Izakaya ialah kedai yang menjual arak dan makanan. Mempunyai penampilan kedai ala Jepun, dan banyak juga izakaya yang menyediakan bilik tatami. Terdapat juga kedai yang menggantung tanglung merah atau memasang noren (kain tanda) di hadapan kedai
Minuman di izakaya

Keutamaannya pelbagai jenis minuman beralkohol di Jepun seperti bir, sake (arak beras Jepun), chuhai dan sebagainya dijual. "Chuhai" ataupun "sawa" adalah minuman beralkohol yang berasal daripada shochu dan jus buah yang dicairkan. Tiada masalah bagi orang yang tidak kuat minum arak kerana banyak kedai yang menyediakan juga teh oolong dan minuman ringan seperti cola.
Masakan di izakaya

Keistimewaan izakaya berbanding dengan bar atau pub luar negara adalah menu masakannya yang banyak, dan biasanya boleh dimakan sehingga kenyang. Kebiasaannya, hampir kesemua jenis makanan seperti sashimi, makanan goreng seperti tempura, makanan bakar seperti yakitori, salad dan nasi disediakan.
"Otoshi" yang muncul dalam hidangan walaupun tidak dipesan

"Otoshi" atau "tsukidashi" adalah hidangan dalam mangkuk kecil beserta minuman yang disaji sebelum pesanan sampai. Apa yang terdapat di dalamnya terpulang kepada kedai tersebut. Pelanggan orang asing mungkin terkejut dengan kehadiran makanan yang tidak dipesan. Otoshi adalah berbayar tetapi sama ada anda boleh menolaknya atau tidak adalah berbeza mengikut kedai.
Minum sepuasnya dengan sistem 'drink-all-you-can' dan masa servis

Terdapat juga izakaya dengan masa servis iaitu apabila caj bayaran menjadi separuh dalam satu tempoh masa yang ditetapkan, dan servis minum atau makan tanpa had dengan membuat bayaran tetap. Tetapi walaupun anda boleh makan atau minum tanpa had membuat pesanan yang terlampau lebih adalah dilarang sama sekali.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Fish Skewers, Fresh Fish, Japanese Sake: Uotoku
Izakaya
Ikebukuro
-
Menu
Oto-Oto Shinjuku Center Building
Izakaya
Shinjuku
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Appealing
Torasuzu
Izakaya
Asakusa
-
KatsurateiShinsaibashi
Izakaya
Namba, Dotonbori, Shinsaibashi
-
Ebi to Basashi to Nihonshu no Izakaya
Izakaya
Ikebukuro
-
Minum di Ikebukuro! Kedai "nomihodai" atau bar, yang mana satu menjadi pilihan?
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna












