
Menerangkan tentang cara membuat tempahan sehingga ke cara mendaftar masuk. Hal ini akan selesai tanpa sebarang kerisauan jika prosesnya diketahui terlebih dahulu.
Membuat tempahan secara terus dengan hotel

Akses laman web hotel atau ryokan dan pilih hari ingin menginap serta bilik. Anda juga boleh memilih sama ada mahukan sarapan pagi atau ingin mendaftar masuk dengan lebih awal. Tempahan juga boleh dilakukan melalui telefon. Sila tanya sekiranya anda mempunyai sebarang kegusaran atau persoalan.
Membuat tempahan daripada laman khas menempah penginapan

Terdapat juga laman web khusus untuk menempah penginapan. Anda dapat mencari fasiliti dan membuat perbandingan daripada pelbagai sudut seperti luaran, keadaan bilik, servis, makanan dan bayaran. Ada juga yang menawarkan pakej lebih murah melalui kerjasama antara syarikat penerbangan dan syarikat pelancongan. Ada juga yang memerlukan bayaran semasa anda membuat tempahan.
Perkara penting ketika membuat tempahan
Anda perlu mengetahui ringkasan berkenaan hotel semasa membuat tempahan seperti waktu daftar masuk dan daftar keluar, boleh merokok atau larangan merokok. Selain itu, pastikan dahulu bayaran yang akan dikenakan sekiranya ingin membatalkan tempahan. Pada kelazimannya, "berapa peratus bayaran dikenakan sehari sebelum, berapa peratus bayaran dikenakan pada hari menginap" akan dicatatkan di situ.
Daftar masuk

Sebut nama penempah di kaunter hadapan sekiranya telah membuat tempahan. Sekiranya tidak membuat sebarang tempahan, kekosongan bilik perlu disemak terlebih dahulu. Anda harus menulis maklumat peribadi di atas kertas seperti nama, alamat dan nombor telefon sebelum mendaftar masuk sebagai rekod.Terdapat juga tempat penginapan yang memerlukan pembayaran deposit wang tunai atau kad kredit.
Waktu operasi hotel

Kebanyakan tempat penginapan di kawasan bandar mempunyai sistem 24 jam, tetapi ada juga tempat yang tiada pekerja di kaunter hadapan setelah lewat malam. Anda perlu melalui pintu belakang sebagai pintu masuk. Sila tanya dengan kaunter penyambut tetamu sebelum membuat tempahan untuk keterangan lanjut.
Daftar keluar

Sila periksa waktu untuk mendaftar keluar. Anda akan dikenakan cas tambahan sekiranya melepasi waktu daftar keluar. Untuk penginap yang sukar untuk bangun pagi, anda boleh ke kaunter hadapan dan meminta mereka membuat panggilan untuk bangun. Pastikan tiada barang yang tertinggal dan tinggalkan bilik anda. Daftar keluar dilakukan di kaunter hadapan.
Perkara yang perlu diambil perhatian ketika pembayaran

Jika anda telah membuat bayaran terlebih dahulu, anda hanya perlu memulangkan kunci sahaja semasa mendaftar keluar. Bayaran tambahan akan dikira sekiranya terdapat penggunaan servis bilik. Waktu resit diberi adalah berbeza mengikut fasiliti tempat penginapan, sama ada ketika pembayaran atau daftar keluar. Sila pastikan jenis kad kredit yang diterima.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
THE GATE HOTEL TOKYO by HULIC
Hotels
Ginza
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Rooms
Prostyle Ryokan Tokyo Asakusa
Hotels
Asakusa
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
MARUNOUCHI HOTEL
Hotels
Tokyo Station
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Stay Near the Cherry Blossoms! Hotels for Cherry Blossom Viewing in Tokyo
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Hotel yang strategik di kawasan pelancongan
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam