menyediakan bilik ala Jepun. Kebanyakan pengurus minshuku mempunyai pekerjaan utama sebagai petani ataupun nelayan, dan pada masa yang sama turut mengurus minshuku bersama-sama keluarga sebagai pekerjaan sampingan. Bilik penginapan ala barat dan berkatil seperti di hotel, penginapan berkongi bilik yang sama, dan sebagainya turut dipanggil sebagai minshuku. Di minshuku, skalanya yang kecil membolehkan pengunjung merasai suasana seperti di rumah merupakan keistimewaannya.
Mengenai panggilan minshuku
Bukannya semua perkhidmatan minshuku dinamakan sebagai "minshuku". Terdapat kemudahan yang menggunakan nama lain seperti hotel, ryokan, rumah tumpangan, kabin, dan sebagainya. Oleh itu sukar untuk membezakan antara minshuku atau hotel biasa jika hanya berdasarkan pada nama sahaja.
Perbezaan antara hotel dan ryokan
Antara ciri minshuku adalah berskala kecil, menyediakan layanan seperti di rumah, serta kos penginapannya yang murah. Oleh kerana ia diuruskan oleh keluarga, pengunjung akan dapat menerima layanan mesra serta mungkin juga boleh beramah mesra dengan staf dan pengurus di sini. Selain daripada itu, Berbeza dengan hotel dan ryokan, di minshuku terdapat kemungkinan di mana penginap perlu berkongsi bilik dengan pengunjung lain, bilik tidak kalis bunyi, tiada tandas dan bilik mandi di dalam bilik, dan sebagainya.
Kawasan minshuku mudah ditemui
Kebiasaannya hotel atau ryokan mudah didapati berdekatan stesen utama di pusat bandar atau kampung, kawasan onsen (kolam air panas semulajadi), kawasan pelancongan, kawasan pelancongan ski, dan sebagainya. Manakala minshuku pula sangat sedikit dan sukar ditemui di kawasan bandar. Minshuku boleh ditemui di kawasan berdekatan hotel atau ryokan yang terletak selain dari kawasan bandar. Tetapi kemudahan pengangkutan, jika dibandingkan dengan hotel atau ryokan, biasanya adalah lebih teruk. Oleh itu, pastikan dahulu cara-cara untuk pergi ke kawasan tersebut bagi memudahkan anda jika mempunyai bagasi yang banyak.
Trend baru minshuku, "super minshuku"
Super minshuku adalah kemudahan minshuku yang menghapuskan imej buruk minshuku jika dibandingkan dengan hotel atau ryokan seperti kemudahan yang lama, perkhidmatan yang teruk dan sebagainya. Ia direnovasi semula supaya minshuku setanding dengan hotel atau ryokan, ia menawarkan perkhidmatan dan masakan yang setanding dengan hotel atau ryokan pada harga yang murah.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Lake Tazawa
Rivers, Lakes & Canyons
Surrounding Areas Of Akita
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam